Friday, December 31, 2010

Kufi dan Kufi-kufi

Saya telah membaca satu artikel dalam akhbar tempatan beberapa hari yang lalu berkenaan seni Kufi, iaitu sejenis seni kaligrafi yang unik. Tuan Shukor Yahya telah membawakan seni tersebut ke negara kita dan menggelarkannya sebagai kufi-kufi. Saya sangatlah tertarik dan teringin mencubanya sendiri. Di bawah ini adalah hasil saya yang pertama. =)



Cubaan di atas adalah hasil eksperimentasi saya sendiri, kira versi saya tanpa berpandukan mana-mana tulisan kufi. Kemudian saya telah ketemu panduan menulis kufi-kufi oleh Tuan Shukor himself dan berikut adalah hasil kedua saya. Seronok tau apabila berjaya membuat kufi-kufi ni, namun ada sedikit perkara yang saya improvise dalam kufi-kufi di bawah ni.




Cara membacanya adalah dari bawah kiri ke kanan (tulisan jawi ya), kemudian sambung terus secara menegak ke atas, kemudian dari atas terus saja membaca mengikut sambungan, semacam seni fractal. Makin ke dalam. Cubalah!

Siapa boleh baca apa yang tertulis di dalam kedua-dua kufi yang saya hasilkan? Kedua-duanya benda yang sama. Tiada hadiah ya untuk yang berjaya. =)

Wednesday, December 29, 2010

Ukiran Kasih Sahabat


Rona mawar yang menyelaputi jalinan perkasihan

Masih segar walau masanya telah berlalu pergi

Imbauan tawa tangismu bagaikan baru semalam terjadi.

Sakit perit yang kita tempuhi menjadi bukti

Kukuhnya tali persaudaraan ini

Berparut tidak namun terkesan di qalbi.

Jalan ilmu yang kita susuri bersama

Sudah tiba ke persimpangannya

Kau dan aku menurut pula denai berbeza

Menuju destinasi yang tidak serupa.

Walau jalan itu tidak bertabur bunga

Terkadang datang onak menduga

Namun kita cekal berpimpin tangan hingga ke akhirnya.

Kenangi ikrar setia bersama

Ukiran kisah kasih kita

Jangan terhakis pudar terbiar

Diratah usia yang pantas mengejar.

Sunday, December 26, 2010

Pemeriksaan Doktor (lagi)

Tanggal 24 Disember 2010 merupakan hari yang kesekian kalinya untuk memenuhi temujanji dengan doktor pakar. Apabila ditenung-tenung kad temujanji, rupa-rupanya sudah hampir dua tahun berulang-alik ke hospital. Sudah dua hospital menjadi tempat berjanji, Hospital Sultanah Bahyah di Alor Star dan Hospital Sultanah Fatimah di Muar. Dan sekarang, bulan Mei 2011 pula akan menjadi tarikh seterusnya dalam jadual pemeriksaan. Tapi bukanlah sakit kronik (alhamdulillah), cuma tonsil dan tiroid yang membengkak dengan sedikit jangkitan. Mungkin menjadi masalah bagi para doktor mengesan apabila kedua-duanya membengkak sekali. Ikuti kisah dan bicara saya dengan doktor di sini. (klik ya!)

Syukur kerana tiroid sudah berhenti membusung, cukup sebesar ini, darah sudah normal, maka tidak perlulah membuang tiroid ni. Tonsil pula sudah semakin bagus, cuma masih ada tonsil stones yang kadang-kala mengganggu. Sepanjang dua tahun berulang-alik ke hospital dan memakan aneka ubatan dan semburan yang para doktor berikan, cukup ku berharap agar segalanya ini menjadi kifarah terhadap semua kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan. Amiin.

Wah, malam ni ada perlawanan bola sepak Malaysia menentang Indonesia!

