- Dia dan kawannya masih di warung meneguk sisa kopi o dan membelek akhbar ketika kawannya itu bertanya, "Kau kenal dengan paderi Terry Jones?"
- Dia menjawab, "Paderi Jones yang nak membakar al-Quran dulu tu? Mestilah kenal, dengan misainya ala Hulk Hogannya itu.''
- Kawannya berkata, ''Sekarang dia nak buat benda lain pula, Hari Membakar al-Quran dah tak jadi, sekarang dia nak buat Hari Menghakimi al-Quran. Dia cabar sesiapa yang dapat membuktikan al-Quran tak bersalah terhadap jenayah dan keganasan untuk tampil membela al-Quran. Kalau al-Quran terbukti bersalah, al-Quran akan dihukum dengan dibakar, ditembak atau apa-apa lagi yang difikirkan relevan oleh juri mahkamah tu nanti!''
- Dia menjawab, "Masa nilah orang yang bijak mengkaji kitab ALLAH semacam Ahmad Deedat itu diperlukan, kita buktikan al-Quran itu benar,"
- Kawannya pula berkata dengan semangat, "Benar! Sedang mereka tak sedar bahawa Bible mereka yang beraneka itu yang salah, bahkan ada ayat lucah di dalamnya!''.
- Dia berkata, "Eh, kau tahu tentang itu?" Kawannya pun menjawab dengan bangga, "Mestilah! Aku pun baca juga tulisan-tulisan Ahmad Deedat itu!"
- Dia bertanya lagi, "Eh, kau tahu tak ayat al-Quran ada berapa semuanya?" Kawannya hanya diam lantas meneguk kopi o itu.
Saturday, January 29, 2011
Dia dan Kawannya: Secangkir Kopi O dan Paderi Jones
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
nice2,tp mcm tergantung je..
fa-in: agak-agak kenapa ya? =)
X tau la plak total ayat2 quran ada brapa...
Yg tau bilangn surah je...
Kena research psl quran lg ni...
Anyway nice narration..=)
salam..setakat itu sajalah kita..mmg realiti sekarangkan generasi yg semakin jauh dari alquran..saya turut muhasabah diri bila baca entri ini..terima kasih
realiti hari ini
ramai yang berkata tapi tidak mengetahui
ramai nak berjuang
tetapi tidak ada persediaan
muhasabah diri
hidup megah dengan Islam atau syahid dalam Islam :)
diyana: itulah kita. al-Quran hari2 terletak di sana, tapi kita tak pernah nak membeleknya bukan?
suri: waalaikumsalam. sama2. mari membudayakan al-Quran, membudayakan selawat.
cintajihad: semoga selamanya ISLAM dan mencapai muttaqin. insha ALLAH. Amiin.
Salam. Bagus entry ni utk muhasabah diri. Semangat ada tapi kena usaha lebih utk tambah ilmu di dada :)
mahfuzah: mari sama2 usahakan :)
err tak silap 6666 kot. hehe :)
khairul hisyam: cuba kira betul2 jumlahkan setiap hujung ayat daripada setiap surah :)
Rasanya Ahmadeedat dah meninggal, dalam keaadaan menyayat hati, ada sahabat bercerita. selalu tengok ceramah dia berdebat, antaranya debat dengan Anis Shorrosh. kalau sekarang, kita ada dr. zakir naik sebagai pengkaji quran dan pakar perbandingan agama, terutamanya comparison dengan hindu.
akumuzikfilem: aah sudah meninggal, dengan lumpuh dari leher ke bawah... tapi masih giat menyuruh dakwah menggunakan isyarat mata!
Post a Comment