Sudah lama saya tak menulis entri yang dilabel bawah tajuk facts of everyday life dalam blog saya ni, jadi untuk kali ni, saya nak tulis berkenaan fakta yang ramai orang tak tahu (majoritilah) iaitu saiz bateri yang anda gunakan saban hari. Tapi entri kali ni dalam Bahasa Melayu, yang mana selalunya saya tulis dalam Bahasa Inggeris untuk label facts of everyday life. Untuk entri berikutnya di bawah label ni, saya akan menulis dalam English semula, insyaALLAH.
Ok, berbalik kepada fakta kita. Pernah tak anda bertanya, kenapa tak ada bateri yang dijual itu, bersaiz A atau B? Hanya ada AA, AAA, C dan D. Sebenarnya ada, tapi suatu ketika dulu. Bateri diberi saiz mengikut huruf-huruf bermula dengan A, B, C dan D, secara menaik mengikut saiz. Maknanya A yang terkecil, manakala D yang terbesar. Kita tahu bahawa bateri digunakan untuk memberi kuasa kepada alatan elektronik bukan? Maka setiap alatan elektronik memerlukan bateri yang berbeza saiznya. Sebagai contoh, alat kawalan jauh tidak mampu memuatkan bateri sebesar saiz D.
Zaman semakin maju, dan alatan elektronik semakin kecil. Bateri saiz A dan B sudah tidak dihasilkan kerana tiada alatan elektronik yang memerlukan bateri bersaiz tersebut. Tetapi keturunan (cucu-cicit) bateri saiz A masih ada bersama kita, iaitu bateri bersaiz AA dan AAA. Malah sudah ada bateri bersaiz AAAA tau!
3 comments:
never heard of A and B batteries =P
cakap pasal bateri, teringat cite mase kecik2..
mama suroh g kedai, beli bateri utk ganti bateri remote.. 1st time tuuu nk g bli bateri.. pas tu, mama bg bateri tu, suroh bawak kedai, beli yg same camtuh.. sampai sane, ckp ah ngan pakcik tu, 'pakcik, bateri A.A.A satu.. (sebut hurop A 3 kali..) pastu pakcik tu gelak n suroh ulang lagi skali.. pastu dye jawab 'oooo.. bateri 3A??' lam ati dok bersyukor sbb xde bateri saiz 10 A.. cube bayangkan lau ari tu nk g beli bateri saiz 10 A?? 'pakcik, bateri saiz A.A.A.A.A.A.A.A.A.A. satu!!'
eh?? pjg lak komen ni, ley jd entry bru plak rasenyer.. heee...
Ken: They sure existed before. :)
Jimah anak Encik Din: Hee cerita yang menarik sangat. Betul betul betul! Boleh buat entri baru ni. Buat komik pun ok! :)
Post a Comment