Friday, December 24, 2010

PMR oh PMR

Akhirnya keputusan PMR sudah pun diumumkan, maka berbondong-bondonglah para pelajar Tingkatan 3 2010 serta ibu bapa mereka ke sekolah untuk mengambil keputusan masing-masing. Tahniah buat yang berjaya mengenggam 8A dan 9A dan buat yang gagal, it is not the end of the world. Adik saya juga tidak terkecuali daripada menerima tekanan kerana dia perlu mendapat 8A dalam PMR. kerana semua adik-beradik sebelumnya sudah berjaya mendapat 8A. Sudah tentu dia tidak mahu menjadi kambing hitam dengan merubah sejarah keluarga tersebut. Namun alhamdulillah dia berjaya (walaupun dia agak playful dan seorang gamer sejati), dan saya kadang-kadang kasihan dengan para pelajar yang terlalu ditekan oleh ibu bapa untuk mencapai sebanyak mungkin A dalam peperiksaan. Namun inilah sistem pendidikan kita yang bertunjangkan silibus dan gred peperiksaan. Dalam pada itu, diharap minat para pelajar juga dapat dipupuk, kerana tanpa minat, maka lahirlah pekerja-pekerja yang tak produktif, rasuah dan sebagainyalah. Hmm, dah macam karangan berbentuk artikel/rencana PMR..

Wednesday, November 10, 2010

Tuesday, November 9, 2010

Kerana Cinta Gaza - Dua

BAB 2

“Jadi boleh tak kau tolong aku?” soal Qassim setelah melihat Amar diam seribu bahasa.

“Boleh tu boleh, Sim. Tapi nak tolong tu takkan sampai merugikan aku pula kan,” jawab Amar tanpa memandang ke arah Qassim. Diketuk-ketuknya jari ke atas pahanya sendiri. Dia sebolehnya tidak mahu melayan permintaan Qassim namun tidak sampai hati pula nak menolak sepenuhnya.

“Aku bayar, bukan aku tak bayar, Mar. Kau sajalah yang ada sekarang ni, aku nak hire yang jauh, mahal sangatlah nanti. Lagi pun kawan-kawan kan,” ujar Qassim lagi. Dia menggoyang-goyangkan kerusi empuk yang didudukinya. Qassim dan Amar merupakan rakan sekelas ketika di universiti dulu namun tidaklah serapat mana. Qassim ialah anak hartawan perumahan di Johor Bahru namun agak berkira dalam hal kewangan sehingga Amar pun merasa pelik dengan sikapnya. Qassim langsung tidak sama dengan sifat bapanya sendiri, Datuk Shukur yang terkenal dengan sifat pemurahnya itu. Saban tahun ada saja program kebajikan yang dilakukan oleh Datuk Shukur dan isterinya, apatah lagi apabila menjelang bulan Ramadhan.

“Itulah kau, tak nak buat persiapan awal, sekarang kalut nak cari photographer saat-saat akhir macam ni. Nak kahwin tapi macam tak nak kahwin,” balas Amar.

“Aku mana tahu nak jadi macam ni, aku ingat si Mus tu boleh pakai. Tengok-tengok dia ambil job lain pula. Aku dah booking tarikh tu, dia yang patut reserve untuk aku. Tolonglah Amar, lagi dua hari saja aku nak kahwin ni,” kata Qassim lagi. Amar hanya memandang kosong ke arah luar, melihat deretan kenderaan yang tak henti-henti menjalar di atas jalan berhadapan dengan studionya. Semuanya berlumba-lumba untuk pulang ke pejabat semula setelah waktu rehat tamat pada tengahari itu. Cuma Amar sahaja yang tidak mempunyai waktu rehat tertentu kerana bekerja sendiri.

“Kau pun satu, nak yang murah saja, itu yang jadi macam ni. Jangan ingat nak senang saja. Orang lain pun nak makan juga. Macam ni, kalau kau nak aku aturkan fotografi untuk perkahwinan kau, aku boleh tolong. Aku boleh bagi pakej terbaik untuk kau, ada photographer, kita buat indoor, kita buat outdoor, ada gambar ada video, harga sama macam biasa tak ada diskaun. Tapi aku boleh bagi satu sesi dalam studio, percuma untuk kau dengan isteri kau nanti. Macam mana?” Amar memberi kata putus. Dia bukan mahu berkira, tapi perniagaan ini tidak mengenal kawan atau lawan. Untung kena ada. Kalau tidak bila nak kaya.

Qassim memandang Amar. Senyap beberapa jurus. Dipicit-picitnya telefon bimbitnya itu walaupun tiada mesej atau panggilan yang masuk. Qassim menghela nafas panjang dan membetulkan duduknya.

“Oklah. Aku pun bukan ada pilihan sangat sekarang ni kan. Ikutlah,” jawab Qassim.

“Ha macam ni baru senang, jangan banyak tawar sangat, sebab tu Mus tu lari,” tersengih-sengih Amar melihat gelagat Qassim. Berjaya juga dia mempertahankan harganya setelah beberapa lama dipujuk oleh Qassim untuk memberikan potongan harga kepadanya.

