Thursday, July 1, 2010

Sepintas Lagi (Banner, Web, Servis)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baiklah kali ini saya ingin mengemaskini status semasa dengan ringkas.

  • Saya telah menukar banner blog ini (lagi) dan kali ini saya menggunakan banner yang ringkas sahaja, tiada kerawang-kerawang atau buih-buih ya. Let me know what you think guys.

  • Saya sudah melancarkan (cewah!) laman sesawang saya jadi sudi-sudikanlah menjenguknya ya! Sila klik di sini. Laman ini memaparkan gambar-gambar yang saya ambil secara suka-suka to train my eyes bak kata tok guru tak rasmi saya dalam mengarang gambar.

  • Saya turut menyediakan perkhidmatan menterjemah artikel Inggeris-Melayu dan sebaliknya dengan kadar harga yang kompetitif (hehe). Saya pernah menterjemah beberapa artikel dan dokumen termasuk laporan tahunan kajian doktor falsafah secara freelance tidak lama dahulu, dan turut menyediakan perkhidmatan proof-reading. Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan tersebut bolehlah menghubungi saya melalui e-mel di izuanrahman@gmail.com atau klik sini.

Sekian saja untuk kali ini! Wassalam. :)

No comments: