Tanggal 24 Disember 2010 merupakan hari yang kesekian kalinya untuk memenuhi temujanji dengan doktor pakar. Apabila ditenung-tenung kad temujanji, rupa-rupanya sudah hampir dua tahun berulang-alik ke hospital. Sudah dua hospital menjadi tempat berjanji, Hospital Sultanah Bahyah di Alor Star dan Hospital Sultanah Fatimah di Muar. Dan sekarang, bulan Mei 2011 pula akan menjadi tarikh seterusnya dalam jadual pemeriksaan. Tapi bukanlah sakit kronik (alhamdulillah), cuma tonsil dan tiroid yang membengkak dengan sedikit jangkitan. Mungkin menjadi masalah bagi para doktor mengesan apabila kedua-duanya membengkak sekali. Ikuti kisah dan bicara saya dengan doktor di
sini. (klik ya!)
Syukur kerana tiroid sudah berhenti membusung, cukup sebesar ini, darah sudah normal, maka tidak perlulah membuang tiroid ni. Tonsil pula sudah semakin bagus, cuma masih ada tonsil stones yang kadang-kala mengganggu. Sepanjang dua tahun berulang-alik ke hospital dan memakan aneka ubatan dan semburan yang para doktor berikan, cukup ku berharap agar segalanya ini menjadi kifarah terhadap semua kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan. Amiin.
Wah, malam ni ada perlawanan bola sepak Malaysia menentang Indonesia!
5 comments:
ya Allah....aku baru tau..
maafla tak mendoaakan yang terbaik untuk kesihatan ko...
take care and stay healthy mate..~
moga cepat sembuh izuan :)
lame x nampak iizuan..alik2..singgah sini tgk da de byk entri baru..las skali bace y psl banjir klu x silap :)
terima kasih afikah, farhana dan cik PG..
sbgai bekas psakit yg pnh kna tonsil sy nk inform byakkan minum air suam n klu boleh jgn mkn bnda yg tidak di masak
Post a Comment