“Iyalah Amar, nantilah aku bagi details perkahwinan aku pada kau. Sekarang waktu lunch aku sudah nak habis, aku nak gerak ke pejabat semula ni.” Qassim bingkas bangun daripada kerusi empuk tersebut.

“Kau ada nombor aku kan?” soal Qassim sambil memandang ke arah Amar.

“Kau tukar nombor ke?” balas Amar.

“Taklah, saja tanya. Oklah.” ujar Qassim lantas berjalan keluar daripada studio milik Amar. Amar hanya melihat dari ekor matanya sehingga kelibat Qassim hilang daripada pandangan matanya. Kalau nak dikira kawan saja, sampai bila aku tak boleh meniaga. Ingat aku robot? Aku pun nak kaya macam kau juga.

Amar menjangkau telefon bimbitnya yang berada di atas meja lantas menekan-nekan sesuatu. Dilihatnya wallpaper telefon bimbitnya yang tertera gambar buah hatinya, Balqis. Teman yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut dulu. Selama tiga bulan Amar cuba mendekati Balqis sebelum hubungan mereka mula mesra. Kini Balqis yang putih melepak itu sudah bekerja sebagai seorang pegawai penyelidik di Agensi Nuklear Kebangsaan. Amar merenung kosong gambar tersebut dan melepaskan nafas yang dalam. Fikirannya menerawang ke suatu masa di mana dia berlawan mulut dengan Balqis beberapa jam sebelumnya semasa mereka bertemu awal pagi tadi.

“Awak nak tunggu apa lagi? Kita ni makin tua, bukan makin muda tau tak?” tegas Balqis. Langsung tidak dipandangnya muka Amar itu. Amar pula hanya memandang ke laut lepas yang terbentang di hadapannya. Pantai Tanjung Bidara pada pagi itu langsung tidak tergugat kedamaiannya dek pertengkaran pasangan bercinta itu.

“Awak ingat kahwin ni perkara mudah ke Qis? Saya ni nak kena cari duit, nak kena urus itu ini, saya sudah banyak kali terima job ambil gambar orang kahwin, saya tahu macam mana susahnya. Awak perempuan, mana awak tahu,” balas Amar sambil melihat anak-anak ombak yang menghempas pantai itu. Damai tetapi tidak cukup untuk mendamaikan hati mereka berdua.

“Saya nak bantu, awak tak nak. Bukan saya tak ada duit. Saya pun ada kerja sendiri. Awak sendiri pun bukan tak mampu, sudah ada studio sendiri. Atau awak yang dalam diam sudah ada yang lain? Saya nak ajak kahwin, bukan ajak berperang,” Balqis menjawab. Mulutnya mencebik.

Amar senyap. Dia seboleh-bolehnya mahu membiarkan sahaja Balqis membebel seorang diri namun adakalanya tuduhan-tuduhan liar seperti ‘sudah ada yang lain’ itu sangat menyakitkan hatinya. Kalau berdiam sahaja nanti dikatakan betul pula tuduhannya itu. Amar bukan tidak mahu menerima bantuan Balqis, namun padanya biarlah dia yang menanggung kesemuanya. Majlis yang grand perlukan dana yang grand juga. Tetapi menggunakan duit perempuan bukanlah cara yang digemarinya. Ego lelaki. Lagi pun dia cuma kekurangan beberapa ribu sahaja lagi. Tahun depan sudah bolehlah nak kahwin, buat apa nak tergesa-gesa.

“Sudahlah. Saya nak balik,” ujar Balqis.

Balqis memasuki kereta merah miliknya dan memecut pergi.

Sunday, November 7, 2010

Tagged!: Entri-entri yang disukai (Favourite Entries).

Terima kasih kepada saudari faizura rahman kerana sudi tagged saya, kira blog adik-beradiklah dengan izuan rahman kot, hehe. Ok, inilah review blog saya:

5 entri-entri yang paling best dan sebabnya:

