Friday, January 8, 2010
Blame It On Me.
Wah,macam lagu Akon ek. (Memang tajuk lagu dia pun kan).
Apa perasaan kalian jika kalian berada dalam situasi sebegini? Seseorang yang rapat dengan kalian, kita ajak berjumpa, "Eh, jomlah makan-makan. Makan sekali nak?". Kita pelawa dia makan bersama secara tiba-tiba (tiada perancangan awal, hanya terlintas di hati untuk mengajak) sedangkan kita sudah pun sampai ke restoran tersebut dan makanan kita telah pun sampai. Kita pun memesankan makanan untuk orang tersebut (orang tersebut tak suruh pun, tapi kita pandai-pandai pesan, konon-konon tahu apa dia nak makan).Kemudian menunggu ketibaan gerangan orang tersebut, namun tidak juga kunjung tiba. Makanannya yang dipesan pun sudah sampai. Takpelah, makan dululah. Tiba-tiba kalian dapat call bahawa orang yang kita pelawa secara tiba-tiba tadi tidak dapat hadir kerana mengalami kecederaan (kemalangan, tak kira kecil atau besar). Semuanya gara-gara kita yang secara tiba-tiba mengajaknya makan bersama. Apa perasaan kalian?
Labels:
Bahasa Melayu,
kaca mata saya,
pictures
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hmm..~~rasa bersalah juga...
tp x boleh jugak nk salahkan diri kita 100%..
sebab semua bnda yg terjadi bukan kehendak kita..
semuanya telah ditentukan oleh Allah..~~
Dia yang Maha Mengetahui dan Dialah yang menentukan segala apa yg terjadi..~~
betul.. tapi bersalah tetap ada bukan? takpe, redha je dengan ketentuan Illahi, beriman dengan qada dan qadarNya satu kemestian.
seriyes pernah rase... n mase tu ayat yg slalu kte gune 'kalaulah aku x suwoh dye ......' lam kes jimah, member excident sbb dye nak amik jimah kat stesen bas.. tunggu bukan men lame, dye x smpi2.. rupe2nyer...n pk je, sume ni ade hikmahnyer..
yeke.. memang menyedihkan dan pasti terbit rasa sesal kan.. takpe, Allah kata "Kun!" (Jadilah!) maka jadilah sesuatu ketentuan itu.
*hakikatnya Allah tak perlu berkata-kata pun untuk menjadikan sesuatu.
izuan: kita manusia...~perasaan bersalah mesti ada..~~lainla kita ni manusia yang tidak berperikemanusiaan..~
Post a Comment