Tuesday, March 1, 2022

Webinar Apple Teacher


Jom ikuti Webinar Apple Teacher yang akan berlangsung di YouTube. Semua guru boleh ikuti tanpa mengira anda pengguna Apple atau tidak. Mata kredit SPLKPM dan sijil khas dari Apple Professional Learning Malaysia akan diberikan kepada anda. Bagi yang sudah mempunyai Apple ID, pengguna iPhone, iPad atau Mac, inilah masanya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan cara menggunakan sepenuhnya peranti anda dan boleh dapatkan juga sijil antarabangsa Apple Teacher!


WEBINAR PENSIJILAN DELIMA : APPLE TEACHER, JOHOR 2022


🗓 Tarikh : 1 MAC 2022 (SELASA)

⏰ Masa : 9:30 pagi - 11:00 pagi (GMT+8) 

🏢 Tempat : Secara dalam talian di saluran Youtube, Webinar JPN Johor : http://bit.ly/sijilapplejohor  atau https://youtu.be/S7QZdbwDiJA


Pautan Poster Program : https://bit.ly/3HjiW5o


Pembimbing :


1. KAMARIAH SALIM

Apple Professional Learning Provider

DELIMa Apple Influencer

Penolong Pengarah, JPN Johor


2. MOHD NORIZUAN A RAHMAN

DELIMa Apple Influencer

Apple Teacher

SK Bandar Putra, Kulai


3. MOHAMMAD YUSOF ABD LATIP

DELIMa Apple Influencer

Apple Teacher

SK Polis Kem, Kulai


Keperluan Sesi Latihan Webinar

✅Komputer / Laptop / Telefon Pintar

✅Capaian internet yang stabil


Manfaat untuk anda : 

✅ Sijil Apple Profesional Learning Malaysia (APLM)

✅ Mata kredit dan e-sijil SPLKPM

===========================

Pelbagai info Sumber dan Teknologi Pendidikan : @sstpjpnjohor


 


Monday, February 28, 2022

Pengumuman.







Perhatian!

Buat pengunjung-pengunjung pasar dunia

Yang sedang sibuk memilih kehendak hati

Yang sedang sibuk menawar itu dan ini

Yang sedang sibuk menjamu mata 

Yang sedang sibuk mengumpul harta

Pengumuman ini untuk anda!


Perhatian tuan-tuan!

Di sebelah sana seorang anak kecil

Merayau-rayau mencari-cari ibunya

Menjerit kelaparan namun kalimahnya tenggelam

Dek riuhnya suara tuan-tuan.


Di belakang sini seorang tua

Menadah tangan meminta belas

Menggigil sejuk tidur tak beralas

Rumahnya terbakar keluarganya mati semua

Dibakar oleh jirannya sendiri

Jirannya yang tuan-tuan pergi membeli.


Perhatian!

Perhatian tuan-tuan!

Pasar dunia akan ditutup sebentar lagi.

Sudah cukupkah bekalan dibeli?


Saturday, February 19, 2022

Teduh Entah Bila


Langit kelam itu semakin suram

Angin keras menerjah pintu hidup

Yang hanya dipegang oleh selak percaya.


Penghuni itu utuh berpaut pada tiang-tiang iman

Agar tak terlontar keluar dari pondok pengharapan

Dengan tegap menggenggam kepingan papan-papan azam yang bergetaran

Ditujahi ribut ujian.


Walau mentari selesa tak pernah muncul

Walau taufan peperangan dan petir benci melanggar 

Selagi takwa membaluti hati

Selagi tekad menopang jasmani

Selagi itu rumah ini berdiri.

Tuesday, November 5, 2013

Berhijrahlah atau dihijrahkan!

Hijrah dari segi bahasa membawa maksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Semua orang akan dan perlu berhijrah, dan orang yang tidak berhijrah juga akan dihijrahkan. Kita berhijrah dari tempat ke tempat, berhijrah dari ideologi lama ke ideologi baru, dari fesyen lama ke fesyen baru, dari kereta lama ke kereta baru, kitab lama ke kitab baru, atau dihijrahkan dari waktu muda ke waktu tua, atau alam fana ke alam baqa. Bersamalah kita berhijrah kepada yang lebih baik. Sesungguhnya orang yang hari ini sama seperti semalam adalah rugi, orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam pula adalah celaka. Dan orang yang hari esok adalah lebih baik daripada hari ini adalah golongan yang beruntung.

Bersama hayati pengorbanan hijrah Nabi Muhammad sollallahu alayhi wasallam sejauh 400++ km ini.

Sunday, October 27, 2013

Hubungan Manusia dengan Syaitan

  1. Tiada seorang pun bayi yang dilahirkan tanpa adanya gangguan syaitan sebab itulah mereka menangis.
  2. Iblis adalah ketua kepada syaitan.
  3. Manusia yang menyeleweng daripada kebenaran juga dipanggil syaitan, begitu juga orang yang mengganggu orang lain beribadat dan berbuat kebaikan.
  4. Syaitan menjadikan manusia bercita-cita tinggi dan berangan-angan umur masih panjang (untuk menangguhkan ibadah).
  5. Iblis bersumpah dengan dua perkara; menghias dunia untuk manusia cintai, dan kedua menyesatkan manusia.
  6. Syaitan datangi manusia dari kanan, kiri, depan dan belakang.
  7. Dari kanan syaitan membuat manusia ragu-ragu akan akhirat, dari kiri membuat manusia cintai dunia, dari belakang membuat manusia ragu-ragu akan pertemuan dengan Allah, dari belakang menanamkan manusia dengan cinta perkara-perkara yang akan binasa.
  8. Iblis menyesatkan manusia dengan sifat hasad dan tamak.
  9. Mata orang yang marah adalah mata syaitan, bisikan kata-katanya adalah wahyu syaitan.
  10. Syaitan menjadi utusan (orang ketiga) ketika lelaki bersama-sama perempuan yang bukan mahram, yang bukan suami atau isterinya.
  11. Tidaklah seorang anak Adam berjanji untuk kembali kepada Allah kecuali syaitan memastikan janji itu akan gagal. Maka mintalah pertolongan kepada Allah. (In shaa Allah, dengan izin Allah).
  12. Ibadah bukan merupakan kekuatan fizikal tapi taufiq.
  13. Syaitan tidur dalam lubang hidung manusia, syaitan masuk ke dalam badan manusia melalui mulut kerana roh masuk melalui mulut.
  14. Suami isteri bercium mulut kerana di situ tempat pertemuan dua roh, tidak dekat hubungan suami isteri jika tidak bercium.

