- Cuti dua minggu digunakan untuk menanda tiga ratus lebih set kertas peperiksaan pertengahan tahun yang berlalu sebelum cuti bermula hari itu.
- Setelah penat menanda dan membuat kerja-kerja terjemahan yang ditempah oleh klien, dapat juga berjalan-jalan dengan keluarga tercinta ke Melaka.
- Seronok walaupun penat, namun masa yang berkualiti itu sungguh priceless. Berikut adalah beberapa gambar haiwan yang dilihat di Taman Rama-Rama dan Reptilia juga Taman Buaya Melaka. Subhanallah!
Thursday, June 9, 2011
Dari Jementah ke Melaka
Saturday, February 5, 2011
Anak-anak rantau
- Akhirnya penempatan kami sudah diketahui, maka bertaburanlah kami ke seluruh pelusuk negara.
- Wajah-wajah setiap sahabat yang tetap kekal di hati. Berjuanglah demi agama dan negara.
Tuesday, February 1, 2011
Eh! Tak Payahlah!

- Eh, tak payahlah pergi masjid, bukan kena bayaran masuk pun masjid tu!
- Eh, tak payahlah wudhuk, bukan wudhuk guna api dan bara pun tapi guna air je!
- Eh, tak payahlah solat, bukan solat lima jam pun tapi lima minit je!
- Eh, tak payahlah berzikir, bukan kena gerakkan gunung pun tapi gerakkan lidah je!
- Eh, tak payahlah berselawat, bukan kena berjuang dengan hujung pedang pun tapi berjuang di hujung lisan je!
- Eh, tak payahlah bersedekah, bukan wajib bagi sejuta ringgit pun tapi sepuluh sen pun tak apa!
Wednesday, January 19, 2011
Hujung Tali Kasut (Tag)
- Saya sangat gemar membaca dan menulis cerpen serta sajak, juga sedang menyiapkan sebuah novel sulung, hehe.
- Sangat meminati nasyid namun terkesan juga dengan kreativiti arrangement A Thousand Suns oleh Linkin Park, Galt Aureus serta si genius Matthew Bellamy daripada Muse.
- Terlibat dengan aktiviti nasyid ni semenjak sekolah rendah sehinggalah tamat varsity years. Oh ya, pernah juga saya menyuntik elemen arrangement Muse pada percussion dalam salah satu persembahan kami, hehe.
- Meminati sukan bola keranjang, bola sepak serta ragbi dan badminton juga lompat tinggi.
- Saya meminati seni fotografi, memanipulasi foto, videografi, dan graphic designing.
- Sedang cuba menambahkan berat.
- Meminati warna putih, ungu, hijau muda dan biru.
- Kebanyakan baju berwarna putih.
- Suka melukis juga. Belum berkesempatan untuk memuatnaik lukisan-lukisan saya di sini, insha ALLAH nanti-nantilah.
- Bencikan asap rokok.
- Gemar menonton rancangan Top Gear.
- Tidak begitu menggemari air sejuk dan berais.
- Tidak menyukai susu penuh krim dan susu segar. Susu coklat bolehlah juga, hehe.
- Tidak gemar susu sejat dalam minuman, lebih menyukai teh 'o' namun masih boleh minum teh tarik.
- A techno-geek namun tidaklah membeli.
- Suka mempelajari silap mata dan suka mempraktikkannya kepada murid-murid! Hehe.
- Mampu berucap, berdebat dan berforum namun tak begitu mahir bersosial secara langsung.
- Mengidam ke Tanah Suci Makkah A.S.A.P.
- Tidak menyukai sayuran kekacang namun baharu belajar makan kacang panjang.
- Need to brush up my Arabic. Sungguh sudah lost. Satu kerugian yang amat sangat.
- Meminati karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) dan Faisal Tehrani. Baca juga Ramlee Awang Murshid.
- Lebih meminati karya Melayu dan Inggeris lama serta tidak mainstream.
- Pencinta coklat.
- Menggunakan wangian lima kali sehari.
- Akan bertunang insha ALLAH.
Tuesday, January 18, 2011
Cenderahati Untuk Semua (Now Everyone Can Buy)

- Pening nak pilih cenderahati? Saya ingin buat promosi percuma (hehe) kepada kalian satu kedai online yang tak kurang hebat cenderahatinya. Sesuai untuk kalian yang nak bagi tunang ke, buat hantaran kahwin ke, bagi pada cikgu ke, bagi roomate ke, bagi umi mama ayah dan abi pun boleh! Hehe. Untuk apa-apa occasionlah!
- Ada bantal, rantai kunci, gambar puzzle, mug, mug magic (keluar gambar apabila dimasukkan air panas!), tile bergambar, baju T, baju T mini dan macam-macam lagi. Setakat ini mug magic itu yang paling laris. Di bawah ini adalah contoh produk mereka, namun ada banyak lagi yang tak muat untuk saya paparkanlah di sini. Harga pun berpatutan, perkhidmatan pun pantas. =)
- Sesiapa yang pandai design bolehlah design gambar ikut kesukaan hati mereka, atau kalian boleh pilih template dan font yang mereka pamerkan di laman Facebook mereka.
- Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi mereka di ejen1509@gmail.com atau klik laman Facebook mereka untuk melihat lebih banyak di SINI.




Sunday, January 16, 2011
Shh! Azan!
- Kalau saat lagu Negaraku berkumandang kita berdiri tegak, senyap tanda hormat, namun saat azan berkumandang, apakah yang kita lakukan?
- Sekarang timbul isu seorang peguam menegur bahawa laungan azan di kawasan perumahannya terlalu kuat dan bising serta menganggu hak asasi manusianya maka apakah yang kita selaku umat Islam di bumi Islam lakukan?
- Marah? Tangkap dan humban dalam cengkaman ISA? Penjarakan kerana dia menyentuh isu agama yang termaktub Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan?
- Nabi Muhammad SAW menunjukkan akhlak mulia dan lembut, sebab itu orang jahiliah tertarik dengan Islam yang Baginda SAW bawa. Nama pun orang jahiliah maka kita kena tunjukkan kebenaran dengan kelembutan pada yang jahil (tak tahu). Sebab itu Nabi SAW tak marah walau dibaling najis dan dilontar batu.
- "Maka disebabkan rahmat ALLAH-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah keampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu." (Surah Ali Imran 3:159)
- Sesuai dengan ayat ALLAH SWT dan teladan NABI SAW, patutlah kita panggil orang yang terganggu hak asasinya itu dan tunjukkan kecantikan di sebalik laungan azan itu sendiri, bukan sebaliknya. Wallahualam.
Friday, January 14, 2011
Diet Oh Diet!
- Apakah itu diet? Diet bukanlah menahan lapar, itu mengikat perut namanya. Diet ini merupakan pola pemakanan kita. Cara kita makan, dan apa yang kita makan sehari-hari. Semua orang punya diet yang tersendiri. Atlet dengan diet tinggi protein dan karbohidrat, ibu mengandung dengan diet yang...
- Mahu mendapatkan tubuh yang langsing? Tegap?Apakah tips untuk diet yang hebat dan berkesan? Mudah saja, ikutlah diet qudwah hasanah kita, Nabi Muhammad SAW. Nescaya kita akan memperoleh tubuh yang sihat, seperti yang diungkapkan oleh Ustaz Abdullah Mahmood yang mana Baginda SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya, kerana baginda sangat pandai menjaga pemakanannya.
- Apakah contoh pemakanan tersebut?
- Jangan mencampurkan makanan laut dengan makanan darat sebagai lauk dalam satu hidangan.
- Contohnya makan nasi putih dengan lauk ayam goreng, kemudian ada pula ikan kering.
- Makan buah dulu sebelum makan nasi, not the other way round. Jangan kata makan buah selepas makan nasi, konon-konon mencuci mulut. Nak ikut Nabi ke, nak ikut orang putih? Hehe.
- Jangan campur buah dengan susu, sebagai contoh: yogurt atau koktel. Kalau nak susu, susulah saja. Kalau buah, buahlah saja. Ambil yogurt yang kosong, bukan yogurt dengan strawberi dan sebagainya itu. Konon-konon berkhasiat dan baik untuk usus... Lagi sekali, nak ikut Nabi ke, nak ikut orang putih? Hehe.
- SUSU dengan DAGING
- SUSU dengan BUAH
- SUSU dengan IKAN
- SUSU dengan AYAM
- SUSU dengan CUKA
- IKAN dengan AYAM
- IKAN dengan DAGING
- IKAN dengan DAUN SALAD
Tuesday, January 11, 2011
Photography 101: Nothing new, just a Flickr.
Sunday, January 9, 2011
Ayat-Ayat Syifa' dan Air Zamzam





