Friday, April 30, 2010
Terima Kasih SK Bukit Tinggi
Praktikum ketiga yang baru sahaja berakhir sangat mengesankan saya (sebagaimana praktikum-praktikum yang sebelumnya). Banyak ilmu baru yang dapat diteguk di sana samada melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pergaulan dengan pihak pentadbir, guru-guru, pak cik kantin dan murid-murid.
Salah satu daripada pengalaman paling berharga dan bermakna bagi kami adalah apabila kami (barisan guru-guru praktikum) berjaya membantu pasukan Doktor Muda sekolah untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah yang ranum dengan kejayaan-kejayaan yang cukup manis. Tunjuk ajar guru-guru senior sangat membantu kami semua sepanjang berpraktikum di sana.
Menjelang hari-hari terakhir menamatkan praktikum di sana, murid-murid menjadi lebih-lebih-lebih rapat kerana enggan melepaskan peluang bersama kami selagi kami masih berada di sana. Ke hulu ke hilir mereka 'mengusung' kami dan hadiah-hadiah diberikan seikhlas hati mereka. Saya sangat tersentuh melihatkan passion mereka dalam memperlihat penghargaan mereka yang sangat murni kepada kami. Sebagai contoh, ada murid yang menghadiahkan sapu tangan kepada saya kerana memperhatikan saya yang sering menggunakan sapu tangan sedang saya sendiri tidak menyedarinya. Terima kasih murid-murid! Cikgu akan datang lagi. Insya-ALLAH.
Labels:
Bahasa Melayu,
kaca mata saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
congrate sir~
^_^
terima kasih cikgu! :p
Post a Comment