Showing posts with label pictures. Show all posts
Showing posts with label pictures. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Tiga Jenis Ibadah

Assalamualaikum!

Imam Nawawi kata, ibadah ni ada tiga jenis. Apa dia jenis-jenisnya?


  1. Yang pertama ibadah hamba. Kita hanya buat ibadah sebab takut dengan ALLAH.
  2. Kemudian ibadah saudagar. Kita buat ibadah sebab nak kejar pahala dan syurga. Seolah-olah berjual-beli. Nak beli pahala dan syurga dengan buat amal ibadah. Huhu.
  3. Yang paling hebat, ibadah merdeka. Yang ini, kita buat ibadah atas sebab memanjatkan kesyukuran, tanggujawab dan malu dengan ALLAH. Ada?
Selalunya ibadah kita berpusar antara kategori satu dan dua tu saja kan? :(



Friday, December 31, 2010

Kufi dan Kufi-kufi

Saya telah membaca satu artikel dalam akhbar tempatan beberapa hari yang lalu berkenaan seni Kufi, iaitu sejenis seni kaligrafi yang unik. Tuan Shukor Yahya telah membawakan seni tersebut ke negara kita dan menggelarkannya sebagai kufi-kufi. Saya sangatlah tertarik dan teringin mencubanya sendiri. Di bawah ini adalah hasil saya yang pertama. =)



Cubaan di atas adalah hasil eksperimentasi saya sendiri, kira versi saya tanpa berpandukan mana-mana tulisan kufi. Kemudian saya telah ketemu panduan menulis kufi-kufi oleh Tuan Shukor himself dan berikut adalah hasil kedua saya. Seronok tau apabila berjaya membuat kufi-kufi ni, namun ada sedikit perkara yang saya improvise dalam kufi-kufi di bawah ni.




Cara membacanya adalah dari bawah kiri ke kanan (tulisan jawi ya), kemudian sambung terus secara menegak ke atas, kemudian dari atas terus saja membaca mengikut sambungan, semacam seni fractal. Makin ke dalam. Cubalah!

Siapa boleh baca apa yang tertulis di dalam kedua-dua kufi yang saya hasilkan? Kedua-duanya benda yang sama. Tiada hadiah ya untuk yang berjaya. =)

Sunday, February 28, 2010

Got balls like we did?



Since the first week we set our feet to the school, we were unofficially selected to train the school's football team and we were really excited to do so. There were lots of friendly matches going on in these three weeks and I could say that we have made a few improvements especially the goalies, they now know how to cover the angles during critical times in the game. And what made me happy is that we defeated my friend's school, which team was trained by him, 5 nil. :) sori anep, banyak tu...

Friday, February 12, 2010

Cutilah!


Sudah lama tak ada entri baru dalam blog ni. Praktikum yang meragut banyak masa senggangku adalah culpritnya (haha, tak baik betul). Praktikum ni sangat menyeronokkan dan memberansangkan. Namun sekarang cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina sudah menyinggah dan sudah tiba masa untuk berehat sementara! Yay! Tapi ada juga kawan-kawan yang tak dapat bercuti lama kerana sekolah mereka tak ambil cuti ganti yang lebih. Sabar ya!

Grafik atas ni sebenarnya untuk ditampal dalam buku RPH slot minggu depan sebab cuti sekolah, maka tak payah buat RPH!

Wednesday, January 20, 2010

Jalan-jalan Cari Siput






Dalam entri yang lepas saya ada bilang (bukan bilang satu dua tiga...) saya nak pergi berjalan-jalan melepaskan diri dari tekanan belajar buat sementara waktu bukan? Nah, saya dengan beberapa orang sahabat telah pun pergi ke Kota Kuala Muda untuk berziarah ke rumah saudara Rizal dan kali ini merupakan kali kedua saya ke rumahnya.

