Friday, May 28, 2010

Itanimulli

Baiklah untuk pengenalan kepada mereka yang masih samar-samar berkenaan apakah Illuminati, maka di sini saya akan menerangkan serba-sedikit tentang organisasi 'rahsia' tersebut kepada anda. Penerangan di bawah mungkin kelihatan seperti kisah dongeng di alam fantasi, namun inilah hakikatnya.

Jika anda fikir anda sebenarnya sedang hidup dalam dunia yang selesa, aman, perfect, maka anda silap. Hal ini kerana, terdapat sekumpulan manusia di dunia ini yang bernaung di bawah beberapa pertubuhan, tetapi dengan modus operandi yang sama iaitu untuk menguasai dunia dan mengalu-ngalukan kedatangan Dajjal yang dilaknat, sedang memain-mainkan tali boneka mereka dan membuatkan kita lalai dan leka daripada tugas sebenar kita di muka bumi ini.

Pertubuhan yang saya maksudkan di sini adalah Illuminati. Illuminati merupakan pertubuhan yang menyembah Syaitan dan ingin menguasai dunia dengan pertolongan Syaitan. Tanpa kita sedari, Illuminati secara senyap-senyap cuba menyebarkan dakyah mereka kepada manusia supaya kita terlazim dengan upacara yang mereka lakukan. Illuminati mengagungkan Matahari dan menyelitkan pelbagai simbol keagungan mereka dalam kehidupan seharian kita. Hal ini supaya kita turut mengikut jejak melakukan simbol tersebut tanpa mengetahui maksud di sebaliknya.




Segi tiga dan satu mata merupakan lambang Illuminati yang kita boleh lihat di mana-mana, bahkan lambang tersebut berada di belakang not Dollar Amerika. Lambang tersebut juga digunakan secara meluas dalam bidang hiburan. Saya akan menerangkan lebih lanjut berkenaan penguasaan Illuminati dalam bidang hiburan pada masa akan datang. Ini adalah contoh perlambangan Illuminati melalui saluran Nickelodeon:



Ada sesiapa yang mengenali Aleister Crowley? Cuba google dan baca mengenainya. Dia merupakan pengasas fahaman Satanist, dan inilah gambarnya.



Anda nampak apa-apa persamaan? (Terdapat juga orang Kristian yang memerangi Illuminati ini, kerana Illuminati cuba menyeru Antichrist (Dajjal) dan membawa agenda untuk membunuh Jesus)

No comments: