Showing posts with label kaca mata saya. Show all posts
Showing posts with label kaca mata saya. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Jauhi Sombong, Dekati Hijrah

  1. Salam Maal Hijrah 1433! Semoga penghijrahan kita sehari-hari dalam mengejar status hamba ALLAH yang lebih baik di mata-NYA* kekal konsisten dan meningkat grafnya walaupun berdikit-dikit pergerakannya.
  2. Jangan biarkan angka tinggal angka. Berikan makna yang bererti bagi setiap anjakan angka tersebut dengan berusaha memperbaiki diri kita ini.
  3. Seiring itu, marilah kita mengamalkan penggunaan kalendar Hijrah juga dalam rutin kita seharian. Jangan hanya menyedari kehadiran kalendar Hijrah sewaktu bulan Ramadhan dan Syawal sahaja ya.
  4. Mari mulakan tahun baharu ini dengan menjauhi sifat sombong dan bangga diri. Berikut adalah panduan yang diberikan oleh Imam al-Ghazali dalam mengelakkan diri kita daripada terjerumus dalam sifat sombong:
  • jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak tersebut lebih mulia kerana mereka belum melakukan banyak dosa.
  • jika berjumpa orang tua, anggaplah orang tua tersebut lebih mulia kerana mereka telah banyak amal ibadahnya.
  • jika berjumpa orang jahil, anggaplah dia lebih mulia kerana dia berbuat dosa dalam keadaan tidak tahu sedangkan kita sebaliknya.
  • jika berjumpa orang jahat, anggaplah dia lebih mulia kerana mungkin suatu hari dia akan bertaubat sedangkan kita belum tentu.
  • jika berjumpa orang kafir, katakan dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan memeluk Islam dan segala dosanya yang lalu akan diampunkan.
*mata-NYA bukan bermaksud menyamakan sifat ALLAH SWT dengan fitrah manusia yang mempunyai mata, namun frasa tersebut digunakan sebagai pelengkap kefahaman dalam konteks ayat.

Wednesday, November 9, 2011

Gaya Memandu dan Sticker

  1. Saya ada terbaca satu artikel yang menarik berkenaan gaya pemanduan golongan Muslimin dan Muslimat di atas jalan raya serta kaitannya dengan akhlak mereka. Hal ini mengusik hati saya kerana sedikit-sebanyak pasti ada yang terkena kepada diri kita sendiri, bukan? Kadang-kala kita akan tergesa-gesa di atas jalan raya tanpa memikirkan natijah perbuatan kita memandu dengan cara sebegitu.
  2. Rancang pemanduan kita sebaiknya. Bergerak awal untuk mengelakkan ketergesaan. Sebenarnya cara kita memandu menjadi petunjuk akhlak kita sendiri. Kita mungkin bersopan-santun di hadapan orang ramai, memendam amarah dan kecil hati yang dialami sehari-hari, namun melampiaskannya di atas jalan raya ketika memandu kereta. Pedal minyak ditekan seolah-olah kaki tu nak tembus ke bawah. Itulah jalan mazmumah ye kawan-kawan (literally).
  3. Kadang-kala kereta kita gah dengan sticker 'Islam Gaya Hidup' dan 'ILuvIslam' namun mencelah dan memotong dengan berbahaya sekali. Jelaslah sticker tersebut hanya hiasan. 'Islam Gaya Hidup' tapi bukan dalam 'gaya pemanduan'. Sticker tu hanya stick di cermin kereta kita, not in our mind.
  4. Semoga kita beringat selalu dalam memandu. Semoga memandu itu menjadi ibadah yang mudah. Amiin.

Monday, September 5, 2011

Susulan Kematian Arwah Noramfaizul Mohd Nor

Tulisan ini bukan to add salt to injury yang dialami oleh keluarga arwah Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama yang telah gugur ditembak dengan sebutir peluru sesat (?) ketika dalam perjalanan pulang ke hotel bersama-sama dengan rombongan sukarelawan dan media Malaysia. Tulisan ini sekadar pemerhatian biasa seorang awam yang bersimpati dengan arwah dan keluarganya. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang menyumbang kepada kejadian ini?

