Saturday, November 14, 2009

Kuatkan Semangat!


Susah sangatkah nak berhenti merokok?
Ish, susahlah.
Buat azam baru, tahun depan berhenti merokok.
Tak boleh, kalau nak berhenti, tak boleh buat azam, tak jadi punya. Nanti ditangguh-tangguh azamnya. Kalau nak berhenti, kena buang rokok ni, cakap sekarang aku nak berhenti, on the spot.
(Berfikir.)

Memang susah ya nak berhenti merokok. Mujur tak mencuba, masa umur belasan tahun awal sekolah menengah dulu tengok macam best merokok tapi taklah sampai mencuba. Dan saya bersyukur saya tidak mencuba walaupun ada rakan-rakan sekolah dulu mengatakan setakat cuba sepam-dua tak ketagih punyalah!

Saya percaya kenyataan tersebut kerana memang ada rakan-rakan yang mencuba masa sekolah dulu dan tidak pula terus merokok. Tetapi saya mendapati bahawa terdapat juga rakan-rakan yang sekarang tidak boleh tidak merokok. Sekarang seorang sahabat sedang cuba berhenti merokok gara-gara sakit batuk yang teruk. Tidak lama dahulu, ada juga seorang rakan yang lain yang cuba berhenti merokok, lama juga bertahan. Tak lama kemudian beliau menyorok-nyorok apabila terserempak dengan saya kerana sedang mengepit sebatang rokok di celah jari dan menghembuskan asap yang berkepul-kepul dari hidung. Saya tergelak sendirian tetapi dia bilang segan dengan abang, dulu dah berhenti, ni hisap balik.

Sekarang, saya cuma mengharapkan sahabat yang seorang lagi ini berjaya berhenti merokok dan mendoakan yang terbaik untuknya lantas mengimpikan sahabat yang lain menurut jejaknya untuk berhenti sebelum mendapat musibah sakit yang tidak semena-mena. Kalau berhenti beramai-ramai mesti lagi mudah dan bersemangat kan?

Korang buat yang terbaik!!
Terima kasih kepada model gambar^^

14 comments:

Anonymous said...

tgk illustration 2.. igtkan cerpen baru die...
skali2.. bace2.. laaa... ade org tgh bg khutbah rupe er.. hehehe
betoi2... JANGAN MeROKOk.. bkn elok pun..kesan nyer, mulut berbau asap rokok, bdn berbau asap rokok, infact, kawasan surrounding perokok tue pun cnth nyer bilik die.. mesti akan berbau asap rokok yg semestinyer TIDAK wangi tue..

izuan said...

hehe, sambungan cerpen akan diterbitkan kemudian, tak boleh berturut-turut. memang betul, merokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah membahayakan orang lain juga. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG^^

kenwooi said...

smoking is bad! =D

kenwooi.com

izuan said...

totally! ^-^

crystal said...

testing.. testing.. testing..
1..2..3..

crsytal said...

ha!! testing bg kuar gmba plak..
testing.. testing.. testing..
1.. 2.. 3..
gamba kuar la kamu!!

crsytal said...

yeaaa!!!! saye budak pandai..
muaaahahahahaaha....
hmm.. eventhough everyone/ majority of us agree that sMoking is definitely hazardous to us all, smokers still do exist.
isn't that considered as ironic??

izuan said...

yup it is ironic. just bear in mind, smoking is just another way to kill the ummah.

::: ReActivate ::: said...

::: askm bro izuan, pekabar [huhu] terima kasih ya kerana menjadi followers saya.. maaf ya sbb saya agak sibuk di hujung tahun nih.. mcm2 kerja.. betul kata bro tuh, merokok mmg membahayakan kesihatan dlm jangka panjang.. tapi dlm masa yg sama pemakanan, kerja-kerja fizikal & persekitaran juga perlu dititikberatkan.. sbbnyer org2 dahulu kala yg hisap rokok tembakau yg tak ditapis mcm rokok skrg nih, sihat sejahtera plak, ada tuh sampai mencecah satu abad umurnya [hehehe] pelik gak! saya pon merokok gak [haha] tapi masih boleh kawal. terbukti masa pi umrah dulu, boleh plak tahan 2 minggu [huhu] sbb takut [hehe].. rokok pon susah nak dpt di sana kecuali di airport. alhamdulillah skrg nih boleh tahan, kalo dah abis stok tgh malam, tak mengelabah mcm dulu2 keluar pi kedai, sanggup tuh [hehehe] apa2pon merokok tuh mmg membahaya, sama jugalah dgn shisha, asap kereta, asap kilang, asap bakar sampah, semburan aerosol dll.. bukan rokok semata2 yaaa.. [huhu]
~ keep on blogging bro.. nice to know u r a teacher.. :)

izuan said...

yeaa.. smua itu membahayakan kesihatan tapi rokok itu kita sendiri yang hisap,hehe. hmm,org dulu3 hisap rokok bkn kerana suka2 atau terpengaruh dgn iklan tp kerana nk bekerja menoreh getah dan sebagainya pada awal pg sebelum atau selepas subuh. lagi pula, rokok mereka tidak diletakkan bahan kimia seperti mana sekarang. (walaupun tidak ditapis). blog anda juga sangat menarik :)

midau_midah said...

nice blog..

leh jd profesional bloger nie..heheh

izuan said...

hehe, terima kasih kak. sudi-sudikanlah follow ek. :)

midau_midah said...

ok2 dik..
banyak2 la menulis kt blog nie..best jer akak baca..
cm akk nie xde idea la..hehhe

izuan said...

hehe, insyaALLAH ada kelapangan. akak pun ada blog juga rupanya. :) akak tulis apa-apa yang terlintaslah :)