  1. Siri Cerpen 'Kemboja yang Berguguran': Ini adalah cerpen saya yang pertama terbit di akhbar Berita Minggu. Sangat mengujakan. Kira debutlah, hee. Namun judulnya sudah ditukarkan kepada Daun Zaitun pun Berguguran.
  2. Siri Sajak 'Terbang': Juga kerana sajak 'Terbang' satu dan dua menjadi antara sajak pertama saya yang terbit di akhbar Berita Minggu.
  3. Bukti Kekuasaan ALLAH SWT: Entri ini menceritakan perihal penemuan sebatang lagi sungai di dasar sebatang sungai. Membuktikan bahawa ALLAH SWT mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Entri ini saya tulis dalam bahasa Inggeris.
  4. Cara Pegang Kamera DSLR: Ini merupakan antara entri terawal saya yang menyentuh tentang teknik fotografi dan editing gambar. Untuk pengetahuan, saya memang suka fotografi dan videografi. Kalau (ehem-ehem) kalian like page saya di Facebook, kalian dapat lihatlah. Hehe.
  5. Glorious: Saya sukakan bait-bait kata seperti ini. Bacalah ya! =)

Tag rakan-rakan blog anda yang baru saja update semasa anda post kan entry ini (tidak termasuk saya):
Mereka yang terpilih untuk saya tag ialah:

Thursday, November 4, 2010

Sepintas: Dugaan Banjir di Jitra, Kedah.

Assalamualaikum and hello. Rumah yang saya dan sahabat-sahabat duduki kini dinaiki air sejak dua hari lepas. Air naik sangat laju kerana terdapat beberapa empangan yang dibuka di Kedah, Perlis dan Thailand, lantas dalam sekelip mata saja rumah kami sudah ditenggelami air separas dada manusia (bukan dada itik ya.) Insha Allah ada kesempatan saya akan cuba update namun segala gambar dan video yang diambil tidak dapat dikemaskini kerana card reader+lens semua sudah menyelam di rumah tersebut, huhu. Banyak barang-barang kami tidak dapat diselamatkan. Semua buku-buku, meja, rak, almari, barang-barang elektronik, terpaksa ditinggalkan. Lintah-lintah kerbau menjalar... Takut-takut encik ular pula kerana rumah kami berdekatan dengan paya, dan sekarang... hujan lagi...

Friday, October 29, 2010

Kerana Cinta Gaza - Satu

BAB 1

Derap langkahnya terhenti. Tunduk dan membongkok di sebalik runtuhan dinding batu sebuah rumah yang telah hancur dibedil bertubi-tubi. Amar mengangkat tangan dan mengoyang-goyangkannya separa di udara. Anak-anak mata Khalid, Samir dan Usman mengekori gerak tangan Amar ke depan dan ke belakang.

Lantas Khalid bergerak bak lipas kudung sambil menggenggam erat sepucuk senapang kesayangannya ke arah Amar yang sudah sedia mengintai-ngintai di celah-celah runtuhan batu tersebut. Samir dan Usman pun mengekori sama. Pergerakan mereka senyap dan tangkas, tiada bunyi yang kedengaran, tiada kesilapan yang mampu dilakukan. Saat genting sebegini bakal menentukan kejayaan misi mereka kelak. Setiap langkah adalah bermakna buat mereka.

Amar berpusing dan bersandar pada runtuhan dinding batu tersebut. Dia memandang tepat ke mata Khalid, Samir dan Usman silih berganti. Hembusan nafasnya laju akibat pergerakan pantas dan terhenti-henti yang dilakukan untuk mengelakkan mereka daripada dikesan musuh. Amar mengangkat dua jarinya dan menunjukkan ke kanan, kemudian mengangkat tiga jarinya dan menunjukkan ke kiri pula. Khalid, Samir dan Usman mengangguk. Masing-masing berpandangan dan mereka mengangguk sekali lagi. Semua mengerti apa yang perlu dilakukan. Semuanya sudah dirancang dan disimulasikan acap kali sebelum mereka memulakan misi.

Amar menggapai sebiji serpihan bata di hujung kakinya. Digenggam-genggam bata tersebut sambil dia mengintai-ngintai ke sebelah kanan. Khalid dan Samir bergerak perlahan-lahan ke arah kiri Amar dan menunggu isyarat seterusnya. Amar dan Usman pula bertinggung ke arah kanan, bersedia untuk melakukan serangan.

Saat yang dinanti telah tiba. Tatkala ketiga-tiga orang tentera Zionis tersebut berpaling ke arah bertentangan, Amar lantas bingkas dan melontarkan serpihan bata tersebut ke arah mereka lantas mengenai sebuah bangkai kereta yang sudah hangus terbakar. Amar dengan secepat kilat menunduk kembali dan mengenyitkan mata ke arah Khalid dan Samir.