Kalau pergi ke rumah saudara Rizal ni memang tak sah kalau tak pergi ke pantai dan mencari siput (pada saya namanya kupang tapi mungkin orang-orang Kedah panggilnya siput) di pantai. Kali ini kami mencari kupang di Teluk Amboi sambil bersiar-siar mengambil gambar ala kulit album nasyid kontemporari (macam Linkin Park pun ada,hahah).

Malang sedikit bagi saya kerana tidak dapat menjamah makanan laut yang sememangnya menjadi makanan wajib makan ketika berada di sini kerana sedang berpantang gara-gara penyakit yang saya hidapi (huhu). Kalau ketika kali pertama menjejak kaki ke sini, saya dijamu dengan bermacam-macam makanan laut seperti udang lipan, udang besar,ikan yang pelbagai seperti ikan sebelah yang fresh (segalanya segar jadi rasanya memang berbeza dengan yang di pasar-pasar atau pun Tesco atau Giant) dan aneka lagi makanan laut yang agak mahal jika dimakan di tempat lain. Namun tak mengapalah, dapat berjalan-jalan makan angin dan melepas lelah sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT amat menenangkan.

Saturday, January 16, 2010

Tangan Tak Sampai


mendongak langit membilang mimpi...
mencongak bintang mendambakan bulan...
hendak disunting hati tak yakin...
hendak digapai tangan tak sampai...
mahu dicengkam takut terbungkam...
mahu dipaut takut diragut...
lantas kasih hanya terbiar membugar...
tatkala telinga hanya mampu mendengar...
juga jiwa hanya mampu meratap...
kerana gusar kalbu tersentap.

Kesilapan lampau guru terbaik buat diri.

Saturday, January 9, 2010

Ternyata Rokok Tidak Membahayakan Kesihatan


Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemana-mana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. Dr Jon Sumawan (suka main perempuan)
B. Dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. Dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok)

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan-jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah kendi atau lampu (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu menggosok-gosokkan lampu tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong lampu tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan iaitu sesusuk jin yang ganas dan menakutkan.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit! Karena kamu telah membebaskan aku dari lampu itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian!'. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berfikir tentang peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikut kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mahu perempuan-perempuan muda dari pelbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........!! Dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! Dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! Dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak mampu kerana tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari bermabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba-tiba si C keluar dalam keadaan sihat walafiat dan terus MENAMPAR si jin sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN TAK GUNA! MANCISNYA MANA?!
*penulis hikayat taklah diketahui hingga kini.

Kesimpulannya: 'Rokok tidak akan berbahaya, selagi tidak ada mancisnya'
Kalau nak suruh orang berhenti merokok, mulakan dengan menyorokkan mancis/pemetik api sehingga mereka tak larat nak beli baru setiap kali nak merokok. :)

Friday, January 8, 2010

Blame It On Me.


Wah,macam lagu Akon ek. (Memang tajuk lagu dia pun kan).

Apa perasaan kalian jika kalian berada dalam situasi sebegini? Seseorang yang rapat dengan kalian, kita ajak berjumpa, "Eh, jomlah makan-makan. Makan sekali nak?". Kita pelawa dia makan bersama secara tiba-tiba (tiada perancangan awal, hanya terlintas di hati untuk mengajak) sedangkan kita sudah pun sampai ke restoran tersebut dan makanan kita telah pun sampai. Kita pun memesankan makanan untuk orang tersebut (orang tersebut tak suruh pun, tapi kita pandai-pandai pesan, konon-konon tahu apa dia nak makan).Kemudian menunggu ketibaan gerangan orang tersebut, namun tidak juga kunjung tiba. Makanannya yang dipesan pun sudah sampai. Takpelah, makan dululah. Tiba-tiba kalian dapat call bahawa orang yang kita pelawa secara tiba-tiba tadi tidak dapat hadir kerana mengalami kecederaan (kemalangan, tak kira kecil atau besar). Semuanya gara-gara kita yang secara tiba-tiba mengajaknya makan bersama. Apa perasaan kalian?

Thursday, January 7, 2010

The Murder Case of Dato Jinab Cabana (Memories of Killing Someone Called A Friend)





Actually no one was murdered during this photo shoot. I just happened to come across these pictures during our group presentation in an English class. I also made a poster for that purpose and (this project) sure did left me precious memories that I will hold for the rest of my life. :)

Wednesday, November 25, 2009

Find X.

Students always see Mathematics as a boring and difficult subject to be learned. It is full with complicated Mathematical jargon, formula this and that, plus the teachers that teach the subject are lame or too strict.

Well, I do not like to learn Math either because of my teacher (sorry cikgu!), not because who they were but how they taught me. Therefore I as a future Math teacher vow to change my pupils' impression on learning Math and make them eager to experience the joy of my class! Actually I think about this when I came across this picture above - tearing the box of Math, bringing it to a complete different view. Correctly done. Just what the question wanted, nothing more and nothing less. =D

Monday, November 23, 2009

Magnificient Work of God





A friend of mine send me these photos of a river-right under a river! How could this happened? This shows that God is Almighty where everything is made possible with His power and will. As you can see, the pictures shows a few people diving in the river to discover another river flowing at the bottom of it. You can also see from one of the pictures that one of the divers 'swims' in the 'river' that they found.

Wednesday, November 18, 2009

Squeezing Hanif

This photo was snapped in a restaurant a couple of days ago while waiting for our meal to be served. I have a habit of taking photos of me 'squeezing' something and this is one of my favourite 'squeezing' photo. :)

Do you like to 'squeeze' too or any other special favourite photo snap?

Saturday, November 14, 2009

Kuatkan Semangat!


Susah sangatkah nak berhenti merokok?
Ish, susahlah.
Buat azam baru, tahun depan berhenti merokok.
Tak boleh, kalau nak berhenti, tak boleh buat azam, tak jadi punya. Nanti ditangguh-tangguh azamnya. Kalau nak berhenti, kena buang rokok ni, cakap sekarang aku nak berhenti, on the spot.
(Berfikir.)

Memang susah ya nak berhenti merokok. Mujur tak mencuba, masa umur belasan tahun awal sekolah menengah dulu tengok macam best merokok tapi taklah sampai mencuba. Dan saya bersyukur saya tidak mencuba walaupun ada rakan-rakan sekolah dulu mengatakan setakat cuba sepam-dua tak ketagih punyalah!

Saya percaya kenyataan tersebut kerana memang ada rakan-rakan yang mencuba masa sekolah dulu dan tidak pula terus merokok. Tetapi saya mendapati bahawa terdapat juga rakan-rakan yang sekarang tidak boleh tidak merokok. Sekarang seorang sahabat sedang cuba berhenti merokok gara-gara sakit batuk yang teruk. Tidak lama dahulu, ada juga seorang rakan yang lain yang cuba berhenti merokok, lama juga bertahan. Tak lama kemudian beliau menyorok-nyorok apabila terserempak dengan saya kerana sedang mengepit sebatang rokok di celah jari dan menghembuskan asap yang berkepul-kepul dari hidung. Saya tergelak sendirian tetapi dia bilang segan dengan abang, dulu dah berhenti, ni hisap balik.

Sekarang, saya cuma mengharapkan sahabat yang seorang lagi ini berjaya berhenti merokok dan mendoakan yang terbaik untuknya lantas mengimpikan sahabat yang lain menurut jejaknya untuk berhenti sebelum mendapat musibah sakit yang tidak semena-mena. Kalau berhenti beramai-ramai mesti lagi mudah dan bersemangat kan?

Korang buat yang terbaik!!
Terima kasih kepada model gambar^^

Thursday, November 12, 2009

A Picture Paints A Thousand Words.

This picture was taken a couple of months ago and yep, it was me trying to be funny in front of the camera. Credit to the photographer that managed to get a balanced composition in the photo and it's colour was enriched using the Adobe Photoshop CS4 as we were using standard digital camera only. But if you look closely you can see that I missed to put more ambiance to the gold colour of the deer's front right leg. (click on the picture to get better view)

Sunday, November 8, 2009

Selamat Maju Jaya


Musim peperiksaan telah tiba lagi. Kepada para sahabat, selamat berjuang. Semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat kelak. Berusahalah ya!

