Thursday, December 31, 2009

Antara Thyroid, Telur Cicak dan Nestum.

Rejim menambahkan berat badan sempena cuti sekolah tergendala lagi. Berkobar-kobar semangat untuk makan, tetapi setelah lebih sebulan bercuti, makin turun pula berat badan gara-gara sukar untuk menelan makanan. Semuanya bermula apabila pada satu hari yang indah... nasi yang lembut ditelan seakan menelan sebutir batu, sakit dan keras. Setelah berulang kali ke klinik dan hospital, ujian darah diambil dan doktor berkata "Awak ni ada tanda-tanda tiroid yang bengkak." Jadi setelah darah diambil, terpaksa menunggu sehingga hujung tahun barulah dapat keputusannya.

Dalam pada itu, hanya nestum yang mampu mengalas perut untuk memberi tenaga. Tekak yang loya pun terpaksa dihiraukan, disumbat-sumbat juga nestum ekstra lembut dengan sedikit krimer (mama marah kalau tak makan,hehe). Satu petang, mama bawa air penawar dari kampung.

"Ni atuk kau kirimkan. Air penawar. Atuk cakap tu bengkak sebab telur cicak!"
Ah sudah, telur cicak pula. Mama kata telur cicak tu angin yang terkumpul dan membengkak dan boleh bernanah.

"Ha, minum air ni. Selawat dulu tiga kali sebelum minum, kemudian sapu kat leher tu tiga kali ats ke bawah dalam satu arah. Sehala je. Jangan turun naik."

Jadi saya pun turutkanlah sebab tak salah berikhtiar, lagi pula kunjungan ke hospital tak memberi saya sebarang ubat selagi belum dapat keputusan ujian darah. Alhamdulillah bengkak kadang-kadang surut selepas minum air tersebut dan membolehkan saya untuk makan barang sedikit, lebih baik daripada tak dapat makan langsung kan.

Kemudian pada hari ini saya telah ke hospital untuk mengambil keputusan ujian darah.
Dr : Alamak dik, ada keputusan T4 je. Ujian satu lagi tak dapat buat sebab takde reagen dia kat sini.
Sy : Jadi macam mana Dr?
Dr : Sy tgk memang bengkak ni.
Sy : Tapi kat dalam tekak da ok sikit.
Dr : Aah tapi kat luar ni swelling. Memang thyroid ni. Orang tak perasan ke leher awak bengkak,hehe.
Sy : Hehe, mana saya tahu.
Dr : Awk tak perasan leher awak bengkak?
Sy : Sy tak nampak leher sy sendiri, hehe.
Dr : .......
Sy : Em, tapi kalau kat dalam tekak tu terasa la,hee.
Dr : Em, takpe la. Saya rujuk awk kat pakar ye.
Sy : Oh, boleh tak sy rujuk kat kedah, sy nk habis cuti dah ni.
Dr : Em..oklah. Sy bagi memo ni, awak bwk sekali laporan check up ni.
Sy : Terima kasih Dr.
Dr : Memang bengkak tu, tapi takpelah, makwe tak perasan kan.
Sy : Haha, yela tu. Tapi tak bole kecik2 ke Dr?
Dr : Em,kena operate lah. Tapi akan tinggal scar kat leher and awak kena mkn ubat thyroid sepanjang hayat awak,hehe.
Sy : ....

Sunday, December 13, 2009

Terbang Dua


datang pedih
tidak menyisih
datang gering
tidak disamping
kerana kata yang ditancap
kukuh mantap
mana mungkin dapat disentap.

dada membusung
dengan rasa syukur terkandung
ketemu sayap kekar
yang tidak pernah letih menebar
agar terapung kembali
setelah jatuh menyembah bumi.