Saya akan menerangkan serba-sedikit tentang satu teknik fotografi yang pada hemat saya sangat jarang diterokai oleh penggemar fotografi di Malaysia iaitu long exposure. (Kali ini dalam Bahasa Melayu =)) Saya sangat meminati teknik ini yang mampu memaparkan situasi drastik, pergerakan imej, dan juga mistik, mengikut cara yang tertentu. Saya yakin ramai yang tahu teknik ini tapi tidak pernah terfikir nak mencubanya. Situasi drastik atau pergerakan imej boleh dicapai apabila mengambil gambar lanskap yang merangkumi awan yang bergerak, atau sungai yang mengalir, mahu pun trafik di waktu malam. Berikut adalah contoh gambar sungai yang saya ambil di Gunung Ledang, namun tidak begitu menarik komposisinya atas sebab-sebab teknikal yang akan saya terangkan nanti.
- Untuk mendapatkan gambar yang menarik menggunakan teknik long exposure, kita wajib mempunyai sebuah tripod untuk memastikan kedudukan kamera yang stabil. Gambar-gambar sungai yang saya ambil di atas tidak menggunakan tripod kerana tertinggal di Kedah masa ni. Jadi letakkan kamera atas apa-apa saja yang kukuh sebagai ganti. Gambar sungai ni tak menarik sebab tak saya compose dengan baik kerana meletakkan kamera di atas batu kecil betul2 di atas sungai, alhamdulillah tak jatuh. Hihi.
- Setkan kamera kepada mod Shutter atau Manual bagi mereka yang lebih profesional, hehe. Gunakan sekurang-kurangnya 8 saat untuk waktu pagi dan lebih lagi apabila mengambil gambar pada waktu malam. Gunakan ND grad filter pada waktu siang untuk mendapatkan efek yang lebih hebat.
- Edit secara digital untuk cropping dan blown out treatment dalam gambar tersebut sekiranya ada. Dalam gambar trafik di atas ada sedikit blown out kalau anda perasan.
Kalau gunakan teknik ni di tepi pantai pada waktu siang, akan menghasilkan satu efek mistik apabila ombak yang membasahi batu akan kelihatan seolah-olah seperti susu atau gas nitrogen mengikut setting dan penggunaan grad filter yang sesuai. Wallahualam.
2 comments:
mesti try =)
air kat sungai atas tu..cntik la..mcm gas..hehe..teringin nyee nak de dslr..eeeeeeeeee
Post a Comment