Kawannya: Apa dia?
Dia: Rugi kau tak pergi masjid semalam.
Kawannya: Eh! Kenapa? Ada apa?
Dia: Itulah kau! Semalam harta pusaka Nabi Muhammad S.A.W dibahagi-bahagikan tau!
Kawannya: Hah? Harta Nabi? Biar betul!
Dia: Iyalah. Semalam mereka bahagi-bahagikan pada semua yang hadir.
Kawannya: Wah, senyap-senyap saja ya! Patut perkara semacam ni dihebahkan!
Bukankah Nabi Muhammad S.A.W tu Nabi kita semua?
Dia: Tak puas hati?
Kawannya: Iyalah! Kalau bab harta tu senyap saja semuanya! Harta Nabi pula tu!
Dia: Jangan risau, kawan. Mari kita ramai-ramai ke masjid kejap lagi.
Mereka masih belum habis membahagi-bahagikan harta Nabi Muhammad itu.
Kawannya: Iya? Wah, mana mereka dapat harta Nabi Muhammad? Betul ke harta Nabi?
Dia: Mestilah betul! Ilmu dan sunnah itulah harta Nabi Muhammad S.A.W yang diwariskan
kepada kita semua! Majlis ilmu itulah majlis membahagikan harta Nabi!
1 comment:
dialog yg mnarik..
Post a Comment