Tuesday, December 6, 2011

Dia dan Kawannya: Secangkir Kopi Untuk Harimau Malaya!


  1. Dia menyelak-nyelak helaian tabloid pagi itu. Kawannya yang dari tadi duduk bertentangan dengannya hanya membaca bahagian belakang tabloid tersebut, bahagian Sukan. Berita kemenangan skuad Harimau Malaya mengekalkan penguasaan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea 2011 berselang-seli dengan pujian melambung terhadap pemain-pemain muda seperti Nazmi Faiz Mansor dan Baddrol Bakhtiar.
  2. "Kau tengok, bangga aku dengan budak-budak muda ni, tahan bermain di tengah-tengah lautan merah penyokong Indonesia yang tak lekang dengan ejekan. Aku tengok macam-macam diorang ejek kita. Malingsia, malaysial.. Upin Ipin pun jadi bahan!"
  3. Dia lantas meletakkan tabloid tersebut di atas meja lalu menghirup kopi o panas yang setia menanti di sisi sejak tadi dengan perlahan-lahan. Lantas diletakkannya cangkir kopi itu semula seraya berkata, "Biarlah. Kita jangan ikutkan sangat mereka tu."
  4. Kawannya membantah, "Mana boleh! Indogs tu perlu diajar! Kurang ajar. Mana semangat patriotik kau?"
  5. Dia tersenyum. "Aku sokong bersukan untuk negara, tapi aku tak sokong perselisihan sesama saudara Islam semata-mata kerana sukan. Kita jangan terpedaya dengan suapan 4F Yahudi tu, Fashion, Football, Food and Fun."
  6. Kawannya berfikir sejenak. Diam dua tiga jurus. "Alah, ini namanya provokasi dalam sukan. Dia uji mental kita dengan ejekan macam tu, kita pun provoke-lah juga, bukan?"
  7. Dia tersenyum lagi. "Aku sokong dan suka bila Malaysia menang. Tapi semangat kesukanan tu penting, kita bersahabat melalui sukan, bukan bermusuhan. Akhlak kita dijaga di mana-mana. Kalau mati masa provoke orang tu, agak-agak husnul khatimah ke su'ul khatimah?"

5 comments:

[PaaN1904] said...

setuju. ^^

snf said...

entry terbaeklah.aum aum harimau malaya.harimau muda!

phyca antares said...

tiada yang dinamakan bangsa indonesia atau malaysia.yang ada cuma bangsa melayu dalam dua negara yang berbeza iaitu indonesia dan malaysia.

mereka yang gagal menerima kenyataan ini cuma segelintir yang tidak pernah buka buku sejarah yang bukan karangan kafir laknatullah.

betulkan aku kalau silap..

.:Insyirah:. said...

islam ttp diutamakan..

elamjaciel said...

Play Slots Online | DrMCD
Play Slots Online by DrMCD. You can 거제 출장안마 enjoy the 거제 출장샵 best games right from our website. Try the free games 부산광역 출장샵 with no registration and read reviews 여수 출장샵 before you 남양주 출장샵 play.