Showing posts with label kepalsuan Bible. Show all posts
Showing posts with label kepalsuan Bible. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

Kami dalam Al-Quran

Adakah anda mempunyai ilmu yang mencukupi untuk menghadapi cabaran sebagai umat Islam masa kini? Ok, bayangkan pada suatu hari, seseorang bertanya kepada anda, "Benarkah Tuhan orang Islam itu satu?"
Sudah tentu Tuhan iaitu ALLAH SWT itu Esa, satu dan tiada selainnya. Hal ini berbeza dengan konsep ketuhanan yang dipegang oleh orang Kristian iaitu konsep trinity atau tritunggal di mana tuhan mengikut fahaman mereka ada tuhan bapa, Jesus dan Holy Spirit. Menurut mereka tuhan ada tiga tapi pada masa yang sama adalah satu kerana ketiga-tiganya adalah setara. Namun saya bukan nak menyentuh berkenaan konsep ini.

Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini adalah apakah yang akan anda jawab jika anda disoal, "Jika benar Tuhan orang Islam ada satu, mengapakah dalam Al-Quran itu kata ganti bagi Tuhan orang Islam disebut sebagai Kami? Bukankah Kami dan We atau Us itu menunjukkan kata banyak?"

Ini adalah pandangan tak berasas yang memegang kepada penterjemahan sahaja, juga pentafsiran logik semata.

Ini adalah persoalan yang umum dan mudah tetapi sukar untuk dijawab jika kita tidak mempunyai pengetahuan dan fakta yang boleh menyokong hujah kita. Baiklah, untuk menjawab soalan ini, kita perlu melihat kepada Al-Quran itu sendiri. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Kalau perlu, lihat juga Injil (Bible) itu kerana kitab tersebut dalam bahasa Hebrew dan ada persamaan yang boleh kita lihat antara bahasa Arab dan Hebrew.

Bahasa Arab dan Hebrew memuliakan kedudukan sesuatu dengan cara mengucapkannya dalam kata jamak (plural). Tanyalah mana-mana orang Yahudi yang fasih berbahasa Hebrew, berapa banyakkah tuhan dalam perkataan Us bahasa Hebrew, dalam chapter pertama kitab Taurat mereka.

Hal berkenaan penggunaan kata jamak bagi tujuan memuliakan ini hanya berlaku dalam bahasa Arab dan Hebrew kerana kedua-dua bahasa tersebut berkongsi rumpun dan tatabahasa yang hampir sama. Bahasa-bahasa tersebut tidak memerlukan huruf vokal untuk membunyikan sesuatu perkataan dan berbeza dengan bahasa yang kita gunakan seperti bahasa Melayu dan Inggeris. Salah tafsir berkenaan perkataan We dan Us itu berlaku apabila bahasa Hebrew tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, yang mana kita semua ketahui bahawa bahasa Inggeris tidak menggunakan hukum kata jamak untuk memuliakan sesuatu, sebaliknya untuk memberikan kuantiti yang banyak. Maka konsep kata jamak ini telah lari apabila mereka menterjemahkannya tanpa meneliti asal-usul bahasa yang digunakan untuk ayat tersebut. Begitu juga penterjemahan bahasa Arab ke bahasa Melayu atau Inggeris. Kami atau We menunjukkan kemuliaan dan ketinggian ALLAH SWT, bukan jumlah yang banyak. Kita patut tahu juga bahawa orang Arab sangat mengagungkan keindahan bahasa dan syair-syair, dan tidak ada syair yang boleh menandingi keindahan bahasa dalam Al-Quran.

Saturday, January 2, 2010

Tentang Bible, Jesus dan Tuhan.


Selamat tahun baru hijrah 1431 semua! Sempena kedatangan tahun baru, blog ini telah menukarkan banner yang lama kepada banner yang baru dan kalau rajin banner blog ini akan sentiasa bertukar. :)

Dalam pada itu, perancangan tahun baru 1431H ini, adalah supaya blog ini menyediakan satu ruangan untuk mengupas serba sedikit tentang kepalsuan Bible berbanding kesempurnaan al-Quran, serba sedikit tentang Jesus yang difahami oleh orang beragama Kristian serta Tuhan yang mereka sembah. Hal ini akan dikupas sedikit demi sedikit berdasarkan kajian dan tulisan yang telah dilakukan oleh Ahmed Deedat selama lebih 40 tahun juga beberapa orang tokoh lain agar kita selaku muslim dan muslimah yang melata di muka bumi ini (khususnya kepada guru-guru di luar sana) agar dapat serba sedikit menjawab apa yang perlu jika kita ditanya oleh mubaligh Kristian atau orang-orang beragama Kristian yang cuba menjerat kita dengan soalan-soalan yang melibatkan akidah kita sebagai umat Islam.

Akan datang entri yang pertama berkenaan Bible yang akan dijelaskan dengan bahasa semudah mungkin untuk kita sama-sama melihat kerosakan yang ada di dalamnya untuk dibuktikan kepada masyarakat Kristian kelak, insya Allah.