Sunday, September 29, 2013

Visi Orang Beriman


  1. Ada dua nikmat yang manusia selalu rugi iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan.
  2. Kebaikan itu bukan banyaknya anak atau harta, tapi bertambah ilmu dan amal.
  3. Jangan berdoa perkara yang kecil sahaja seperti anak dan isteri yang ramai atau harta yang banyak, tapi mintalah sesuatu yang lebih besar dan bersifat ukhrawi. (Minta lindungi daripada seksaan api neraka)
  4. Allah tak menjanjikan dunia seperti kekayaan kepada manusia yang beramal soleh, tapi Allah menjanjikan balasan yang kekal iaitu syurga.
  5. Jika meminta syurga, mintalah syurga yang paling tinggi iaitu syurga Firdaus.
  6. Kekayaan itu bukan kekayaan harta benda tapi kekayaan jiwa.
  7. Definisi kekayaan dalam Islam adalah mudah: ada makanan (rezeki) untuk hari ini dan esok.
  8. Apabila seseorang tidak menjaga Allah maka Allah tidak akan menjaganya, bahkan tidak akan menjaga keturunannya.
  9. Tiga perkara yang susah dibuat: memberikan hak kita (masa dsbnya) kepada orang lain, mengingati Allah setiap masa, dan menolong saudara dengan harta.

Monday, June 10, 2013

Janji Semalam


Rona mawar tercalit namamu
Teratas dan semerbak mengundang jeling
Namun kau tetap tabah mengharung
Sekali melangkah pantang berpaling.
Datangkan apa saja!
Datangkanlah!
Penangan globalisasi
Desakan ekonomi
Cekikan insurgensi
Tuduhan anti emansipasi
Persaingan bioteknologi
Perlumbaan ke angkasa tinggi
Ancaman freemasonry
Ugutan illuminati
Watan ini mengundur tak pernah
Kerana janji semalam terpatri sudah.


Sunday, April 21, 2013

Ucapan Tuan Guru Nik Aziz kepada khalayak bukan Islam



  1. Ini merupakan kali pertama saya menghadiri secara live ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, yang juga pertama kali untuk beliau datang ke bandar Kulai. Perhimpunan pada malam 13 April 2013 merupakan anjuran pihak pembangkang sempena Pilihanraya Umum ke 13 di hadapan ibu pejabat parti DAP Kulai.
  2. Beliau dijadualkan berucap sejurus selepas ucapan Penasihat DAP iaitu saudara Lim Kit Siang. Sekarang merupakan musim pilihanraya maka perhimpunan politik ini bertujuan membentangkan serba-sedikit manifesto pakatan rakyat sebagai pembangkang dan menjawab kritikan-kritikan yang dilemparkan parti pemerintah semasa.
  3. Walaubagaimana pun bukanlah sisi politik yang ingin saya bangkitkan di sini. Majoriti daripada hampir 10 000 orang penduduk Kulai yang hadir pada malam itu merupakan penduduk berbangsa Cina (kira-kira 60 ke 70%), lagi pula perhimpunan ini dianjurkan di hadapan pejabat DAP maka hal ini tentulah bukanlah suatu keanehan. Setibanya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke atas pentas disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh hadirin dan lensa kamera tidak putus-putus merakam gambar beliau yang kelihatan sedikit kepenatan. Saudara Lim Kit Siang juga berhenti berucap dan memberikan laluan kepada para hadirin untuk bersorak.
  4. Setelah saudara Lim Kit Siang usai berucap, Tuan Guru pula dijemput untuk memberikan ucapan. Kerusi disediakan untuk beliau duduk sambil berucap. Sememangnya beliau kelihatan letih.
  5. Hal yang mengagumkan saya pada waktu itu merupakan intipati ucapan beliau. Harus diingat bahawa majoriti hadirin pada malam itu merupakan kaum Cina yang bukan beragama Islam. Namun ucapan beliau sarat dengan pengisian agama Islam.
  6. Tuan Guru memulakan dengan sepotong ayat al-Quran yang kemudian menceritakan bagaimana manusia diciptakan dari berbagai-bagai bangsa untuk saling berkenalan. Kemudian beliau menjelaskan bahawa tidak ada ceramah 'politik' kerana yang ada hanyalah ceramah agama. Khutbah Jumaat itu juga adalah ceramah agama. Lantas beliau langsung menyentuh seruan 'Ittaqullah' yang lazim dilafazkan para khatib pada setiap kali solat Jumaat yang mengajak manusia untuk bertaqwa kepada Allah. Tuan Guru menyatakan bahawa semua Muslim harus bertaqwa kepada Allah, tanpa mengira bangsa dan jawatan. Samada guru, petani, ketua jabatan atau sesiapa sahaja.
  7. Tuan Guru kemudian menyatakan bahawa manusia yang hidup melata di bumi Allah haruslah menjalankan perintah Allah. Hukum Allah iaitu hukum hudud juga wajib dilaksanakan, dan sekiranya kita enggan melaksanakannya maka kita disaran untuk mencari atau mencipta bumi yang lain untuk kita diami.
  8. Ceramah agama pada perhimpunan politik sebegini tentulah tidak asing bagi mereka yang biasa mengikuti ceramah Tuan Guru Nik Aziz. Namun saya cukup terkesan dengan kesungguhan beliau menyampaikan ajaran Islam kepada khalayak bukan Islam yang hadir pada malam itu. Hal ini menyebabkan saya terfikir, bilakah masanya saya mengajak bukan Muslim untuk mengenali agama yang benar ini? Pernahkah kita berjumpa dengan rakan sekerja kita yang bukan Islam dan mempelawanya mengenali ALLAH?

