Saturday, September 26, 2009

Oh now I See


Organisation of the Islamic Conference (OIC) telah mencapai usianya yang ke-40 baru-baru ini. Empat puluh tahun bukanlah satu masa yang singkat untuk sesuatu pertubuhan itu menjadi matang dan berkuasa. Sejauh manakah pencapaian yang telah diperlihatkan kepada dunia oleh OIC ini? Negara-negara ahlinya dilihat saling tidak bekerjasama (tidak semua) dan sukar untuk memperolehi kata sepakat dalam menentukan sesuatu pandangan, dasar atau resolusi. Lalu bagaimana mungkin dunia akan berhenti memandang enteng kepada OIC (yang dipersenda sebagai 'Oh, I See') yang dikatakan hanya melihat sahaja kepada permasalahan yang dihadapi oleh negara-negara Islam seperti Palestin dan Iraq? Dengan usia penubuhan OIC yang semakin meningkat adalah diharapkan pertubuhan ini dapat membela nasib negara Islam dan Muslim di serata dunia yang ditindas dan dalam pada itu, suara yang lebih lantang juga diharapkan dapat dilontar seiring dengan pertubuhan dunia yang lain. Namun semua ini hanya tinggal angan-angan jika tiada permuafakatan daripada sesama negara seummah.

No comments: