Thursday, August 19, 2010

Selipar Jepun di Malaysia


Salam Ramadhan! Lama sudah tak dikemaskini blog ni, disebabkan sibuk dengan kesibukan buatan (dunia) dan cuba menyibukkan diri dalam bulan yang penuh barakah ni. Semoga kita terus tabah mengharungi pertarungan ini, kerana Ramadhan adalah bulan jihad untuk kita melawan kemalasan diri, malas nak bangun sahur, malas nak ke masjid, malas nak baca al-Quran...

Ok, tujuan utama entri ini adalah untuk memenuhi permintaan Ahmad Aizuddin atau nama FBnya Zanarkand Tidus yang ingin saya menyoroti asal-usul selipar jepun di Malaysia. Selipar jepun mudah dipakai, murah dibeli dan berguna dalam permainan tuju tin.

Sebenarnya siapakah yang membawa selipar ini ke Malaysia dan mengapakah selipar ini dinamakan selipar jepun?

Terdapat banyak teori dan pendapat yang dikemukakan tetapi antara yang paling berasas adalah selipar ini dibawa oleh tentera Jepun ke Tanah Melayu. Pada zaman dahulu, orang-orang Melayu tidak memakai alas kaki dan mereka perlu mencuci kaki sebelum naik ke rumah, sebab itu mereka menyediakan tempayan dan batok di hadapan rumah mereka. Golongan yang menggunakan alas kaki hanyalah golongan bangsawan yang kaya-raya. Kedatangan tentera Jepun telah membawa kepada pengenalan rekabentuk selipar berselit seperti di atas. Hal ini membolehkan mereka berjalan dengan lebih pantas berbanding mereka yang menggunakan alas kaki jenis sandal atau terompah pada masa itu.

Tentera Jepun juga dikatakan gemar menyeksa tahanannya menggunakan selipar, samada dengan cara menampar menggunakan selipar tersebut dan sebagainya. Sejauh manakah kebenaran hal ini tidak dapat diketahui, namun tentera Jepun dahulu memang terkenal dengan penyeksaan dan kekejaman mereka. Selipar jepun bukan diperkenalkan oleh seseorang yang bermata sepet seperti orang jepun atau bernama Ahmad Je pun. Tamat. Japanese Slipper bukanlah sejenis selipar Jepun tetapi sejenis koktail. Haram minum.

3 comments:

Unknown said...

Selipar Jepun juga mudah di bawa untuk pergi Masjid. Kadang-kadang selipar jepun tu pun mudah kena kebas atau tersalah pakai oleh jemaah lain. Tapi boleh beli lagi sebab murah je.

izuan said...

Betul tu, hehe. Selipar jepun rupanya banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita seharian. Tak lekang dek zaman.

[PaaN1904] said...

menarik... bru tau yg japanese slipper is actually a type of cocktail..~~