Sunday, June 24, 2012

Pavlova

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

  1. Banyak dugaan yang melanda hidup kebelakangan ini. Pancaroba yang hadir dalam pelbagai bentuk cuba menggugah kesabaran dan kecekalan yang baharu nak berputik dalam diri. Sungguh, kadangkala ujian yang datang itu tidak pernah dijangka, tidak pernah terfikir akan muncul kecuali dalam drama-drama televisyen sahaja, hehe. Namun inilah realiti kehidupan yang baharu sahaja nak dilangkah oleh seorang anak muda (?) seperti saya, haha.
  2. Hati yang tidak kuat menempuh ujian yang pelbagai rupa itu dengan mudahnya akan cepat mengalah dan akan mengambil tindakan kurang cerdik yang bukan sahaja tidak menyumbang ke arah menyelesaikan masalah tersebut bahkan turut memakan diri sendiri dan menjejaskan hablumminannas yang terbina selama ini. Alahai alahai.
  3. Jadi apabila kita disinggahi ujian, maka sambutlah ujian tersebut dengan senyuman seperti mana kita menyambut tetamu yang datang, atau seperti mana seorang cikgu kelas menyambut kehadiran ibu bapa yang hadir untuk Hari Terbuka di sekolah. Cakap (atau tulis) memang kelihatannya mudah namun melaksanakannya amatlah sukar. Nak menggariskan secebis senyuman tatkala ujian datang menerpa kita merupakan usaha yang sangat berat umpama cuba menyebut huruf O tanpa memuncungkan mulut.
  4. "Boleh buat tapi sukar." Ini pesimis. Tukarkan kepada optimis. "Sukar tapi boleh buat".
  5. Dalam pada itu kita kena beringat selalu bahawa ALLAH S.W.T takkan meletakkan ujian itu kepada kita lebih daripada apa yang kita mampu tanggung. Jadi apa yang kita lalui itu semua sudah dinilai oleh ALLAH S.W.T sebagai 'burden-proof' kepada kita. *tiada perkataan burden-proof, harap maklum.
  6. Daripada merengek dengan ujian yang kita hadapi itu, tak kiralah apa jenis ujian pun samada sakit perut, dibenci oleh rakan sekerja/sekuliah, demam, pokai, tayar pancit, laptop rosak, kawan guna ubat gigi sampai habis atau lain-lain, semuanya mampu kita tanggung.
  7. Kalau rasa tak mampu juga dan rasa memang sikap pesimis dan negatif itu tak berjaya dikikis, cuba bayangkan pula bagaimanakah ujian yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin dan Syria itu sekarang ini. Saat ini. Kau ado?

Tuesday, May 15, 2012

Mogok Lapar Di Penjara Israel


  1. Rakyat Palestin dan Arab yang dipenjarakan di penjara Israel sedang melancarkan mogok lapar.
  2. Mari sebarkan khabar ini kepada dunia kerana media antarabangsa tidak menghebahkan perkara ini.
  3. Mereka mogok lapar kerana mahu menuntut hak mereka sebagai POW (prisoners of war) yang telah digariskan oleh undang-undang antarabangsa seperti hak lawatan dan sebagainya, yang mana telah dinafikan oleh Israel.
  4. Setakat entri ini ditulis, lebih 2000 orang sedang mogok lapar sekurang-kurangnya telah masuk hari ke 28 termasuklah hari ini.  Salah seorang daripada mereka yang sedang mogok lapar ini iaitu Bilal Thiab sudah memasuki hari ke 77. Masha ALLAH.
  5. Tukarkan profile picture anda di Facebook dengan gambar ini sebagai tanda sokongan.
  6. Jangan lupa untuk sign petisyen di bawah juga.

Wednesday, May 2, 2012

ALLAH knows.

Whenever you feel sorrow and alone, remember that ALLAH is watching you.



