Tuesday, February 15, 2011

Dia dan Kawannya: Secangkir Kopi O Cinta

  1. Dia dan kawannya menatap-natap akhbar pada hari itu tatkala dia tiba-tiba sahaja memalingkan mukanya ke arah kawannya seraya bertanya, "Apa rancanganmu pada hari cuti sebegini?"
  2. Kawannya meletakkan akhbar tersebut ke atas meja lantas menjawab, "Aku akan ke hotel Besar Lagi Mewah untuk membeli pakej makan malam+sarapan serta penginapan yang disediakan oleh pihak hotel sempena 14 Februari ini,"
  3. Dia hanya memandang kawannya tanpa kata dan apabila hal ini disedari oleh kawannya, terus kawannya berkata, "Kau jangan nak samakan aku dengan mereka, aku tak sambut Hari Kekasih atau Hari Valentine itu, aku pergi ke hotel itu pun bersama isteriku, yang sah lagi halal!"
  4. Dia masih diam tanpa bicara, lantas kawannya pun menambah, "Aku tak sambut tanggal 14 Februari yang dijaja masyarakat Barat itu, ok. Aku cuma mengambil kesempatan sempena pakej makan dan inap yang murah yang disediakan oleh hotel itu saja! Tak lebih dari itu!"
  5. Dia menghulurkan tangan mencapai cangkir kopi o yang di atas meja lantas meneguknya perlahan-lahan. Kawannya yang tidak berpuas hati berkata, "Terpulanglah jika kau mahu memandang serong akan niatku, aku cuma menggunakan duitku sendiri untuk membeli pakej murah itu untuk diriku dan isteri tanpa sebarang niat untuk menyambut Hari Valentine, sama seperti engkau juga yang membeli dan makan limau serta oren pada Tahun Baharu Cina tanpa niat untuk menyambutnya!"
  6. Dia yang dari tadi membisu kini bersuara, "Aku tak berkata apa-apa pun. Aku ingatkan kau nak berkata tentang program Maulud Nabi pada cuti 12 Rabiul awal ini. Iyalah, tanggal yang sama di mana Junjungan Besar kita Muhammad S.A.W dilahirkan, berhijrah dan meninggal."
  7. Kawannya hanya terdiam lantas meneguk cangkir kopi o-nya pula.

7 comments:

ceriteraliyana said...

interesting!!!

!tomatokering! :) said...

manusia mudah lupa...

izuan said...

ceriteraliyana: mari selawat :)

!tomatokering! :): semoga kita tak lupa :)

Nashrah Basyirah said...

nice post. idea yg bijak dlm penulisan! teruskan :)

AkuMuzikFilem said...

kalau dengan pandangan sederhana, takde salahnya kawan tu rebut kesempatan pakej murah, asalkan niatnya tidak menyambut, 'innama a'malu bil niat'. saya memang tak pernah sambut. everyday is romantic day

PG said...

salam..kalau diberi sedikit space diantara setiap point itu lebih senang dibaca =)sekadar pendapat..ehehe

salam maulidur Rasul walaupun dh lepas dua hari..

Baginda tak pernah lupa tentang umat-umatnya, seperti yang kt sedia tahu, disaat akhir baginda pon masih lagi menyebut "ummati"..betapa baginda risaukan kita..sedang kita,...masyaAllah...

moga kita diberikan petnjuk dan hidayah agar sentiasa berada dilandasan yang betul..Amin

izuan said...

akumuzikfilem: betul. betuli niat, betuli cara. :)

PG: maaf ya kerana sukar membaca, saya sudah berusaha dan akan berusaha lagi untuk space.

maulidur rasul ini membuat hati ini sedih merindui Baginda.