  1. Bendera Malaysia yang seakan-akan bendera Amerika Syarikat. Bendera Malaysia yang dipaparkan mungkin menyebabkan beberapa golongan yang terang-terangan anti-Amerika berasa kurang senang lantas melepaskan tembakan tersebut. Bahkan nama Malaysia itu sendiri asing dalam kalangan rakyat Somalia (yang kita maklum kurang hubungan dengan dunia luar) maka hanya Amerika Syarikat sahajalah yang bermain di minda mereka. Untuk mengelakkan hal sebegini berulang, maka sebarang bantuan kemanusian haruslah dinaungi oleh badan bebas dan diwakili dengan logo-logo antarabangsa seperti PBB, seperti mana bantuan yang diberikan kepada Gaza yang dijalankan di bawah Lifeline 4 Gaza.
  2. Kelab yang bertanggungjawab menyatakan mereka sudah mendapatkan persetujuan daripada kedua-dua pihak yang bertelagah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan. Walaubagaimana pun, kita seharusnya mengelakkan sebarang penglibatan dengan pihak yang berkonflik dan menggunakan orang tengah atau tentera pengaman yang neutral kerana mereka tidak mempunyai sebarang perjanjian gencatan senjata dalam misi kemanusiaan. Lagi pula, Somalia sedang dilanda kemarau, kebuluran dan penyakit, maka sudah tentu semua pihak yang bertelagah mahu mendapatkan bantuan tersebut.
  3. Tidak perlulah kita mengusung pasukan media yang ramai dalam misi kemanusiaan untuk publisiti.
  4. Misi bantuan kemanusiaan harus mengelak daripada menyentuh kawasan bergolak. Jika perlu, sebaiknya bantuan diserahkan kepada pihak yang berkuasa di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Semoga roh arwah Noramfaizul Mohd Nor dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para shuhada'. Al-fatihah.

Friday, August 5, 2011

Lord of Ramadan!

  1. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan! Universiti Ramadhan menjelma lagi dengan menawarkan seribu ganjaran dalam mendidik jiwa kita yang gersang.
  2. Mari menjadi murid yang belajar semula berkenaan apa itu solat jamaah, tadarus al-Quran, infaq, selawat dan zikir.
  3. Suka lagu ni, menaikkan semangat Ramadhan! Pelbagai bahasa dari Inggeris, Arab, Turki dan Jerman! Selamat beramal!


Tuesday, July 26, 2011

Satu Lagi Sebab Untuk Kita Tidak Menggemari Singapura


  1. Mungkin musim bola sepak yang melanda meluap-luapkan kemarahan kita kepada Singapura! Betapa kita berharap pasukan kebangsaan Harimau Malaya akan berjaya menumpaskan pasukan Lions itu dengan jaringan yang besar dalam 2nd leg di Bukit Jalil nanti insha ALLAH.
  2. Namun kita punya satu lagi sebab untuk tidak menggemari Singapura kerana insiden berikut. Salah seorang sukarelawan Malaysia yang terlibat dengan flotilla Mavi Marmara tempoh hari, yang merupakan seorang survivor serangan komando yahudi laknatullah, telah dilarang memasuki negara Singapura kerana keterlibatannya dengan flotilla tersebut!
  3. Passport Tuan Haji Jamuliddin bin Elias diperiksa, beliau ditahan di dalam bilik imigresen dan disoal siasat berkenaan kerja amalnya itu. Ingat pengganas kot... Beliau dilarang memasuki Singapura meskipun tujuannya untuk lawatan kerja, dan dipesan kepada pemandu pelancong yang ingin memasuki Singapura agar tidak membawa rokok, gula-gula getah dan akhir sekali jangan dibawa Haji Jamuliddin bersama.
  4. Terserlah sudah betapa Singapura itu menurut zionis.
  5. Malaysia lawan Singapura di Bukit Jalil.

Friday, July 22, 2011

Oh Ibu Oh Ayah!


  1. Apabila sudah mula bekerjaya, berdikari dan memegang gaji, hidup di atas kaki sendiri.
  2. Namun hati terkadang sunyi, mengenangkan rindunya kehidupan lalu sebagai anak kecil yang dijaga oleh kasihnya ibu dan sayangnya bapa. Kehidupan yang mana perlakuan kita diperhatikan mereka, dan silapnya kita ditegur.
  3. Berharganya masa itu yang 24 jamnya di sisi mereka, sedangkan kini dalam sebulan belum tentu dapat berjumpa.
  4. Sesalnya kini kerana ketika dulu tidak terfikir nikmatnya bersama.
  5. Hargailah ibu dan bapa sementara masih adanya mereka.

*kasihan anak-anak yang hidupnya membesar di asrama, hanya pulang bercuti sebulan dua, kemudian terus ke universiti, lantas terus ke alam pekerjaan hidup sendiri, kurangnya masa dalam hidup mereka di sisi ibu bapa...

Monday, April 25, 2011

Sakit Telinga, Sakit Hati!


  1. Aku benci betullah orang yang buat-buat pandai ni.
  2. Cakap 'itu tak betul, ini tak betul'! Sedang diri tu pandai berbicara saja namun kerja tak seberapa.
  3. Diri sendiri pun tak betul tapi nak tegur-tegur orang. Dia tu perfect sangat ke?
  4. Tegur orang bukan main tapi asap rokok keluar berkepul-kepul, macam mana orang nak makan nasihat kalau asap yang kau hidang.
  5. Unzur ma qola wala tanzur man qola. (Saidina Ali bin Abi Talib R.A)
  6. Dengar apa yang dikatakan, bukan siapa yang berkata-kata.
  7. Subhanallah!
Bersyukurlah kerana masih ada orang yang mahu memberi peringatan kepada kita, walaupun orang yang mengingatkan itu tidaklah kita sukai. Sesungguhnya ubat yang terbaik datang bersama rasa pahit.

*tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati, cuma tulisan semata* wink^^

Sunday, January 9, 2011

Ayat-Ayat Syifa' dan Air Zamzam

Kita tidak boleh berputus asa dalam berusaha mengubati penyakit, walau apa jua penyakit yang kita hidapi. Di bawah adalah ayat-ayat syifa' (ubat/penyembuh) yang terdapat dalam al-Quran. Ada enam semuanya yang ditemui oleh Imam Abu Qasim Qushairi yang digunakan untuk merawat anaknya.

Surah at-Taubah ayat 14



Surah Yunus ayat 57


Surah an-Nahl ayat 69


Surah al-Isra' ayat 82

Surah Asy-Syua'ara' ayat 80


juga Surah Fussilat ayat 44


Jangan lupa juga mencuba dengan air zamzam juga ya. Saya sendiri pun ingin mencari air zamzam. Sedang al-Allamah Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah mencuba mengubat dirinya dengan air zamzam yang dibacakan al-Fatihah berulang kali. Namun harus diingat minum air zamzam harus diikut adabnya ya.

Saturday, January 1, 2011

Photography 101: Niat (Intentions)


Kali ini saya bukan hendak berbicara tentang aspek teknikal sesuatu fotografi, bukan juga aspek seni daripada segi komposisi, teknik editing atau sebagainya. Cuma mahu kita merenung kembali, apakah niat kita selama ini semasa kita melibatkan diri dalam fotografi ini. Adakah gambar-gambar yang kita compose and capture itu untuk menunjuk-nunjuk kehandalan kita bermain dengan kamera atau menunjukkan kecanggihan gears yang kita miliki?

Marilah kita sedar/insaf bahawa seni fotografi ni sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan kebesaran ALLAH SWT yang Maha Kuasa. Biar orang yang melihat gambar-gambar yang kita tunjukkan itu sampai berkata "Oh, hebatnya!" Bukan tukang gambar tu yang hebat, tapi pujian itu kepada ALLAH SWT, oleh kerana gambar-gambar bunga, air terjun, embun, kucing, bayi dan sebagainya yang kita tangkap itu menzahirkan kekuasaan ciptaan ALLAH SWT. Kita cuma membantu menunjukkan apa yang sudah sedia dicipta oleh ALLAH SWT, bukan?


Seperkara lagi, biarlah gambar-gambar yang kita ambil itu tidak mendedahkan aurat orang lain, atau mendedahkan aib mereka. Hmm, pasti kita tak nak dividen daripada saham buruk tu kan... Bayangkan, berapa ramai orang yang punya akses kepada gambar-gambar tu...

Sunday, December 26, 2010

Pemeriksaan Doktor (lagi)

Tanggal 24 Disember 2010 merupakan hari yang kesekian kalinya untuk memenuhi temujanji dengan doktor pakar. Apabila ditenung-tenung kad temujanji, rupa-rupanya sudah hampir dua tahun berulang-alik ke hospital. Sudah dua hospital menjadi tempat berjanji, Hospital Sultanah Bahyah di Alor Star dan Hospital Sultanah Fatimah di Muar. Dan sekarang, bulan Mei 2011 pula akan menjadi tarikh seterusnya dalam jadual pemeriksaan. Tapi bukanlah sakit kronik (alhamdulillah), cuma tonsil dan tiroid yang membengkak dengan sedikit jangkitan. Mungkin menjadi masalah bagi para doktor mengesan apabila kedua-duanya membengkak sekali. Ikuti kisah dan bicara saya dengan doktor di sini. (klik ya!)

Syukur kerana tiroid sudah berhenti membusung, cukup sebesar ini, darah sudah normal, maka tidak perlulah membuang tiroid ni. Tonsil pula sudah semakin bagus, cuma masih ada tonsil stones yang kadang-kala mengganggu. Sepanjang dua tahun berulang-alik ke hospital dan memakan aneka ubatan dan semburan yang para doktor berikan, cukup ku berharap agar segalanya ini menjadi kifarah terhadap semua kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan. Amiin.

Wah, malam ni ada perlawanan bola sepak Malaysia menentang Indonesia!

Friday, December 24, 2010

PMR oh PMR

Akhirnya keputusan PMR sudah pun diumumkan, maka berbondong-bondonglah para pelajar Tingkatan 3 2010 serta ibu bapa mereka ke sekolah untuk mengambil keputusan masing-masing. Tahniah buat yang berjaya mengenggam 8A dan 9A dan buat yang gagal, it is not the end of the world. Adik saya juga tidak terkecuali daripada menerima tekanan kerana dia perlu mendapat 8A dalam PMR. kerana semua adik-beradik sebelumnya sudah berjaya mendapat 8A. Sudah tentu dia tidak mahu menjadi kambing hitam dengan merubah sejarah keluarga tersebut. Namun alhamdulillah dia berjaya (walaupun dia agak playful dan seorang gamer sejati), dan saya kadang-kadang kasihan dengan para pelajar yang terlalu ditekan oleh ibu bapa untuk mencapai sebanyak mungkin A dalam peperiksaan. Namun inilah sistem pendidikan kita yang bertunjangkan silibus dan gred peperiksaan. Dalam pada itu, diharap minat para pelajar juga dapat dipupuk, kerana tanpa minat, maka lahirlah pekerja-pekerja yang tak produktif, rasuah dan sebagainyalah. Hmm, dah macam karangan berbentuk artikel/rencana PMR..

Sunday, November 7, 2010

Tagged!: Entri-entri yang disukai (Favourite Entries).

Terima kasih kepada saudari faizura rahman kerana sudi tagged saya, kira blog adik-beradiklah dengan izuan rahman kot, hehe. Ok, inilah review blog saya:

5 entri-entri yang paling best dan sebabnya:

  1. Siri Cerpen 'Kemboja yang Berguguran': Ini adalah cerpen saya yang pertama terbit di akhbar Berita Minggu. Sangat mengujakan. Kira debutlah, hee. Namun judulnya sudah ditukarkan kepada Daun Zaitun pun Berguguran.
  2. Siri Sajak 'Terbang': Juga kerana sajak 'Terbang' satu dan dua menjadi antara sajak pertama saya yang terbit di akhbar Berita Minggu.
  3. Bukti Kekuasaan ALLAH SWT: Entri ini menceritakan perihal penemuan sebatang lagi sungai di dasar sebatang sungai. Membuktikan bahawa ALLAH SWT mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Entri ini saya tulis dalam bahasa Inggeris.
  4. Cara Pegang Kamera DSLR: Ini merupakan antara entri terawal saya yang menyentuh tentang teknik fotografi dan editing gambar. Untuk pengetahuan, saya memang suka fotografi dan videografi. Kalau (ehem-ehem) kalian like page saya di Facebook, kalian dapat lihatlah. Hehe.
  5. Glorious: Saya sukakan bait-bait kata seperti ini. Bacalah ya! =)

Tag rakan-rakan blog anda yang baru saja update semasa anda post kan entry ini (tidak termasuk saya):
Mereka yang terpilih untuk saya tag ialah:

Thursday, November 4, 2010

Sepintas: Dugaan Banjir di Jitra, Kedah.

Assalamualaikum and hello. Rumah yang saya dan sahabat-sahabat duduki kini dinaiki air sejak dua hari lepas. Air naik sangat laju kerana terdapat beberapa empangan yang dibuka di Kedah, Perlis dan Thailand, lantas dalam sekelip mata saja rumah kami sudah ditenggelami air separas dada manusia (bukan dada itik ya.) Insha Allah ada kesempatan saya akan cuba update namun segala gambar dan video yang diambil tidak dapat dikemaskini kerana card reader+lens semua sudah menyelam di rumah tersebut, huhu. Banyak barang-barang kami tidak dapat diselamatkan. Semua buku-buku, meja, rak, almari, barang-barang elektronik, terpaksa ditinggalkan. Lintah-lintah kerbau menjalar... Takut-takut encik ular pula kerana rumah kami berdekatan dengan paya, dan sekarang... hujan lagi...

Sunday, October 10, 2010

Counting Days.

I am only one month away from completing my study! My research is complete and I am enjoying the remaining days with my friends. Alhamdulillah. I cannot wait to start teaching and working and having my own salary. I will save up as many as I can to buy the things that I have in my wish list, hehe.

The Mercedes Masterpiece - AMG edition!


The Canon 550D!



The 27 inches iMac!
You may think that all of the things that I crave for are extremely expensive for a regular teacher, but I will prove you wrong! Haha. Insha Allah I will try to fulfil the wish list slowly but surely. Because if I buy all these things at the same time, then I will never get married-lah! =P
I don't know which I will get first, but I maybe want to have the car first, hehe.
Please pray for my success as I pray for all my friends', including YOU! (I may buy a nikon D3100 or a 7D depending on the current situation when the day come!)

Monday, June 28, 2010

Walimah Salina Shafie 2010

Pada cuti yang lepas keluarga saya telah menerima seorang lagi ahli keluarga yang baru! Alhamdulillah kakak saya Norsalina bt A Rahman telah selamat dinikahkan dengan Mohd Shafie Mohd Khalid pada hari Sabtu 29 Jamadilakhir 1431 Hijrah bersamaan 29 Jun 2010. Berikut merupakan sedikit kenangan sepanjang majlis tersebut berlangsung, namun klip video ini dalam kualiti rendah kerana video versi kualiti tinggi itu terlalu berat untuk dimuat naik. :) Kalau nak tengok klip yang berkualiti tinggi, klik sini.

Sunday, June 27, 2010

Sepintas 2

A: Tak guna Israel, sanggup menyerang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza!
B: Aah, kat perairan antarabangsa pula tu!
A: Memang nak kena Yahudi laknat tu semua. Takpe, ini permulaan baru untuk menunjukkan penentangan kita terhadap Israel ni.
B: Aah, tak lama lagi kapal bantuan kemanusiaan Iran pula akan berlayar. Pasti ada saja yang akan dilakukan oleh negara Yahudi tu!
A: Hm, semoga mereka terselamat dalam perjuangan mereka untuk membantu rakyat Palestin nanti.
B: Em, iyalah.
A: Ya.
B: ...
A: ...
B: Eh, malam tadi England seri dengan Algeria!
A: Aah, tension betul aku! Dengan Algeria pun boleh seri! Negara kecil je tu!

Sementara itu di Afrika Selatan, seorang penyokong Algeria sedang ditemuramah.
Tv: Jadi bagaimana dengan prestasi pasukan bola sepak negara anda?
C: Alhamdulillah, walaupun kami pasukan kecil, tapi bermain mati-matian dan berusaha bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH kami akan berjaya. Lepas ini kami akan menentang pasukan Amerika Syarikat pula, pasti akan jadi perlawanan yang sengit dan menarik, walaupun dengan status underdog kami akan berusaha insya-ALLAH.

Monday, May 31, 2010

Israel Menunjuk Belang


Isreal laknat mengganas lagi. Kapal-kapal Life Line For Gaza yang membawa bekalan makanan dan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang tertindas, telah dibedil, ditahan daripada memasuki Gaza. Bilakah dunia akan sedar? Lihatlah kekejaman Israel, kapal yang membawa sukarelawan yang memegang teguh kepada prinsip humanitarian, tidak membawa sebarang senjata api walaupun senjata untuk mempertahankan diri, tetap diserang oleh negara Yahudi tersebut menggunakan komando mereka melalui udara dan air. Akibatnya seramai 15 orang sukarelawan gugur dan lebih 50 lagi cedera (setakat entri ini ditulis) sedangkan mereka hanya datang untuk memberikan bantuan kemanusiaan semata. Terdapat ramai sukarelawan yang berada di atas kapal tersebut, paling muda seusia setahun dan ada yang setua lebih 80-an, juga beberapa orang pejuang agama daripada Malaysia sendiri. Marilah kita mendoakan keselamatan mereka yang berada di atas kapal tersebut, kerana sekurang-kurangnya itulah yang termampu kita lakukan dari kejauhan ini.

Untuk perkembangan terkini misi tersebut sila klik sini.

Tuesday, May 25, 2010

Sepintas



Peperiksaan baru sahaja berakhir. Banyak hal yang berlaku sekitar hujung semester tujuh ni mengakibatkan aktiviti mengemaskini blog ni tertangguh. :)
Namun di celah-celah waktu tersebut dapat juga saya melakukan aktiviti yang saya gemari seperti mengambil foto, video, melukis (nak jadi cikgu seni ke cikgu math ek?) dan lain-lain lagilah. Saya juga sebenarnya mengumpulkan material yang boleh saya kongsi berkenaan illuminati, freemasonry, 2012, dan segala-gala berkenaan agenda dajjal laknatullah dan para pengikutnya ni. Jadi insyaALLAH saya akan berkongsi sedikit demi sedikit dapatan saya di bawah label berkenaan kelak. Oh ya, dalam foto di atas, sebenarnya tajuk single terbaru kumpulan Muse. Kumpulan ini membawa genre alternative rock, concerto classical rock dan macam-macam lagilah genre yang dilabelkan pada mereka. Namun yang menarik hati saya adalah liriknya yang terkadang puitis, dan mereka memperjuangkan agenda anti-illuminati dan anti-NWO melalui lagu-lagu mereka.

Wednesday, May 5, 2010

Hari Ibu: Bolehkah?


Selamat Hari Ibu! Hari Ibu disambut di Malaysia pada hari Ahad kedua setiap bulan Mei maka pada tahun ini hari tersebut akan jatuh pada 9 Mei 2010. Tetapi apakah sebenarnya hukum menyambut Hari Ibu ni? Siapa yang memulakannya? Mengapa? Ada pendapat mengatakan bahawa sambutan ini berasal daripada adat orang Greek yang meraikan Cybele iaitu ibu kepada segala dewa Greek.{Ensiklopedia Britannica|(1959)} (Ada quotation lagi sebab takut dituduh cakap ikut sedap tanpa sumber rujukan.)

Ada banyak lagi pendapat yang lain, tetapi semuanya bukan menunjukkan bahawa sambutan ini diasalkan oleh orang Islam masa lalu. Namun sambutan ini tetap juga diadakan di negara-negara seluruh dunia termasuk negara yang majoritinya penduduk Muslim dan Muslimah. Jadi apakah boleh kita turut meraikannya seperti orang bukan Islam yang lain?

Kita semua tahu bahawa jasa Ibu itu sangat luas seperti lautan yang tiada bertepi, maka seharusnya peringatan terhadap jasa seorang ibu sudah pastilah tidak mencukupi untuk satu hari sahaja dalam setahun. Bahkan sepanjang masa kita harus mentaatinya dalam segala hal tidak mengira tempat selagi hal tersebut tidak bercanggah daripada syariat ALLAH SWT, bukan?

Tak kira masa, setiap hari jasa ibu tak pernah padam, tak pernah berkurang bahkan hanya bertambah kasih dan sayangnya kepada kita. Sayangilah ibu tanpa terpengaruh dengan unsur-unsur halus bukan Islam, tanpa mengira Ahad kedua dan sebagainya, kerana kita tetap membawa pusat di perut kita yang menjadi tanda kita dikandung olehnya.

Gambar di atas diambil di kampung saya di Johor dan merupakan salah satu bunga yang mama saya jaga. :)

Extra Extra!


Want to earn some extra cash while surfing the internet? As cliche as it may sounds, but believe me, its real. :) Its really easy to earn if you love to interact with other people and share your opinions with them. I found this website in a book and I think it is not wrong to give it a go. So why don't you go to this website and register. It is call myLot. All you have to do after that is answer any questions that you like, or even ask any question that you have, or upload your photos to get paid. It is that easy. :) Just spend a little time in front of your lappy each day to answer some questions and you can see your earnings stacking little by little (you are not going to be like a millionaire, ok? But its real cash for sure.) :)

Go ahead, give it a try. Click here to go to the site.