Thursday, October 29, 2009

Ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu




Untuk semester ini, kelas kami perlu melaksanakan satu lagi projek Bina Insan Guru yang mana memerlukan kami untuk melihat sesi pengajaran seorang guru cemerlang Matematik dan menemuramah guru tersebut bagi mendapatkan sedikit input dan tip bagi menjadi seperti beliau kelak. Kelas kami mempunyai dua puluh empat orang pelajar maka hal tersebut tidak begitu efektif bagi kami untuk melaksanakan sesi pemerhatian dan temuramah dengan bilangan seramai itu. Maka kami telah membahagikan kelas kami kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B yang akan pergi ke dua buah sekolah yang berbeza bagi menemuramah dua orang guru cemerlang Matematik yang berbeza. Bagi kumpulan kami iaitu kumpulan B, kami telah pergi ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu untuk menemui seorang guru cemerlang Matematik yang sangat berpengalaman iaitu Puan Rafeah binti Hashim untuk melihat sendiri sesi penagajaran dan pembelajaran yang beliau laksanakan serta mempelajari beberapa tip daripada beliau.

Ternyata lawatan kami ke sekolah tersebut merupakan satu pelaburan yang tidak sia-sia kerana guru cemerlang yang kami temui tersebut merupakan sebutir permata yang amat berharga dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan seorang guru yang telah banyak berjasa dan telah banyak mendapat pengiktirafan samada di peringkat sekolah hinggalah institusi kerajaan yang lebih tinggi. Hal ini kerana beliau telah dilantik selaku salah seorang jurulatih utama dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan diberi mandat untuk member penerangan berkenaan hal tersebut di seluruh negara tidak lama dahulu.

Sekolah tersebut merupakan sekolah baru yang mempunyai pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat sahaja dan Puan Rafeah bint Hashim baru sahaja ditukarkan ke sekolah tersebut untuk menjadi Penolong Kanan Satu di sekolah tersebut. Hal ini membuktikan kredibiliti beliau selaku guru yang amat berkaliber dalam memimpin serta menjalankan tugasnya.

Setelah melihat cara beliau mengajar di dalam kelas, saya mendapati bahawa beliau merupakan seorang guru yang amat mementingkan pelajar-pelajarnya. Beliau berusaha membantu pelajar-pelajarnya yang bermasalah dan dalam masa yang sama menggalakkan mereka untuk berusaha memperbaiki prestasi diri.beliau menekankan kepentingan mendekati para pelajar dan bergaul secara sihat dengan mereka agar mereka berasa selesa dengan guru. Puan Rafeah juga menggariskan bahawa seorang guru haruslah cukup lembut dalam bergaul dengan para pelajarnya namun cukup tegas dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Menurut beliau, untuk menjadi guru yang cemerlang, serba-serbi pada guru tersebut haruslah cemerlang. Perkara pertama yang disentuh adalah sistem fail (filing system) yang diamalkan oleh seseorang guru tersebut. Guru yang berimpian menjadi seorang guru yang cemerlang haruslah mempunyai satu sistem fail yang tersusun dan lengkap. Segala surat panggilan kursus serta lantikan beserta sijil-sijil penyertaan serta penghargaan haruslah disimpan dengan rapi agar memudahkan urusan penilaian sebagai guru cemerlang kelak.

Guru juga harus pandai mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas untuk menarik minat pelajar dalam melibatkan diri dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang kita lakukan. Hatta melaksanakan sesi ulangkaji seperti yang kami lihat dalam lawatan kami kali ini, beliau menjadikan proses tersebut suatu proses yang aktif dan menyeronokkan dengan memanggil beberapa orang pelajar untuk menjadi guru di hadapan rakan-rakan mereka. Pengajaran guru tersebut juga diselit dengan nilai-nilai murni yang secara tersirat diungkapkan oleh guru tersebut sepanjang beliau mengendalikan kelas tersebut hampir satu jam lebih.

