Friday, February 11, 2011

Diganjar di Penghulu Hari

  1. La ilaha illallah.
  2. Pendek saja bukan? Cuba baca sekali lagi, tetapi cubalah baca dengan lebih asyik - bukan seperti peluru sesat.
  3. Sekarang cuba sebut juga Subhanallah, juga Allahuakhbar, juga selawat atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Modalnya sedikit, ganjarnya banyak.
  4. Kalau malas juga, sebutkan dalam hati saja.
  5. Hari ini Jumaat, banyak pahala berselawat pada hari Jumaat, percuma sahaja! Apa lagi yang kita mahukan?
  6. Tidakkah pernah sedetik terkadang kita merasa betapa kurangnya amal kita yang mudah ini dibandingkan dengan kesalahan yang meluncur deras di celah-celah waktu sepanjang hari ini?
  7. Hasbi ALLAH. Ya Robbi, anta maksudi!

7 comments:

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

nice share......

Humaira' said...

sollu alan nabi!!

izuan said...

ayushida: thanks. :)

humaira': sollallahu ala Muhammad!

Humaira' said...

sollalahua'alaihi wassalam!!

AkuMuzikFilem said...

kalau tidak disedarkan, yang nudah pun tak mampu buat. saling mengingati sebegini memang bagus

AkuMuzikFilem said...

*mudah

izuan said...

semoga ALLAH menguatkan tekad kita.