Sunday, January 6, 2013

Tiga Jenis Ibadah

Assalamualaikum!

Imam Nawawi kata, ibadah ni ada tiga jenis. Apa dia jenis-jenisnya?


  1. Yang pertama ibadah hamba. Kita hanya buat ibadah sebab takut dengan ALLAH.
  2. Kemudian ibadah saudagar. Kita buat ibadah sebab nak kejar pahala dan syurga. Seolah-olah berjual-beli. Nak beli pahala dan syurga dengan buat amal ibadah. Huhu.
  3. Yang paling hebat, ibadah merdeka. Yang ini, kita buat ibadah atas sebab memanjatkan kesyukuran, tanggujawab dan malu dengan ALLAH. Ada?
Selalunya ibadah kita berpusar antara kategori satu dan dua tu saja kan? :(



Monday, December 24, 2012

Sekitar IFRD - Part 1 (Kehebatan Pejuang)

Assalamualaikum! 

Alhamdulillah seminggu sebelum kembali bekerja, dapat juga menimba pengalaman dan bertemu dengan pejunag-pejuang Islam yang tak pernah penat membantu sesama ummah yang ditimdas, walau di mana juga mereka berada.

Sepanjang 18 Disember sehingglah 20 Disember 2012, satu persidangan meja bulat IFRD (International Federation for Relief and Development) telah diadakan di Hotel Quality, Shah Alam. Perjumpaan kali ni dihoskan oleh Yayasan Amal Malaysia yang aktif membantu ummah kita yang memerlukan. IFRD ni sebenarnya gabungan NGO-NGO antarabangsa yang sepakat memberi bantuan kepada Muslim yang kesusahan macam di Palestin, Myanmar, India dan juga yang terbaharu di Syria. Tujuan mereka ni datang adalah untuk membincangkan pelan tindakan untuk membantu etnik Rohingya di Myanmar.

Antara NGO yang hadir datang dari Turki, Kanada, Arab, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain. Mereka ni semua golongan profesional yang gaji mahal-mahal, pakai iPhone, bersut tapi ilmu agama yang ada pada mereka ni buat kita jadi segan. Ustaz Temel sebagai contoh, beliau ni engineer dari Turki tapi tangan tu tak henti-henti main tasbih, bukan main Temple Run kat iPhone.

Brother Abdul Aziz dari Pakistan, engineer juga, siap ada cawangan pejabat kat Kuala Lumpur, tapi bila nak buat speech masa dalam bus tu, tiba-tiba dia boleh teringat satu ayat al-Quran. Surah An-Nisa ayat 75. Apalagi kita pun kelam-kabut cari maksudnya dalam handphone. Beliau boleh relate ayat ni dengan situasi yang berlaku kepada etnik rohingya di Myanmar. Allah. Hebat-hebat.


Tuesday, December 11, 2012

Persembahan Kedua

Degup-degup cinta yang masih tersisa
Dipungut lemah ke lamanku yang biasa
Menyusun rasa menyulam semula
Moga diterima persembahan kedua.