Melihatkan motivasi serta semangat yang ditunjukkan oleh Puan Rafeah binti Hashim, sedikit-sebanyak hal ini telah membakar semangat saya untuk mengamalkan serba-sedikit tip yang telah beliau bekalkan kepada kami.saya berharap agar suatu hari kelak pencapaian saya akan sekurang-kurangnya setara dengan beliau yang sekarang amat berpuas hati melihatkan anak-anak muridnya yang telah berjaya dan amat menyanjungi beliau.


Monday, September 14, 2009

Point And Shoot!


I just love taking photographs. I can't help myself from snapping a photo every time I get to hold on a camera. However I do not have the one thing that I wanted the most (for now) - a DSLR camera. For me, to have my hands on that one piece of art engine is to be very much blessed by God. As for now, I have to be satisfied with my camera phone and a digital camera. T-T

While having our Mathematics tutorial and activities, we were allowed to take pictures to be put into our weekly log book. So of course I am the most active person in class to walk around with a point and shoot mission while the others are busy doing their things (or pretended to do when they saw me shooting ;D).

For this week class, we were exploring the depth of 2D and 3D shapes. Our background knowledge on this topic had been blunt for quite some time as we had leaved the primary school for quite a few years. Well, the topic is not so hard but there were a few misconceptions that we held this whole time and need to be corrected (as we are going to teach the pupils someday). So these are a few shots that I've taken during the class. ;)


Friday, September 4, 2009

Ketika Murid Menjadi Guru


Akhirnya dibuka juga hadiah-hadiah itu. Ada bermacam jenis, bentuk dan saiz. Sudah lama juga saya peram hadiah-hadiah yang diberikan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang kepada saya tempoh hari sempena tamatnya praktikum yang saya jalani di sekolah tersebut selama kurang lebih dua bulan. Bukan tidak sudi membuka tetapi agak sayang untuk menodai balutan hadiah mereka. Sengaja juga saya peram dan membuka kesemuanya sempena hari lahir yang baru berlalu. Mungkin mencari tambahan sebab yang istimewa untuk menambah keasyikan menatap hadiah yang mereka bagi itu. :)

Syahdu melihat kandungan hadiah-hadiah mereka. Keikhlasan kanak-kanak tersebut jelas terpancar melalui kata-kata yang tertulis di situ dan indahnya perasaan mengenang pengalaman bersama mereka. Tidak pernah saya mengharapkan hadiah daripada mereka seperti ini dan sekarang saya mengerti bagaimana perasaan guru saya dahulu apabila dihargai oleh anak muridnya. Memang tidak semua yang memberi hadiah dan tidak pula saya meminta, namun saya berasa tidak sampai hati apabila melihat kawan-kawan mereka yang iri kerana tidak dapat memberi hadiah kepada saya ketika itu. Begitu naifnya seorang kanak-kanak yang harus dibimbing agar tidak tersasar dalam perjalanannya menjadi dewasa. Memang seorang guru yang baik itu akan terkesan dalam hidup seseorang murid walaupun ia telah dewasa kelak, dan saya sendiri mempunyai memori tentang beberapa orang guru dan muallim yang mengesankan dan saya pasti semua orang begitu.


Saya amat berharap agar dapat melakukan bunga yang terbaik dalam persilatan arena pendidikan selagi saya memegang nama seorang guru, dan saya juga berimpian untuk menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid saya agar sekurang-kurangnya mereka berjaya meningkatkan diri mereka satu aras lebih baik daripada sebelumnya. Saya sendiri tidak pasti berapa lama saya akan bergelumang dengan tanggungjawab di sekolah rendah, menjadi seorang guru untuk beberapa waktu dan mungkin beralih ke atmosfera yang berbeza di waktu yang lainnya; namun saya berharap saya mampu menjadi pemangkin perubahan dalam hidup salah seorang murid saya kelak. Amiin.

Terima kasih cikgu.