Friday, January 14, 2011

Diet Oh Diet!

  1. Apakah itu diet? Diet bukanlah menahan lapar, itu mengikat perut namanya. Diet ini merupakan pola pemakanan kita. Cara kita makan, dan apa yang kita makan sehari-hari. Semua orang punya diet yang tersendiri. Atlet dengan diet tinggi protein dan karbohidrat, ibu mengandung dengan diet yang...
  2. Mahu mendapatkan tubuh yang langsing? Tegap?Apakah tips untuk diet yang hebat dan berkesan? Mudah saja, ikutlah diet qudwah hasanah kita, Nabi Muhammad SAW. Nescaya kita akan memperoleh tubuh yang sihat, seperti yang diungkapkan oleh Ustaz Abdullah Mahmood yang mana Baginda SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya, kerana baginda sangat pandai menjaga pemakanannya.
  3. Apakah contoh pemakanan tersebut?
  • Jangan mencampurkan makanan laut dengan makanan darat sebagai lauk dalam satu hidangan.
  • Contohnya makan nasi putih dengan lauk ayam goreng, kemudian ada pula ikan kering.
  • Makan buah dulu sebelum makan nasi, not the other way round. Jangan kata makan buah selepas makan nasi, konon-konon mencuci mulut. Nak ikut Nabi ke, nak ikut orang putih? Hehe.
  • Jangan campur buah dengan susu, sebagai contoh: yogurt atau koktel. Kalau nak susu, susulah saja. Kalau buah, buahlah saja. Ambil yogurt yang kosong, bukan yogurt dengan strawberi dan sebagainya itu. Konon-konon berkhasiat dan baik untuk usus... Lagi sekali, nak ikut Nabi ke, nak ikut orang putih? Hehe.

Berikut adalah senarai lengkap makanan yang JANGAN dicampur ya:
  1. SUSU dengan DAGING
  2. SUSU dengan BUAH
  3. SUSU dengan IKAN
  4. SUSU dengan AYAM
  5. SUSU dengan CUKA
  6. IKAN dengan AYAM
  7. IKAN dengan DAGING
  8. IKAN dengan DAUN SALAD
Lagi, jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan! Berhenti sebelum kenyang! =)

13 comments:

umiawadah said...

Terima kasih juga sebab share..lama dah saya cari,dulu pernah salin kat rumah sepupu..tapi sudah hilang...wah, macam lebih kurang sama je kejadian yang terjadi..

[PaaN1904] said...

so true...~~ :)
thanks for the info! :)

mira_nas said...

ha.. bagus ni.. tq ye.. ada juga cari senarai apa yang tak boleh campur.. tapi lupa letak kat mana..tq

rockinsudu said...

nice. tertarik ngan mkanan yg xboleh dicampur tu

izuan said...

@ummiarissa: hehe begitulah kurang lebihnya.. =) benda ini sudah lama cuma saya kongsikan semula.

@cik farhana: u are most welcome~~~

@mira_nas: u are most welcome~~~

@rockinsudu: harap kita semua mampu amalkan ya. memang Islam syumul, semua panduan sebenarnya ada.

Lydia Miza said...

betul tu..kalau di campur akan mencederakan perut.

hans said...

yups
itulah baru betul diet

Review Filem : Khurafat Filem Pertama Syamsul Yusof Yang Aku Suka

izuan said...

@LM: betul betul betul, ion bertindakbalas =)
@hans: betul betul betul lagi =)

liyani rasdi said...

thnx for sharing...:)

izuan said...

@liyani rasdi: u r most welcome =)

iffahhanna said...

waa..bleh apply ne.. SGT BAGOS!

izuan said...

@iffahhanna: digalakkan! semoga beroleh maslahat =)

CikSaraTT said...

wah! sangat berguna n3 ni.