Tangggg! Ketiga-tiga tentera di sebelah kiri tersebut segera menoleh ke belakang. Mata mereka tercari-cari sumber bunyi tersebut, sejurus kemudian kedengaran suara-suara mereka saling bersahutan. Tentera-tentera Zionis berdua yang berada di sebelah kanan turut dikejutkan dengan bunyi tersebut. Dua orang tentera Zionis tersebut pun lantas bergerak ke arah kereta itu sambil mengacukan senapang mereka ke arahnya. Kesempatan ini diambil oleh Khalid dan Samir untuk menyusup ke sebelah kiri dan bersembunyi di sebalik dinding yang satu lagi. Kali ini mereka benar-benar berada di belakang kedudukan tentera Zionis bertiga itu.

Amar menjengah lagi. Dilihatnya tentera-tentera Zionis tersebut sedang memerhatikan rakan mereka yang sedang memeriksa bangkai kereta itu. Daripada situ Amar mampu melihat Khalid dan Samir yang sudah bersiap sedia di sebelah hujung kiri sana. Mereka yang akan mengorak langkah pertama. Dia dan Usman pula akan melangsaikan baki tentera itu daripada sini. Kini kelima-lima tentera Zionis itu sudah berkumpul di sebelah kiri, betul-betul di hadapan tempat persembunyian Khalid dan Samir. Tentera-tentera laknat itu akan dirobek oleh peluru-peluruku, getus hatinya. Genggamannya pada raifal itu makin kuat. Matanya membidik di antara timbunan batu tersebut. Mulutnya terkumat-kamit tidak berbunyi. Ya Allah, bantulah hamba-hamba-Mu ini!

Wednesday, October 27, 2010

Photography 101: Macro Photography Tips Using compact cameras!

Now let us continue our venture in photography. =) We know the term 'macro photography', we love to look at the images of macro shots. But we were dissapointed that we could not achieve the same results of images as we do not own any DSLR camera with macro lenses. Worry no more as I will show you how you can create 'macro' feeling using your compact cameras only. But I want to stress here that the actual 'macro photography' means to capture the images of your subject (a bug etc.) at life size or bigger at 1:1 ratio. However, by using compact digital cameras only (with their small sensors and no macro lenses) we can only create 'close-up' photography which has the same 'macro' feeling, like this one.


This image above were taken using a compact camera only. So how can we achieve such image?
  1. Select the correct mode - You must first select the Macro mode. Most people using the compact cameras never play with the modes on their cameras. Generally the macro mode is symbolise with a 'little flower' on cameras.
  2. Aperture - Most of the compact cameras do not allow you to switch the aperture, however if your camera allow this, select the desired aperture that suits you. Bigger aperture (marks with the smaller number such as 2.8) for shallow depth of field, which allows only your subject will be crystal clear and sharp, while your background will be blurred. If you compact cameras do not allow you to play with the aperture, just cool and stick to the macro mode. =P
  3. Use a tripod - Yep, use a tripod to get best results even tough you are using a compact camera only. This can help you minimise camera shakes that will ruin your image. Or if you do not own a tripod, you can just put your camera on a table or anything sturdy.
  4. Composing - Remember Rule of Thirds. Arrange your image so that it has a point of interest. If you are using an animal as your subject for close up, make sure its eyes are sharp.
  5. Flash - Use flash because macro photography needs a decent light to avoid the images from being dull. But if you are using you compact camera flash, try to diffuse the flash by placing a tissue or something to avoid harsh light. Or use a reflector instead to help you light your subject.
  6. Self-timer - Use your camera self timer to avoid camera shakes. =)




Don't forget to try this tips if you are interested in trying macro (read close-up) photography with your compact cameras. Let me know if you have anything to ask. =)

Tuesday, October 26, 2010

Sepintas: 30 Cara Melembutkan Hati


Hadis riwayat Aisyah ra. isteri Nabi saw.:
Rasulullah saw. bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut yang menyukai kelembutan. Allah akan memberikan kepada orang yang bersikap lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang bersikap keras dan kepada yang lainnya.

Kita tidak lalai akan doa yang satu ini : "Ya Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah diriku dalam Agama-Mu dan dalam Ketaatan kepada-Mu".

