- Pertubuhan Gadis-gadis Moden (PGM) semalam menyatakan bantahan terhadap arahan pemakaian tudung dalam kalangan penuntut-penuntut Melayu di IPTA seluruh negara. Presiden PGM, Cik Siti Aubrey binti Mohd John menyuarakan pendirian mereka itu yang disepakati oleh kesemua ahli yang berdaftar dengan PGM di setiap negeri di Malaysia.
- Mereka mendakwa bahawa arahan pemakaian tudung itu merupakan satu pencabulan hak asasi manusia bagi golongan hawa yang selama ini diwakili oleh pertubuhan itu. Mereka mengecam arahan itu sebagai menghalang kebebasan kaum hawa untuk menuntut ilmu dan bersosial dengan masyarakat.
- "Ini merupakan satu tindakan yang mendoube standardkan kami. Cuba jika dikeluarkan arahan supaya kaum lelaki diwajibkan memakai kopiah, atau dilarang memakai seluar pendek ketika bermain bola? Ini tidak adil bagi kami," Cik Siti Aubrey dilaporkan berkata.
- Beliau juga menegaskan bahawa pemakaian tudung tidak akan menurunkan kadar jenayah rogol di negara ini. Bahkan beliau menyatakan statistik menunjukkan bahawa mereka yang dirogol merupakan gadis-gadis yang tidak memasuki IPTA dan memakai tudung (termasuk tudung sempurna dan tidak sempurna). Hal ini membuktikan bahawa pemakaian tudung hanya akan meningkatkan lagi tahap inkuiri seseorang lelaki terhadap seseorang wanita.
- Dalam pada itu, Scarf and Shawl Society (Triple S) menyatakan arahan pemakaian tudung itu merupakan satu titik tolak kebangkitan fesyen Muslimah. Wakilnya dilaporkan berkata seseorang gadis bertudung itu tidak perlu rasa terkongkong untuk bergaya kerana pemakaian tudung sudah menjadi trend fesyen dalam kalangan artis masa kini yang cukup in. "Ambillah sehelai selendang dan balutlah rambut anda sekreatif mungkin. Hasilnya tidak terjangka!" ujar wakil tersebut lagi.id="BLOGGER_PHOTO_ID_5563409070345732690" />*Satira Semata-mata*Sengaja mencuba untuk menulis satira, harap lihat di sebaliknya ya? Sekarang, cuba lihat senarai semak di bawah ini =)Senarai semak "Terserah Anda"Klik untuk pembesaran ya!
Tuesday, January 18, 2011
PGM: Kami Bantah Scarfs and Shawls!
Labels:
Bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
macam2 hal dunia akhir zaman ni...
Astaghfirullah .
ni lah dia bila haram jadi halal .
haishh
mne boleh main2 bantah je???
boleh pula ada pertubuhan macam ni ye??
sangat pelik bagi mereka yg tidak mengetahui...
Istighfar kita ..
@all: marilah kita mengambil iktibar ya. kisah di atas hanya cerita satira tulisan saya semata-mata, namun itulah hakikat cara gadis Melayu (baca Islam) menutup aurat mereka masa kini. =)
aik ada jugak ke pertubuhan macam ni. kami lelaki ni igtkan tak ada pertubuhan macam ni..baru 1st time dengar...
astaghfirullah....
@gaung: satira semata-mata. ada pertubuhan sebegitu namun bukan nama itulah.. =P
@amiey lee: istighfar2~
Eii? Astaghafirullahalaziim..
Biar betul makcik2 tu..
pergh
"Ini merupakan satu tindakan yang mendouble standardkan kami"
X takut ker double standard kt padang masyar nnt?
mcm mana kaitkan tudung n kopiah?
Aurat ppn laki kt ner? dia x tau ker?
Presiden PGM, Cik Siti Aubrey binti Mohd John
la..ko tgk nama dia..Pergh part Mohd John tu best
musykill plak aku ada ker PGM ni? huuhuuhu
@Muhamad Khidir: Satira =) sejenis genre penulisan kreatif untuk tujuan MEMERLI sesuatu dan seseorang.
haha aku tertipu tp good approach (^^)
@Muhamad Khidir: maaf ya bukan nak menipu tapi MEMERLI =) terima kasih kerana sudi membaca dan komen membina =)
satira = perli
tahniah izuanrahman menghasilkan post sebegini :)
mcm2 hal.. hmm
macam-macam ada...
nauzubillah...
jaga amal jaga iman..
nak cuba ubah saudara kita, mari kita sama-sama ubah diri kita dahulu.. moga kita jadi asbab hidayat.. amin
@nurul: terima kasih ya =)
@miss egie: mcm2 manusia juga =)
@z@i: amiin.. besarnya ganjaran orang yg jadi asbab hidayah =)
nice entri kayh :)
@tomatokering: terima kasih ya =)
macam2 hal zaman sekarang nih
momoy pun nak bertudung juga satu hari nanti
tapi tamo laa pakai baju ketat2 kalau dah bertudung
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI
berkesan
bgos2
momoy: berusahalah!
mira.una: terima kasih :)
Post a Comment