Monday, August 31, 2009

Bazaar Ogos


Waktu hampir tiba untuk berbuka puasa, kurang lebih 10 minit sahaja lagi. Para peniaga ada yang sudah kehabisan jualan, yang lain pula ada yang sibuk melelong makanan yang masih berbaki. Waktu sebegini sekonyong-konyong muncul golongan pembeli bujang yang mengharapkan dapat membeli juadah dengan harga yang murah daripada biasa. Memang berlaku hal sebegini di mana-mana terutamanya jika kawasan tersebut mempunyai pusat pengajian yang menempatkan golongan muda dan bujang.

Lelaki: Makcik, ini kuih apa makcik?
Makcik: Ha, inilah kuih tepung pelita, dik. Sedap ni, dik. Nak?
Lelaki: Oh, kuih tepung pelita ek? Macam mana rasanya ya?
Makcik: Ha, kena tunggu buka dululah. Baru boleh rasa macam mana. Alah, cubalah.
Lelaki: Em, macam mana kira ni, makcik? (berharap dapat murah)
Makcik: Empat biji seringgit, dik.
Lelaki: Em, oklah saya mahu seringgit. Ni duitnya makcik.
Makcik: Ni kuihnya, dik. Makcik jual ya.
Lelaki: Ya, saya beli. Eh, ni lima biji ni, makcik.
Makcik: Tak apa, ambillah. Promosi sempena kemerdekaan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dalam kesederhanaan berpuasa.

7 comments:

Anonymous said...

hehe.
utk pgthn tuan hamba,kuih tepung pelita adlh mknn yg terkenal setiap kali tibanya bulan ramadhan..:)
cubalah rasa..

"NIKMATNYA MALAYSIA"

izuan said...

Pertama kali menjamah kuih tepung pelita ramadhan kali ini di Johor beberapa hari lalu. Sedap!

Anonymous said...

JOhor??

waah,jauh tuan hamba merantau sehingga ke utara utk menimba ilmu :)
kuih tepung pelita mmg sgt sdp "DELICIOUS" tau,
tp kalau kena pd cara mmbuat ye la..mst ad uumph


"NIKMATNYA MALAYSIA"

izuan said...

Macam mahir membuat je? Bolehlah rasa.

Unknown said...

Ada orang kempunan nak merasa kuih ini. Di Sarawak susah nak diperolehi.

izuan said...

Kuih-muih di Malaysia memang bermacam jenis. Sentiasa ada kuih yang kita tidak pernah kenal atau makan. Apatah lagi di Sarawak atau kuih-muih daripada Sarawak. Uniknya Malaysia. Alhamdulillah.

Anonymous said...

oh.maaflah
hamba masih belum berkemampuan utk menghasilkan tepung pelita yg terbaik :)