Begitulah, menjaga hati untuk sentiasa istiqomah berada di jalan Allah, senantiasa bersih dari segala kotoran dan lembut dari segala kekerasan (hati), tidaklah mudah. Kesibukan dan rutin kita yang memerah tenaga dan fikiran, serta interaksi yang terus menerus dengan masalah duniawi, jika tidak diimbangi dengan "makanan-makanan" hati, terkadang membuat hati menjadi keras, kering, lalu mati. Padahal sebagai seorang mukmin, dalam melihat pelbagai persoalan kehidupan, haruslah dengan mata hati yang jernih.

Untuk itu, beberapa nasihat berikut patut kita renungi bersama dalam usaha kita untuk melembutkan hati. Kita hendaklah senantiasa:

1. Takut akan datangnya maut secara tiba-tiba sebelum kita sempat bertaubat.
2. Takut tidak menunaikan hak-hak Allah secara sempurna. Sesungguhnya hak-hak Allah
itu pasti diminta pertanggungjawabannya.
3. Takut tergelincir dari jalan yang lurus, dan berjalan di atas jalan kemaksiatan dan jalan
syaitan.
4. Takut memandang remeh atas banyaknya nikmat Allah pada diri kita.
5. Takut akan balasan seksa yang segera di dunia, kerana maksiat yang kita lakukan.
6. Takut mengakhiri hidup dengan su'ul khatimah.
7. Takut menghadapi sakaratul maut dan sakitnya sakaratul maut.
8. Takut menghadapi pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
9. Takut akan azab di alam kubur.
10. Takut menghadapi pertanyaan hari kiamat atas dosa besar dan dosa kecil yang kita
lakukan.
11. Takut melalui titian yang tajam. Sesungguhnya titian itu lebih halus daripada rambut
dan lebih tajam dari pedang.
12. Takut dijauhkan dari memandang wajah Allah.
13. Perlu mengetahui tentang dosa dan aib kita.
14. Takut terhadap nikmat Allah yang kita rasa siang dan malam sedang kita tidak
bersyukur.
15. Takut tidak diterima amalan-amalan kita.
16. Takut bahwa Allah tidak akan menolong dan membiarkan kita sendiri.
17. Kekhuatiran kita menjadi orang yang tersingkap aibnya pada hari kematian dan pada
hari timbangan ditegakkan.
18. Hendaknya kita mengembalikan urusan diri kita, anak-anak, keluarga dan harta
kepada Allah SWT. Dan jangan kita bersandar dalam memperbaiki
urusan ini kecuali pada Allah.
19. Sembunyikanlah amal-amal kita dari riya' ke dalam hati, kerana terkadang riya' itu
memasuki hati kita, sedang kita tidak merasakannya. Hasan Al Basri rahimahullah
pernah berkata kepada dirinya sendiri. "Berbicaralah engkau wahai diri. Dengan
ucapan orang soleh, yang qanaah lagi ahli ibadah. Dan engkau melaksanakan amal
orang fasik dan riya'. Demi Allah, ini bukan sifat orang mukhlis".
20. Jika kita ingin sampai pada darjat ikhlas maka hendaknya akhlak kita seperti akhlak
seorang bayi yang tidak peduli orang yang memujinya atau membencinya.
21. Hendaknya kita memiliki sifat cemburu ketika larangan-larangan Allah diremehkan.
22. Ketahuilah bahwa amal soleh dengan keistiqomahan jauh lebih disukai Allah
daripada amal soleh yang banyak tetapi tidak istiqomah dengan tetap melakukan
dosa.
23. Ingatlah setiap kali kita sakit bahawa kita telah istirahat dari dunia dan akan menuju akhirat
dan akan menemui Allah dengan amalan yang buruk.
24. Hendaknya ketakutan pada Allah menjadi jalan kita menuju Allah selama kita sihat.
25. Setiap kali kita mendengar kematian seseorang maka perbanyaklah mengambil pelajaran
dan nasihat. Dan jika kita menyaksikan jenazah maka bayangkanlah jika kita yang
sedang diusung.
26. Hati-hatilah menjadi orang yang mengatakan bahwa Allah menjamin rezeki kita
sedang hatinya tidak tenteram kecuali sesuatu yang ia kumpul-kumpulkan. Dan
menyatakan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari dunia, sedang kita tetap
mengumpul-ngumpulkan harta dan tidak menginfakkannya sedikit pun, dan
mengatakan bahwa kita pasti mati padahal tidak pernah ingat akan mati.
27. Lihatlah dunia dengan pandangan iktibar (pelajaran) bukan dengan pandangan
mahabbah (kecintaan) kepadanya dan sibuk dengan perhiasannya.
28. Ingatlah bahwa kita sangat tidak kuat menghadapi cubaan dunia. Lantas apakah kita
sanggup menghadapi panasnya jahannam?
29. Di antara akhlak wanita mukminah adalah menasihati sesama mukminah.
30. Jika kita melihat orang yang lebih besar dari kita, maka muliakanlah dia dan katakan kepadanya, "Anda telah mendahului saya di dalam Islam dan amal soleh maka dia jauh lebih baik di sisi Allah. Anda keluar ke dunia setelah saya, maka dia lebih baik sedikit dosanya dari saya dan dia lebih baik dari saya di sisi Allah."

"Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa." As-Syura:19

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui." Al-Maidah:54

Friday, October 22, 2010

Sepintas: Pedoman untuk mereka yang hendak berkahwin.

Marilah kita renungi pedoman mencari calon seterusnya menjalani perkahwinan bersama-sama ya.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.



3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan tok kadi,tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan doa mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan ditempuhi tidak hanya melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak dan belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bahagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah-lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK


Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada ialah anak yang merasakan bahawa dia tidak didengari oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL


Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran


Wednesday, October 20, 2010

''PENGABADIAN'' - Sebuah Filem Pendek


Ini merupakan sedikit sedutan daripada filem pendek yang kami hasilkan dan akan ditayangkan sempena majlis makan malam perpisahan kami nanti. Khas untuk pembaca blog saya sahaja, shhhh. Hehe. Untuk lihat trailer filem ini, sila klik sini. Untuk sedikit bloopers, sila klik sini.

Saturday, October 16, 2010

Kisahnya Dunia: Kubur Paling Hidup Di Dunia!

Saya ingin berkongsi kisah lebih 10 000 keluarga yang tinggal di sebuah kawasan perkuburan di Filipina. Ya, perkuburan! Semua ini gara-gara kemiskinan lantas tempat ini menjadi tempat tinggal turun-temurun.



Pintu masuk ke 'perumahan perkuburan'.


Sesi karaoke satu.

Yang kotak-kotak tersebut adalah kuburan-kuburan ya.

Kubur-kubur macam loker.

Boleh juga jadi tempat beristirahat sambil bermain poker.

Selesa dijadikan perabot televisyen dan tempat pembaringan.

'Aksesori' baru?


Kuburan berwarna-warni di sisi penghuni 'hidup' dan penghuni 'mati'.


Gaya hidup sihat di atas kuburan.

Sesi karaoke dua.

Friday, October 15, 2010

Penciptaan Jibrail dan 6 Perkara ALLAH SWT Sembunyikan

Memang ruangan Sepintas kali ini tidak begitu 'sepintas' kerana agak panjang lebar, namun tidak rugi kita meluangkan sedikti masa membacanya bukan? Insha Allah ada faedahnya sedikit-sebanyak. Entri yang seterusnya saya akan poskan gambar terbaru, atau mungkin juga video terbaru, jadi jangan lupa ya.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud "Tidak".


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?

" Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Wallahualam.

Thursday, October 14, 2010

Sepintas : Petua Imam Syafie

    • Empat perkara menguatkan badan

    1. makan daging

    2. memakai haruman

    3. kerap mandi

    4. berpakaian dari kapas

    • Empat perkara melemahkan badan

    1. banyak berkelamin (bersetubuh)

    2. selalu cemas

    3. banyak minum air ketika makan

    4. banyak makan bahan yang masam

    • Empat perkara menajamkan mata

    1. duduk mengadap kiblat

    2. bercelak sebelum tidur

    3. memandang yang hijau

    4. berpakaian bersih

    • Empat perkara merosakkan mata

    1. memandang najis

    2. melihat orang dibunuh

    3. melihat kemaluan

    4. membelakangi kiblat

    • Empat perkara menajamkan fikiran

    1. tidak banyak berbual kosong

    2. rajin bersugi (gosok gigi)

    3. bercakap dengan orang soleh

    4. bergaul dengan para ulama

    • 4 CARA TIDUR

    1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

    2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

    3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

    4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sunday, October 10, 2010

Counting Days.

I am only one month away from completing my study! My research is complete and I am enjoying the remaining days with my friends. Alhamdulillah. I cannot wait to start teaching and working and having my own salary. I will save up as many as I can to buy the things that I have in my wish list, hehe.

The Mercedes Masterpiece - AMG edition!


The Canon 550D!



