Saturday, August 13, 2011

Tulis Buat Diri (Ramadhan Reminder!)

Ketika si bulan menjengah membawa khabaran
satu Ramadhan datang mengkelek keberkatan
namun tetamu seterusnya yang kau pandang
si Syawal yang belum tentu dapat kau pegang.

Semasa seruan selawat dan mersiknya lagu furqan
berkumandang saban malam
kau sibuk meratah dan mengunyah
umpama esok tak akan jumpa lagi
melepaskan pula huluran keampunan
yang pasti sukar kau temukan.

Tarbiah Ramadhan singgahnya tak lama
pastikan hujungnya membawa gembira
menggengam ijazah tanda berjaya
mengurus nafsu mendidik jiwa
sebagai bekalan menghadap
sebelas bulan seterusnya.

Friday, August 5, 2011

Lord of Ramadan!

  1. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan! Universiti Ramadhan menjelma lagi dengan menawarkan seribu ganjaran dalam mendidik jiwa kita yang gersang.
  2. Mari menjadi murid yang belajar semula berkenaan apa itu solat jamaah, tadarus al-Quran, infaq, selawat dan zikir.
  3. Suka lagu ni, menaikkan semangat Ramadhan! Pelbagai bahasa dari Inggeris, Arab, Turki dan Jerman! Selamat beramal!


Tuesday, July 26, 2011

Satu Lagi Sebab Untuk Kita Tidak Menggemari Singapura


  1. Mungkin musim bola sepak yang melanda meluap-luapkan kemarahan kita kepada Singapura! Betapa kita berharap pasukan kebangsaan Harimau Malaya akan berjaya menumpaskan pasukan Lions itu dengan jaringan yang besar dalam 2nd leg di Bukit Jalil nanti insha ALLAH.
  2. Namun kita punya satu lagi sebab untuk tidak menggemari Singapura kerana insiden berikut. Salah seorang sukarelawan Malaysia yang terlibat dengan flotilla Mavi Marmara tempoh hari, yang merupakan seorang survivor serangan komando yahudi laknatullah, telah dilarang memasuki negara Singapura kerana keterlibatannya dengan flotilla tersebut!
  3. Passport Tuan Haji Jamuliddin bin Elias diperiksa, beliau ditahan di dalam bilik imigresen dan disoal siasat berkenaan kerja amalnya itu. Ingat pengganas kot... Beliau dilarang memasuki Singapura meskipun tujuannya untuk lawatan kerja, dan dipesan kepada pemandu pelancong yang ingin memasuki Singapura agar tidak membawa rokok, gula-gula getah dan akhir sekali jangan dibawa Haji Jamuliddin bersama.
  4. Terserlah sudah betapa Singapura itu menurut zionis.
  5. Malaysia lawan Singapura di Bukit Jalil.

Friday, July 22, 2011

Oh Ibu Oh Ayah!


  1. Apabila sudah mula bekerjaya, berdikari dan memegang gaji, hidup di atas kaki sendiri.
  2. Namun hati terkadang sunyi, mengenangkan rindunya kehidupan lalu sebagai anak kecil yang dijaga oleh kasihnya ibu dan sayangnya bapa. Kehidupan yang mana perlakuan kita diperhatikan mereka, dan silapnya kita ditegur.
  3. Berharganya masa itu yang 24 jamnya di sisi mereka, sedangkan kini dalam sebulan belum tentu dapat berjumpa.
  4. Sesalnya kini kerana ketika dulu tidak terfikir nikmatnya bersama.
  5. Hargailah ibu dan bapa sementara masih adanya mereka.

*kasihan anak-anak yang hidupnya membesar di asrama, hanya pulang bercuti sebulan dua, kemudian terus ke universiti, lantas terus ke alam pekerjaan hidup sendiri, kurangnya masa dalam hidup mereka di sisi ibu bapa...

Thursday, July 7, 2011

Sepintas: Pantun Enam Kerat Dalam Gambar!

  1. Sudah lama tak tangkap gambar sebab sibuk dengan urusan dunia. :P
  2. Sudah lama juga tak melukis, lepas ni insha ALLAH akan cuba muatnaik lukisan. :P lagi sekali.
  3. Sudah lama juga tak menulis...
  4. Bunga mama lagi.
  5. Menarik tak tajuk entri gambar ni? Bersama hayati maksud pantun tersebut ya! Wassalam.

Tuesday, July 5, 2011

In memories of the friendship.



One of the many sweet memories during our varsity years. Trailer for PENGABADIAN.

Sunday, July 3, 2011

Sepintas!


Mendongak ke langit
Menoleh ke bumi.
Alhamdulillah!

*bunga mama*

Tuesday, June 28, 2011

Kem Motivasi Tahun Enam, Kem Kaizen Pontian



  1. Alhamdulillah program Kem Motivasi Tahun Enam di Kem Kaizen, Pontian, Johor berlangsung dengan selamat.
  2. Pelbagai aktiviti yang mereka (dan kami para guru!) lalui seumpama memanjat gunung, night walk, merentas halangan dan sebagainya. Memang seronok, makan pun kenyang, alhamdulillah! :)
  3. Semoga kem ni sedikit-sebanyak dapat unwind otak murid-murid yang penat belajar di samping menyuntik sedikit aura baru dalam belajar lantas bersedia dalam menghadapi UPSR yang mendatang. Amiin.
  4. Saksikanlah kehebatan cabaran yang dilalui oleh murid-murid dalam video di atas! Yeah! Salam israk mikraj!

Saturday, June 11, 2011

29 Cara Untuk Jadi (Dan Kekal) Kreatif!




  1. Cubalah lakukan, semua orang mempunyai kreativiti, cuma tidak digali. :)
  2. Untuk point nombor 21, jangan ikut peraturan itu bermakna jangan diikutkan sangat peraturan berkreatif. Sebagai contoh, dalam fotografi. Sometimes you have to break from the rule of third or lead-in-line to make a good shot.
  3. Langkah-langkah di atas disyorkan oleh Paulzii. Selamat mencuba!

Thursday, June 9, 2011

Dari Jementah ke Melaka

  1. Cuti dua minggu digunakan untuk menanda tiga ratus lebih set kertas peperiksaan pertengahan tahun yang berlalu sebelum cuti bermula hari itu.
  2. Setelah penat menanda dan membuat kerja-kerja terjemahan yang ditempah oleh klien, dapat juga berjalan-jalan dengan keluarga tercinta ke Melaka.
  3. Seronok walaupun penat, namun masa yang berkualiti itu sungguh priceless. Berikut adalah beberapa gambar haiwan yang dilihat di Taman Rama-Rama dan Reptilia juga Taman Buaya Melaka. Subhanallah!