Thursday, November 12, 2009

Kemboja Nan Berguguran: Bahagian Satu


Abdul Karim mendongak ke langit. Langit cerah kebiruan yang kekontangan awan. Cuma ada secebis dua gumpalan awan kecil yang berarak ke utara ditiup angin bulan Zulhijjah. Hawa lembut menerpa mukanya dan rambutnya menampar-nampar dahi yang kecil itu. Dia menoleh ke kiri dan mengharapkan kemunculan sesusuk tubuh yang dikenalinya kerana dia sudah duduk termanggu di bawah pokok itu selama sepuluh minit dan dia tidak mahu lewat ke sekolah. Dia tentu tidak mahu melihat wajah Cikgu Salma yang manis itu menjadi masam kerana marah, namun dia masih menanti kedatangan Hadi yang akan lalu di hadapan pokok tempat dia duduk sekarang lantas berjalan ke sekolah bersama-samanya pada pagi itu seperti biasa.

Sakit perut agaknya si Hadi itu, getus hati kecilnya. Itulah, sudahku pesan jangan mencuba-cuba makan buah yang dijumpainya semalam sewaktu berjalan pulang dari sekolah beriringan. Degil sungguh si Hadi itu. Nanti kita semua juga yang terlewat ke sekolah pada pagi ini, rungut suara kecil Abdul Karim. Sekali lagi dia mendongak langit. Segugus awan berat perlahan-lahan merangkak bagai dipaksa oleh bayu kering yang dahagakan hujan sepetang. Mungkin akan hujan tengahari kelak, bisik Abdul Karim keseorangan. Bagus juga, sudah lama bumi Palestin ini tidak dibasuhi daripada darah-darah penduduknya yang menjadi mangsa kerakusan rejim Zionis. Lantas Abdul Karim mendengus sejurus, seraya bola matanya menangkap imej sesusuk jasad sedang berlari-lari anak ke arahnya. Dikilik bersamanya dua tiga buah buku sambil berlari lantas akhirnya jasad anak kecil itu tiba di hujung kaki Abdul Karim.

“Engkau ke mana Hadi? Mengapa engkau lewat? Nanti Cikgu Salma marah tahu,” Abdul Karim menyambut Hadi dengan rungutan yang terpendam.

Hadi tercungap-cungap mencari nafas. Dia menbongkok seperti orang rukuk lagaknya sambil memandang ke arah Abdul Karim. Sedikit peluh kelihatan di garisan dahinya yang putih lagi luas itu. Sebutir tahi lalat menghiasi di sempadan dahi serta rambutnya memaniskan lagi wajah anak kecil seusia 10 tahun tersebut.

“Maaflah Abdul Karim, maaflah. Janganlah marah. Aku ada sedikit hal di rumah tadi,” ujar Hadi yang mula menemui rentak nafas. Lantas dia betuli pegangan buku-bukunya itu dan berdiri tegak menghadap Abdul Karim. Abdul Karim pun ikut berdiri dan menepuk-nepuk punggungnya membuang habuk yang terlekat pada seluarnya itu.

“Hal apa, kerja apa Hadi? Kita ini sudah lewat tahu?” Abdul Karim berkata lantas mula berjalan untuk ke sekolah. Hadi tergesa-gesa mengekori di belakang Abdul Karim. Dia mempercepatkan langkahnya untuk menyaingi sahabatnya itu.

Gambar tiada kaitan dengan mana-mana penerbitan dan hanyalah imaginasi penulis menggunakan stok gambar pihak ketiga.

8 comments:

Anonymous said...

pd pandgn saye.. hasil nukilan anda mengikut style penulisan standard/ skema.. agak serius.. (nie time tulis tgh perut lapar la niey.. hehehe)
nk komen ade manyak lagi.. tp takuuut.. nnt 2an punyer blog katok pale sayer.. hehehe
sekian wassalam..
looking forward to read the continuation of this story..
hope you dont mind me giving my point of view regarding this work of yours.. hehhe

izuan said...

terima kasih atas komen anda yang membina^^
memang serius pun,hehe.

crsytal said...

cerita nie berkisarkan tentang apa....

izuan said...

sebenarnya merupakan cerpen yang mengisahkan hal dua orang sahabat cilik di tanah Palestin. Seputar kehidupan seharian mereka, juga persekolahan mereka di sebalik kekacauan di sana.

crsytal said...

biler adegan...
"dentuman bom jatuh berguguran silih berganti... bumi yg nazak terasa gegaran yg amat dasyat.. darah insan yang x berdosa berlinangan... bagaikan lautan darah ia bertukar"
bile adegan nie nk sampai.. ade x?? ade x??

izuan said...

xdee xdee.. :)

midau_midah said...

hadi????
nama yg jantung jadi lemah.. :)

izuan said...

siapa hadi yang membikin hatimu lemah? hehe.