Menitipkan bunga terungkai masa
Menutupi cela dan cacamerba
Supaya halwanya di pandangan mata
Walaupun nilainya seberapa cuma.

Namun bukan perhiasan 
yang Kau mahukan
Tapi seuntai keikhlasan balutan amalan
Meski ringkasnya menjadi taruhan
Manusia abdinya ikut kemampuan
Moga diterima dengan belas
Dan penuh kasihan.

Wednesday, October 3, 2012

Peluru, Kata dan Kepala


  1. Maka saudara-saudari yang menulis di blog tu, harap menulis perkara yang benar-benar belaka.
  2. Jangan sampai kita menyebarkan benda yang palsu apatah lagi fitnah. Jenuh nak jawab di akhirat nanti. Kena kira berapa unique views dengan click ratio lagi. Bukan nuffnang saja kira ni.
  3. Peringatan untuk saya juga. Hah.

Monday, October 1, 2012

Bila Nur Melimpah Di Hati (Cover)



  1. My version of Bila Nur Melimpah Di Hati.
  2. This is my first try so I know there were lots of technical mistakes.
  3. If you decided to watch the video, it will help if you use a pair of headphones as some sounds were a little bit quiet for laptop speakers.
  4. Enjoy. Hah.
Bila nur melimpah di hati
Manusia itu bangun
Dari alam kegelapan
Ibarat mata yang berseri(2X)

Meratapi mentari pagi yang
Indah dan cerah menerangi
Kerana iman dan juga islam
Telah menjadi keyakinan

Bila quran dan sunnah didaulatkan
Ketika itu jiwa dikorbankan
Harta kemewahan dilaburkan
Demi untuk agama kebenaran ( 2X )

Friday, September 28, 2012

Hari Kanak-kanak SKBP 2012 (Children's Day)


  1. Sekitar sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah kami.
  2. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan mewarna, nyanyian, pakaian beragam, sukaneka dan juga kolaj.
  3. Antara acara yang best adalah menonton keletah anak-anak ni masa pakaian beragam, memang cumillll.

Thursday, September 6, 2012

Kepada ALLAH dia kembali.

Bismillah. Assalamualaikum.

Salah seorang daripada murid yang saya kasihi telah selamat kembali ke rahmatullah pada 2 Syawal 1433 yang lalu. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Tubuh bernama Hafiz yang pada tahun 2012 ini berusia 11 tahun merupakan seorang murid/insan yang sangat baik. Arwah merupakan anak murid yang saya ajar sepanjang tahun lepas (2011) semasa beliau berada di tahun empat.

Beliau sangat rajin ke masjid bersama ayahnya. Boleh kata setiap waktu solat Hafiz ada mengikut ayahnya ke masjid untuk menunaikan solat fardhu. Kemudian dia akan setia duduk di sisi ayahnya yang sedang mendirikan solat ba'diyah.

Setiap hari Jumaat yang berkat pula, arwah akan menolong melipat sejadah-sejadah di masjid dan menyimpan tabung-tabung derma setiap kali usai solat Jumaat.

Arwah Hafiz sakit sudah lama. Ada ketumbuhan. Bukan sekali operasi dilakukan. Sudah lama dia tak mampu ke sekolah untuk sesi tahun ini. Hanya terlantar sakit. Saya juga agak terkilan apabila tidak berkesempatan untuk menziarahnya semasa dia sakit.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah saya dapat juga peluang untuk bertemu dengan Hafiz dalam kurang lebih sebulan sebelum dia dibedah untuk kali terakhirnya. Ketika itu kami baharu sahaja selesai solat Jumaat. Hafiz berpakaian jubah dan mengenakan kopiah putih. Bersih wajahnya. Saya menghulur salam dan dia menyambutnya dengan segaris senyuman tak berdosa. Dia tidak menunjukkan sebarang riak sakit dan hanya mengatakan bahawa dia akan dibedah sekali lagi apabila saya bertanyakan keadaannya. Dan itulah kali terakhir saya melihatnya.

Kini tiada lagi bayang Hafiz di masjid. Tidak kelihatan lagi susuk anak itu yang melipat sejadah atau mengutip tabung-tabung derma masjid untuk disimpan di bilik bilal. Dan malam tadi sebelum meninggalkan masjid, saya melihat dari jauh ayahnya mendirikan solat ba'diyah Isyak sendirian.

Al-Fatihah.