Wednesday, July 7, 2010

Tagged!

1. Thank and link the person that tagged you.

Dengan ini saya mengucapkan terima kasih kepada saudari nurulmuslimah kerana telah tagged saya dengan benda semacam ini. Mengujakan, hehe.

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic.

Em, 15 bloggers sekali gus? Tag seorang sahaja boleh tak? Lagi pula yang lain-lain nurulmuslimah sudah tolong tag kan. Jadi saya kepingin untuk tag saudari Nurul Fathy. :) Jawab jangan tak jawab ya.

3. Contact that blogs and let them know they've been tagged.

Beres!

4. State 7 things about yourself.

Ok, tujuh perkara berkenaan diri saya. Yang baik ke yang buruk? Bagi lebih tak boleh ke? :)

  • Saya tak suka minum susu kecuali susu coklat dan sikit-sikit susu strawberi.
  • Saya tak gemar sayur kekacang macam kacang panjang, kacang buncis dan sebagainya.
  • Seorang yang introvert tapi kadang-kala boleh switch kepada extrovert. Macam bipolar pula, huhu. Menakutkan!
  • Sukakan seni... seni moden macam photomanipulation dan photography, seni lukis, seni suara, seni tulis, seni dalam Matematik... haiwan seni...
  • Sangat menggemari kucing! Jika terlihat kucing di mana-mana, pasti tak senang kalau tak dapat menyentuhnya walau sekali. Comel!
  • Berangan untuk menubuhkan pasukan khas dan elit lagi halimunan untuk menghapuskan penindas Islam seantero dunia. Bagi arahan, kemudian mereka akan melaksanakan tugasan secara senyap-senyap dan profesional, ala Hitman.
  • Mengidam iMac dan Macbook.
  • Nak beli kasut basketball baru tapi masih tak terbeli lagi, huhu. Siapa nak tolong penuhi wishlist saya? :P

No comments: