Friday, December 31, 2010

Kufi dan Kufi-kufi

Saya telah membaca satu artikel dalam akhbar tempatan beberapa hari yang lalu berkenaan seni Kufi, iaitu sejenis seni kaligrafi yang unik. Tuan Shukor Yahya telah membawakan seni tersebut ke negara kita dan menggelarkannya sebagai kufi-kufi. Saya sangatlah tertarik dan teringin mencubanya sendiri. Di bawah ini adalah hasil saya yang pertama. =)



Cubaan di atas adalah hasil eksperimentasi saya sendiri, kira versi saya tanpa berpandukan mana-mana tulisan kufi. Kemudian saya telah ketemu panduan menulis kufi-kufi oleh Tuan Shukor himself dan berikut adalah hasil kedua saya. Seronok tau apabila berjaya membuat kufi-kufi ni, namun ada sedikit perkara yang saya improvise dalam kufi-kufi di bawah ni.




Cara membacanya adalah dari bawah kiri ke kanan (tulisan jawi ya), kemudian sambung terus secara menegak ke atas, kemudian dari atas terus saja membaca mengikut sambungan, semacam seni fractal. Makin ke dalam. Cubalah!

Siapa boleh baca apa yang tertulis di dalam kedua-dua kufi yang saya hasilkan? Kedua-duanya benda yang sama. Tiada hadiah ya untuk yang berjaya. =)

7 comments:

fizz alpijod said...

cool habis la.. :)

izuan said...

terima kasih hafiza =)

izuan said...

terima kasih encik aziz. saya setuju dengan pandangan encik. =)

berapa ramailah antara kita yang TAHU jawi...

T's said...

yg kedua mkin upgrade..good job!
:)

ANISRAHIM said...

saya pernah cube tp x bjaya untuk memuatkan sesuatu pkataan..so..tahniah izuan :)

Karya Kufi said...

cubaan utk berKufi yg baik...teruskan

Ibu Aisyah Humairaa said...

Assalamualaikum en. Izuan,
Maaf kalau saya silap. Saya terserempak blog en ni pun sebab nak belajar2 tentang kufi. Cuma nak kepastian...membaca ayat kufi ni dari kiri ke kanan (seperti en nyatakan) atau dari kanan ke kiri?