Wednesday, January 19, 2011

Hujung Tali Kasut (Tag)

Tag bermaksud 'hujung tali kasut' juga 'label' serta 'ikut'. =) Saya jarang bertag-tag ini namun saya telah ditag oleh dua orang blogger iaitu ima dan shahsyaz dengan entri yang sama jadi saya akan menjawabnya. Mungkin bagus untuk semua bertaaruf dan menjadikan saya lebih bertanggungjawab atas semua tulisan saya di sini. =)

25 Perkara Tentang Saya
  1. Saya sangat gemar membaca dan menulis cerpen serta sajak, juga sedang menyiapkan sebuah novel sulung, hehe.
  2. Sangat meminati nasyid namun terkesan juga dengan kreativiti arrangement A Thousand Suns oleh Linkin Park, Galt Aureus serta si genius Matthew Bellamy daripada Muse.
  3. Terlibat dengan aktiviti nasyid ni semenjak sekolah rendah sehinggalah tamat varsity years. Oh ya, pernah juga saya menyuntik elemen arrangement Muse pada percussion dalam salah satu persembahan kami, hehe.
  4. Meminati sukan bola keranjang, bola sepak serta ragbi dan badminton juga lompat tinggi.
  5. Saya meminati seni fotografi, memanipulasi foto, videografi, dan graphic designing.
  6. Sedang cuba menambahkan berat.
  7. Meminati warna putih, ungu, hijau muda dan biru.
  8. Kebanyakan baju berwarna putih.
  9. Suka melukis juga. Belum berkesempatan untuk memuatnaik lukisan-lukisan saya di sini, insha ALLAH nanti-nantilah.
  10. Bencikan asap rokok.
  11. Gemar menonton rancangan Top Gear.
  12. Tidak begitu menggemari air sejuk dan berais.
  13. Tidak menyukai susu penuh krim dan susu segar. Susu coklat bolehlah juga, hehe.
  14. Tidak gemar susu sejat dalam minuman, lebih menyukai teh 'o' namun masih boleh minum teh tarik.
  15. A techno-geek namun tidaklah membeli.
  16. Suka mempelajari silap mata dan suka mempraktikkannya kepada murid-murid! Hehe.
  17. Mampu berucap, berdebat dan berforum namun tak begitu mahir bersosial secara langsung.
  18. Mengidam ke Tanah Suci Makkah A.S.A.P.
  19. Tidak menyukai sayuran kekacang namun baharu belajar makan kacang panjang.
  20. Need to brush up my Arabic. Sungguh sudah lost. Satu kerugian yang amat sangat.
  21. Meminati karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) dan Faisal Tehrani. Baca juga Ramlee Awang Murshid.
  22. Lebih meminati karya Melayu dan Inggeris lama serta tidak mainstream.
  23. Pencinta coklat.
  24. Menggunakan wangian lima kali sehari.
  25. Akan bertunang insha ALLAH.

29 comments:

miss eGie said...

wuuuu~~~
suka yg nom 25 tuu.. :P

izuan said...

@miss eGie: hee terima kasih =)

nursalimah mohamadyusri said...

tiba-tiba mcm terharu ada nama kat atas tu. syukran:)

izuan said...

@nursalimah mohamadyusri: afwan =) syukran juga sebab tagged!

nursalimah mohamadyusri said...

afwan juga:) suka minum susu? eh terbalik la, sgt xsuka minum susu, susu putih mmg xbleh lngsung:D

izuan said...

@nursalimah mohamadyusri: he saya TIDAK suka minum susu, susu putih memang TAK minum langsung juga~

shahsyaz said...

hahahaha,,,tahniah utk yg ke 25 tuh..

ade mse jemputlah sy...
sy pon mnt jugak bce karya faisal tehrani, n sumer novel milik Ramlee Awang Murshid n Zaifulzaman Ahmad sy ade..

wat koleksi...hobi..

nursalimah mohamadyusri said...

ouh, rabun, banyak sangat blogwalking. haha. malu sudah. okay. tata. salam..

izuan said...

@shahsyaz: afwan.. bagus2, pilih yang berkualiti dan tidak megutamakan tema cinta manusia saja =P

@nursalimah mohamadyusri: waalaikumsalam =)

nora said...

i masuk blog ni sbb terjumpa u nye comment (kat satu blog ni) n sangat kagum dgn dat comment

baca no1 je - no wonder u leh bg comment cun cmtu, jiwa seni upenya

izuan said...

@nora: thank you for acknowledging.. terima kasih ya =)

nursalimah mohamadyusri said...

bakal penulis novel mesti sastera & bermakna sikit ayat dia. nora:)

izuan said...

@nursalimah mohamadyusri: he tak adalah sangat. doakanlah agar dapat disiapkan projek itu di celah-celah kekangan masa ni. =P

nursalimah mohamadyusri said...

aminn. sentiasa mendoakan kawan-kawan:D semoga semahsyur dan sebijak Faisal Tehrani:))

izuan said...

@nursalimah mohamadyusri: amiin. terima kasih ya. untuk sebijak Dr. Haji Faisal itu jauh sekali, namun berharap untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna sepertinya. =)

nursalimah mohamadyusri said...

paling suka bila tuhan berbicara:) doakan karya sehebat tu. dah famous nanti jgn lupa kawan-kawan. haha:D

izuan said...

@nursalimah mohamadyusri: anda ini kelakarlah,hehe. salah satu sebab saya gemar tulisan beliau, kerana aspek satira dan out of the norm dalam menyampaikan mesej. contohnya macam buku tu juga. =)

T's said...

terima kasih untuk yg no 25 itu..:)
semoga segalanya berjalan lancar mengikut perncangan..insha ALLAH..

p/s : TAHNIAH AWAK!

♔ alice charlotte ♔ said...

no 25, congrats!! ^__^
happy 4 u..

izuan said...

@T's: sama-sama =) insha ALLAH semuanya lancar saja.

@alice: a very much welcome!

[MiSs1904] said...

no.23..~ yeah...nado!
no.25.. :) insya-Allah and early congratz~ :)

izuan said...

@cik farhana: you are most welcome! chocolate rocks!

.::: Princess MOMOY :::. said...

wow...rupanya izuan jejaka dalam kategori kelas A
urm... 1st time jumpa laki suka warna purple

Peristiwa itu masih menhantui diriku...

ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI

izuan said...

@PrincessMOMOY: huhu, kategori apakah itu? oh, ramai lagi lelaki suka warna ungu di luar tu sebenarnya... =)

a n a s t a s y e a said...

Pencinta coklat... Saya suka tu!
oh, muka manusia kan ada 7 org yg serupa.. kan!

izuan said...

@anastasyea: hehe, coklat bagus untuk mood :) he kena cari lagi limalah kak ye =P

MAKCEK bukan NENEK said...

my arabic also lost . walhal dari dajah satu belajar sampai la dah masuk kolej pn blaja lagi tapi ttap x pandai2 nk speaking.

nursalimah mohamadyusri said...

haha:D klakar ke. huuhu. teringin nak jumpa beliau. sob sob

AkuMuzikFilem said...

2 dan 21!