Tuesday, April 24, 2012

Membahagi Harta Pusaka Nabi Muhammad S.A.W

Dia:             Kau nak tahu sesuatu tak?
Kawannya: Apa dia?
Dia:            Rugi kau tak pergi masjid semalam.
Kawannya: Eh! Kenapa? Ada apa?
Dia:            Itulah kau! Semalam harta pusaka Nabi Muhammad S.A.W dibahagi-bahagikan tau!
Kawannya: Hah? Harta Nabi? Biar betul!
Dia:            Iyalah. Semalam mereka bahagi-bahagikan pada semua yang hadir.
Kawannya: Wah, senyap-senyap saja ya! Patut perkara semacam ni dihebahkan!
                   Bukankah Nabi Muhammad S.A.W tu Nabi kita semua?
Dia:            Tak puas hati?
Kawannya: Iyalah! Kalau bab harta tu senyap saja semuanya! Harta Nabi pula tu!
Dia:            Jangan risau, kawan. Mari kita ramai-ramai ke masjid kejap lagi.
                  Mereka masih belum habis membahagi-bahagikan harta Nabi Muhammad itu.
Kawannya: Iya? Wah, mana mereka dapat harta Nabi Muhammad? Betul ke harta Nabi?
Dia:           Mestilah betul! Ilmu dan sunnah itulah harta Nabi Muhammad S.A.W yang diwariskan
                  kepada kita semua! Majlis ilmu itulah majlis membahagikan harta Nabi!

Monday, April 23, 2012

Teratai Besi

Rasulullah S.A.W bersabda, "Mukmin yang paling sempurna imannya adalah Mukmin yang paling baik akhlaknya dan Mukmin yang paling berlemah-lembut terhadap isterinya." (Riwayat at-Tirmizi)



Solat. Kemudian bertebaranlah.


"Dan apabila selesai mengerjakan sembahyang, kamu boleh bertebaran di muka bumi dan carilah kurnia ALLAH, dan ingatlah ALLAH sebanyak-banyaknya, supaya kamu beruntung." Surah al-Jumu'ah (62:10)

Sunday, February 19, 2012

Kehadapan Isteriku

Ahlan wa sahlan ya zaujati.

Selamat datang ke duniaku
yang serba tak sempurna
penuh cacat sarat celanya.
Namun ku tak gusar
kerna itulah maksud
kehadiranmu
melengkapkan sebelah jiwaku
memenuhi setengah hidupku
menyempurnakan separuh
agamaku.

Tuesday, December 6, 2011

Dia dan Kawannya: Secangkir Kopi Untuk Harimau Malaya!


  1. Dia menyelak-nyelak helaian tabloid pagi itu. Kawannya yang dari tadi duduk bertentangan dengannya hanya membaca bahagian belakang tabloid tersebut, bahagian Sukan. Berita kemenangan skuad Harimau Malaya mengekalkan penguasaan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea 2011 berselang-seli dengan pujian melambung terhadap pemain-pemain muda seperti Nazmi Faiz Mansor dan Baddrol Bakhtiar.
  2. "Kau tengok, bangga aku dengan budak-budak muda ni, tahan bermain di tengah-tengah lautan merah penyokong Indonesia yang tak lekang dengan ejekan. Aku tengok macam-macam diorang ejek kita. Malingsia, malaysial.. Upin Ipin pun jadi bahan!"
  3. Dia lantas meletakkan tabloid tersebut di atas meja lalu menghirup kopi o panas yang setia menanti di sisi sejak tadi dengan perlahan-lahan. Lantas diletakkannya cangkir kopi itu semula seraya berkata, "Biarlah. Kita jangan ikutkan sangat mereka tu."
  4. Kawannya membantah, "Mana boleh! Indogs tu perlu diajar! Kurang ajar. Mana semangat patriotik kau?"
  5. Dia tersenyum. "Aku sokong bersukan untuk negara, tapi aku tak sokong perselisihan sesama saudara Islam semata-mata kerana sukan. Kita jangan terpedaya dengan suapan 4F Yahudi tu, Fashion, Football, Food and Fun."
  6. Kawannya berfikir sejenak. Diam dua tiga jurus. "Alah, ini namanya provokasi dalam sukan. Dia uji mental kita dengan ejekan macam tu, kita pun provoke-lah juga, bukan?"
  7. Dia tersenyum lagi. "Aku sokong dan suka bila Malaysia menang. Tapi semangat kesukanan tu penting, kita bersahabat melalui sukan, bukan bermusuhan. Akhlak kita dijaga di mana-mana. Kalau mati masa provoke orang tu, agak-agak husnul khatimah ke su'ul khatimah?"

Thursday, December 1, 2011

Nota Cinta!


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-NYA
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri.

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang DIA tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga.

Cintaku kepada DIA
Rinduku hanya pada-NYA
Kasihku tulus buat-NYA
Setiaku balas kasih-NYA
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya.

Dambaku pada YANG ESA
Pujian hanya buat-NYA
Akurku kebesaran-NYA
Teragung MAHA SUCI-NYA
Taatku hamba yang hina
Pada PENCIPTA.

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-NYA tak pernah akan musnah
Belas rahmat-NYA terus mencurah-curah
Nur Hidayah-NYA semakin cerah.

munsyid: saujana
info gambar: 1/500 sec, f2.8, ISO 100