The 27 inches iMac!
You may think that all of the things that I crave for are extremely expensive for a regular teacher, but I will prove you wrong! Haha. Insha Allah I will try to fulfil the wish list slowly but surely. Because if I buy all these things at the same time, then I will never get married-lah! =P
I don't know which I will get first, but I maybe want to have the car first, hehe.
Please pray for my success as I pray for all my friends', including YOU! (I may buy a nikon D3100 or a 7D depending on the current situation when the day come!)

Friday, October 8, 2010

Photography 101: Missions! Get better using themes!

One tip that I learned to train yourself to be a good photographer is to do missions. Equip yourselves with a specific task - capturing images that has limitations. Limit your images to certain themes or concepts such as 'Cats', 'Green' or 'Light'; and let you and your lenses explore the concepts using your creative juice. For example, now I am on a mission to capture images of 'Still Life with Skies' and here are some of the images. Explore new themes as you move on. And most importantly, enjoy! (>o<)///





Sunday, October 3, 2010

Dave Hill's Effect and Story Behind an Image



I've been trying a few methods to gain a Dave Hill's effect on my portraits, and this one by far is my favourite method that I found. However, the photo that I used above to be applied with such effect was not good enough because of the absence of appropriate depth. I will try to apply the effect on better photo that has greater depth next time, insha ALLAH.




This photo above was not applied with the Dave Hill's effect. But I was fascinated with this image as (I thought) I managed to create a story or a situation that is related to the tittle that I gave to the image.

p.s: the portrait was me and my sister during the Idulfitri recently.

Monday, September 27, 2010

Bloopers - Pengabadian (Chuping, Perlis)



Pelbagai perkara yang 'tidak dijangkakan sebenarnya sudah 'dijangkakan' akan berlaku setiap kali kami membuat projek sebegini, hee. Banyak shot yang perlu diambil untuk mendapatkan satu scene yang hanya berlaku beberapa saat sahaja. Penggambaran akan disambung semula minggu ini setelah tertangguh kerana masing-masing sibuk dengan pembentangan kajian minggu sudah. Tak sabar rasanya! Yeahhh! =)

Monday, September 20, 2010

Photography 101: Long Exposure! =D



Saya akan menerangkan serba-sedikit tentang satu teknik fotografi yang pada hemat saya sangat jarang diterokai oleh penggemar fotografi di Malaysia iaitu long exposure. (Kali ini dalam Bahasa Melayu =)) Saya sangat meminati teknik ini yang mampu memaparkan situasi drastik, pergerakan imej, dan juga mistik, mengikut cara yang tertentu. Saya yakin ramai yang tahu teknik ini tapi tidak pernah terfikir nak mencubanya. Situasi drastik atau pergerakan imej boleh dicapai apabila mengambil gambar lanskap yang merangkumi awan yang bergerak, atau sungai yang mengalir, mahu pun trafik di waktu malam. Berikut adalah contoh gambar sungai yang saya ambil di Gunung Ledang, namun tidak begitu menarik komposisinya atas sebab-sebab teknikal yang akan saya terangkan nanti.

  1. Untuk mendapatkan gambar yang menarik menggunakan teknik long exposure, kita wajib mempunyai sebuah tripod untuk memastikan kedudukan kamera yang stabil. Gambar-gambar sungai yang saya ambil di atas tidak menggunakan tripod kerana tertinggal di Kedah masa ni. Jadi letakkan kamera atas apa-apa saja yang kukuh sebagai ganti. Gambar sungai ni tak menarik sebab tak saya compose dengan baik kerana meletakkan kamera di atas batu kecil betul2 di atas sungai, alhamdulillah tak jatuh. Hihi.
  2. Setkan kamera kepada mod Shutter atau Manual bagi mereka yang lebih profesional, hehe. Gunakan sekurang-kurangnya 8 saat untuk waktu pagi dan lebih lagi apabila mengambil gambar pada waktu malam. Gunakan ND grad filter pada waktu siang untuk mendapatkan efek yang lebih hebat.

  3. Edit secara digital untuk cropping dan blown out treatment dalam gambar tersebut sekiranya ada. Dalam gambar trafik di atas ada sedikit blown out kalau anda perasan.
Kalau gunakan teknik ni di tepi pantai pada waktu siang, akan menghasilkan satu efek mistik apabila ombak yang membasahi batu akan kelihatan seolah-olah seperti susu atau gas nitrogen mengikut setting dan penggunaan grad filter yang sesuai. Wallahualam.