Tuesday, March 1, 2022

Webinar Apple Teacher


Jom ikuti Webinar Apple Teacher yang akan berlangsung di YouTube. Semua guru boleh ikuti tanpa mengira anda pengguna Apple atau tidak. Mata kredit SPLKPM dan sijil khas dari Apple Professional Learning Malaysia akan diberikan kepada anda. Bagi yang sudah mempunyai Apple ID, pengguna iPhone, iPad atau Mac, inilah masanya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan cara menggunakan sepenuhnya peranti anda dan boleh dapatkan juga sijil antarabangsa Apple Teacher!


WEBINAR PENSIJILAN DELIMA : APPLE TEACHER, JOHOR 2022


🗓 Tarikh : 1 MAC 2022 (SELASA)

⏰ Masa : 9:30 pagi - 11:00 pagi (GMT+8) 

🏢 Tempat : Secara dalam talian di saluran Youtube, Webinar JPN Johor : http://bit.ly/sijilapplejohor  atau https://youtu.be/S7QZdbwDiJA


Pautan Poster Program : https://bit.ly/3HjiW5o


Pembimbing :


1. KAMARIAH SALIM

Apple Professional Learning Provider

DELIMa Apple Influencer

Penolong Pengarah, JPN Johor


2. MOHD NORIZUAN A RAHMAN

DELIMa Apple Influencer

Apple Teacher

SK Bandar Putra, Kulai


3. MOHAMMAD YUSOF ABD LATIP

DELIMa Apple Influencer

Apple Teacher

SK Polis Kem, Kulai


Keperluan Sesi Latihan Webinar

✅Komputer / Laptop / Telefon Pintar

✅Capaian internet yang stabil


Manfaat untuk anda : 

✅ Sijil Apple Profesional Learning Malaysia (APLM)

✅ Mata kredit dan e-sijil SPLKPM

===========================

Pelbagai info Sumber dan Teknologi Pendidikan : @sstpjpnjohor


 


Monday, February 28, 2022

Pengumuman.







Perhatian!

Buat pengunjung-pengunjung pasar dunia

Yang sedang sibuk memilih kehendak hati

Yang sedang sibuk menawar itu dan ini

Yang sedang sibuk menjamu mata 

Yang sedang sibuk mengumpul harta

Pengumuman ini untuk anda!


Perhatian tuan-tuan!

Di sebelah sana seorang anak kecil

Merayau-rayau mencari-cari ibunya

Menjerit kelaparan namun kalimahnya tenggelam

Dek riuhnya suara tuan-tuan.


Di belakang sini seorang tua

Menadah tangan meminta belas

Menggigil sejuk tidur tak beralas

Rumahnya terbakar keluarganya mati semua

Dibakar oleh jirannya sendiri

Jirannya yang tuan-tuan pergi membeli.


Perhatian!

Perhatian tuan-tuan!

Pasar dunia akan ditutup sebentar lagi.

Sudah cukupkah bekalan dibeli?


Saturday, February 19, 2022

Teduh Entah Bila


Langit kelam itu semakin suram

Angin keras menerjah pintu hidup

Yang hanya dipegang oleh selak percaya.


Penghuni itu utuh berpaut pada tiang-tiang iman

Agar tak terlontar keluar dari pondok pengharapan

Dengan tegap menggenggam kepingan papan-papan azam yang bergetaran

Ditujahi ribut ujian.


Walau mentari selesa tak pernah muncul

Walau taufan peperangan dan petir benci melanggar 

Selagi takwa membaluti hati

Selagi tekad menopang jasmani

Selagi itu rumah ini berdiri.