Wednesday, November 9, 2011

Gaya Memandu dan Sticker

  1. Saya ada terbaca satu artikel yang menarik berkenaan gaya pemanduan golongan Muslimin dan Muslimat di atas jalan raya serta kaitannya dengan akhlak mereka. Hal ini mengusik hati saya kerana sedikit-sebanyak pasti ada yang terkena kepada diri kita sendiri, bukan? Kadang-kala kita akan tergesa-gesa di atas jalan raya tanpa memikirkan natijah perbuatan kita memandu dengan cara sebegitu.
  2. Rancang pemanduan kita sebaiknya. Bergerak awal untuk mengelakkan ketergesaan. Sebenarnya cara kita memandu menjadi petunjuk akhlak kita sendiri. Kita mungkin bersopan-santun di hadapan orang ramai, memendam amarah dan kecil hati yang dialami sehari-hari, namun melampiaskannya di atas jalan raya ketika memandu kereta. Pedal minyak ditekan seolah-olah kaki tu nak tembus ke bawah. Itulah jalan mazmumah ye kawan-kawan (literally).
  3. Kadang-kala kereta kita gah dengan sticker 'Islam Gaya Hidup' dan 'ILuvIslam' namun mencelah dan memotong dengan berbahaya sekali. Jelaslah sticker tersebut hanya hiasan. 'Islam Gaya Hidup' tapi bukan dalam 'gaya pemanduan'. Sticker tu hanya stick di cermin kereta kita, not in our mind.
  4. Semoga kita beringat selalu dalam memandu. Semoga memandu itu menjadi ibadah yang mudah. Amiin.

No comments: