Tuesday, June 29, 2010

Bunga Hati



Dia bunga kelopak putih
Senyum melihat cahaya mentari
Penuh semangat, harapan dan wawasan
Moga esok tak lagi begini
Getus hati yang serba tak pasti.

Namun tersadung jua oleh masa
Lantaran rapuh dan lesunya
Azam yang timbul tenggelam
Diikat batu sekerasnya hati
Ditarik ke dasar tasik duniawi.

Tapi pengharapan itu pudar tak pernah
Untuk kembali mendongak
Menghadap mentari menyusur pelangi
Moga esok tak lagi begini
Moga esok tak lagi begini!

Monday, June 28, 2010

Walimah Salina Shafie 2010

Pada cuti yang lepas keluarga saya telah menerima seorang lagi ahli keluarga yang baru! Alhamdulillah kakak saya Norsalina bt A Rahman telah selamat dinikahkan dengan Mohd Shafie Mohd Khalid pada hari Sabtu 29 Jamadilakhir 1431 Hijrah bersamaan 29 Jun 2010. Berikut merupakan sedikit kenangan sepanjang majlis tersebut berlangsung, namun klip video ini dalam kualiti rendah kerana video versi kualiti tinggi itu terlalu berat untuk dimuat naik. :) Kalau nak tengok klip yang berkualiti tinggi, klik sini.

video

Sunday, June 27, 2010

Sepintas 2

A: Tak guna Israel, sanggup menyerang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza!
B: Aah, kat perairan antarabangsa pula tu!
A: Memang nak kena Yahudi laknat tu semua. Takpe, ini permulaan baru untuk menunjukkan penentangan kita terhadap Israel ni.
B: Aah, tak lama lagi kapal bantuan kemanusiaan Iran pula akan berlayar. Pasti ada saja yang akan dilakukan oleh negara Yahudi tu!
A: Hm, semoga mereka terselamat dalam perjuangan mereka untuk membantu rakyat Palestin nanti.
B: Em, iyalah.
A: Ya.
B: ...
A: ...
B: Eh, malam tadi England seri dengan Algeria!
A: Aah, tension betul aku! Dengan Algeria pun boleh seri! Negara kecil je tu!

Sementara itu di Afrika Selatan, seorang penyokong Algeria sedang ditemuramah.
Tv: Jadi bagaimana dengan prestasi pasukan bola sepak negara anda?
C: Alhamdulillah, walaupun kami pasukan kecil, tapi bermain mati-matian dan berusaha bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH kami akan berjaya. Lepas ini kami akan menentang pasukan Amerika Syarikat pula, pasti akan jadi perlawanan yang sengit dan menarik, walaupun dengan status underdog kami akan berusaha insya-ALLAH.