Saturday, February 19, 2011

Semoga Dunia Berada Di Tanganku, Namun Bukan Di Hatiku!


  1. Kerjaya guru memang mulia, namun bukan semudah yang disangka umum.
  2. Bagaimana dengan guru yang masuk lewat ke kelas tanpa sebarang aral, halalkah gajinya?
  3. Bagaimana dengan guru yang keluar awal dari kelas tanpa sebarang sebab yang membenarkannya, halalkah gajinya?
  4. Bagaimana pula dengan guru yang tidak berusaha memahamkan murid-murid yang tidak faham akan isi pelajaran hanya kerana mereka murid-murid kelas belakang?
  5. Guru sebegini beralasan murid-murid kelas belakang memang lembam, maka cukuplah diterangkan sekadarnya, lantas sebulatnya menyerahkan kepada keupayaan murid-murid sahaja untuk menghadamkan ilmu tanpa mencari alternatif pengajaran yang sesuai dengan tahap murid-murid itu sendiri.
  6. Halalkah gajinya?
  7. Semoga dunia berada di tanganku, namun bukan di hatiku.

11 comments:

shahsyaz said...

uish...biler terbaca entry neh baru tersedar yg cikgu neh besar tanggungjawab nyer..

. said...

Hmm, betul. Guru terlalu berjasa!
Besar pengorbanan seorang guru hanya Tuhan yang tahu.

...cintajihad... said...

betul2

guru mmg tinggi darjatnya tapi kita tak sedar turut ada khilafnya.

bagi saya guru kini tak ramai seperti guru dahulu yang berpegang bahawa mengajar untuk memberi. bukan untuk mendapat puji.

back to myself. banyak kena muhasabah, kan :)

anda guru yang baik,insyaAllah :)

axuerha said...

yer, dari segala aspek kehidupan even sebesar zarah sume diamek kira..sebab tuh kite kene selalu muhasabah diri balik takut2 alpa..then saling ingat-mengingati itu penting..wassalam:)

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

ya.. cukup susah sebenarnya untuk meletakkan dunia di tangan dan bukan di hati

Gimi said...

emm..dulu suka bila cikgu tak masuk kelas..maka ini la hasilnya

Humaira' said...

may all HIS bless be with u.
ameen ya Rob.

Yellow LEOpard said...

setiap kerja ada tanggungjawab masing2..

seorang cikgu yang ikhlas akan ajar sesorang itu sebaik yg mungkin kan.

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

bagi guru yang sedar tangunggjawab, memang amat berat nak laksanakan, tp bagi guru yg setakat tunggu gaji, mereka pandang ringan aje tugas mereka.....

Abang sulung akk seorang guru yang sangat hebat..... dia sangat disyangi oleh murid2nya sebab dia bertanggungjawab dan ambil berat tentang pelajarnya.....

p/s : selalu masa ambik ank blik sek rend, guru ramai dah balik, ank murid berkeliaran aje kt sek, tanpa pemerhatian....sementara tunggu mak ayah @ bas sampai, apa agaknya mereka buat ye...

AkuMuzikFilem said...

indah sekali ayat yang disusun, dan samapi maksudnya. kalau keluar awal atau masuk lewat tapi berjaya memahamakan anak murid itu pula bagaimana?

senyumSOYA said...

cikgu kena ikhlas dalam mendidik.. cam cikgu dulu2.. naik buaya pun sanggup semata2 nak pergi sekolah pedalaman.. wallahualam... (^^~