Thursday, November 4, 2010
Sepintas: Dugaan Banjir di Jitra, Kedah.
Tuesday, October 26, 2010
Sepintas: 30 Cara Melembutkan Hati
Friday, October 22, 2010
Sepintas: Pedoman untuk mereka yang hendak berkahwin.
Marilah kita renungi pedoman mencari calon seterusnya menjalani perkahwinan bersama-sama ya.
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan tok kadi,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan doa mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan ditempuhi tidak hanya melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak dan belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bahagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah-lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada ialah anak yang merasakan bahawa dia tidak didengari oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
Friday, October 15, 2010
Penciptaan Jibrail dan 6 Perkara ALLAH SWT Sembunyikan
Memang ruangan Sepintas kali ini tidak begitu 'sepintas' kerana agak panjang lebar, namun tidak rugi kita meluangkan sedikti masa membacanya bukan? Insha Allah ada faedahnya sedikit-sebanyak. Entri yang seterusnya saya akan poskan gambar terbaru, atau mungkin juga video terbaru, jadi jangan lupa ya.
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud "Tidak".
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?
" Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Wallahualam.
Thursday, October 14, 2010
Sepintas : Petua Imam Syafie
- Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
- Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
- Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
- Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
- 4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Wednesday, September 1, 2010
Thank You Vicki! It's Remembrance of al-Quds Day. (Hari al-Quds Sedunia)
Monday, August 23, 2010
TRAILER ''PENGABADIAN'' - Sebuah Filem Pendek
Thursday, August 19, 2010
Selipar Jepun di Malaysia
Salam Ramadhan! Lama sudah tak dikemaskini blog ni, disebabkan sibuk dengan kesibukan buatan (dunia) dan cuba menyibukkan diri dalam bulan yang penuh barakah ni. Semoga kita terus tabah mengharungi pertarungan ini, kerana Ramadhan adalah bulan jihad untuk kita melawan kemalasan diri, malas nak bangun sahur, malas nak ke masjid, malas nak baca al-Quran...

Monday, August 2, 2010
Klinik Matematik, Sajak dan pautan!
Sangat-sangat sibuk seminggu dua ini. Baru sahaja pulang ke maktab setelah melaksanakan pelbagai projek dan menjalankan kajian tindakan di sekolah. Video di atas adalah video klinik Matematik yang kami laksanakan di sekolah bukit tinggi.
Sedikit update, saya telah sediakan link ke portfolio (belum sempat kemaskini) dan channel youtube saya, jadi silakanlah melawat ya!
Seperkara lagi, saya sangat gembira kerana sajak saya berjudul Terbang telah diterbitkan dalam akhbar Berita Minggu sebanyak dua kali iaitu pada 18 April 2010 dan 2 Mei 2010. I'm published!
Tuesday, July 27, 2010
Kem Kepimpinan Sekolah! (Repost for the video)
Friday, July 23, 2010
Kanival Futsal: Finals
Hari Kedua Karnival Futsal! Terima kasih kepada semua yang terlibat ya. Sila lihat video untuk melihat bakat-bakat terpendam budak-budak sekolah kita ni. Tapi yang perempuan main macam semut, menghurung bola ke sana ke sini, hehe.