Sunday, September 29, 2013

Visi Orang Beriman


  1. Ada dua nikmat yang manusia selalu rugi iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan.
  2. Kebaikan itu bukan banyaknya anak atau harta, tapi bertambah ilmu dan amal.
  3. Jangan berdoa perkara yang kecil sahaja seperti anak dan isteri yang ramai atau harta yang banyak, tapi mintalah sesuatu yang lebih besar dan bersifat ukhrawi. (Minta lindungi daripada seksaan api neraka)
  4. Allah tak menjanjikan dunia seperti kekayaan kepada manusia yang beramal soleh, tapi Allah menjanjikan balasan yang kekal iaitu syurga.
  5. Jika meminta syurga, mintalah syurga yang paling tinggi iaitu syurga Firdaus.
  6. Kekayaan itu bukan kekayaan harta benda tapi kekayaan jiwa.
  7. Definisi kekayaan dalam Islam adalah mudah: ada makanan (rezeki) untuk hari ini dan esok.
  8. Apabila seseorang tidak menjaga Allah maka Allah tidak akan menjaganya, bahkan tidak akan menjaga keturunannya.
  9. Tiga perkara yang susah dibuat: memberikan hak kita (masa dsbnya) kepada orang lain, mengingati Allah setiap masa, dan menolong saudara dengan harta.

Monday, June 10, 2013

Janji Semalam


Rona mawar tercalit namamu
Teratas dan semerbak mengundang jeling
Namun kau tetap tabah mengharung
Sekali melangkah pantang berpaling.
Datangkan apa saja!
Datangkanlah!
Penangan globalisasi
Desakan ekonomi
Cekikan insurgensi
Tuduhan anti emansipasi
Persaingan bioteknologi
Perlumbaan ke angkasa tinggi
Ancaman freemasonry
Ugutan illuminati
Watan ini mengundur tak pernah
Kerana janji semalam terpatri sudah.


Sunday, April 21, 2013

Ucapan Tuan Guru Nik Aziz kepada khalayak bukan Islam



  1. Ini merupakan kali pertama saya menghadiri secara live ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, yang juga pertama kali untuk beliau datang ke bandar Kulai. Perhimpunan pada malam 13 April 2013 merupakan anjuran pihak pembangkang sempena Pilihanraya Umum ke 13 di hadapan ibu pejabat parti DAP Kulai.
  2. Beliau dijadualkan berucap sejurus selepas ucapan Penasihat DAP iaitu saudara Lim Kit Siang. Sekarang merupakan musim pilihanraya maka perhimpunan politik ini bertujuan membentangkan serba-sedikit manifesto pakatan rakyat sebagai pembangkang dan menjawab kritikan-kritikan yang dilemparkan parti pemerintah semasa.
  3. Walaubagaimana pun bukanlah sisi politik yang ingin saya bangkitkan di sini. Majoriti daripada hampir 10 000 orang penduduk Kulai yang hadir pada malam itu merupakan penduduk berbangsa Cina (kira-kira 60 ke 70%), lagi pula perhimpunan ini dianjurkan di hadapan pejabat DAP maka hal ini tentulah bukanlah suatu keanehan. Setibanya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke atas pentas disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh hadirin dan lensa kamera tidak putus-putus merakam gambar beliau yang kelihatan sedikit kepenatan. Saudara Lim Kit Siang juga berhenti berucap dan memberikan laluan kepada para hadirin untuk bersorak.
  4. Setelah saudara Lim Kit Siang usai berucap, Tuan Guru pula dijemput untuk memberikan ucapan. Kerusi disediakan untuk beliau duduk sambil berucap. Sememangnya beliau kelihatan letih.
  5. Hal yang mengagumkan saya pada waktu itu merupakan intipati ucapan beliau. Harus diingat bahawa majoriti hadirin pada malam itu merupakan kaum Cina yang bukan beragama Islam. Namun ucapan beliau sarat dengan pengisian agama Islam.
  6. Tuan Guru memulakan dengan sepotong ayat al-Quran yang kemudian menceritakan bagaimana manusia diciptakan dari berbagai-bagai bangsa untuk saling berkenalan. Kemudian beliau menjelaskan bahawa tidak ada ceramah 'politik' kerana yang ada hanyalah ceramah agama. Khutbah Jumaat itu juga adalah ceramah agama. Lantas beliau langsung menyentuh seruan 'Ittaqullah' yang lazim dilafazkan para khatib pada setiap kali solat Jumaat yang mengajak manusia untuk bertaqwa kepada Allah. Tuan Guru menyatakan bahawa semua Muslim harus bertaqwa kepada Allah, tanpa mengira bangsa dan jawatan. Samada guru, petani, ketua jabatan atau sesiapa sahaja.
  7. Tuan Guru kemudian menyatakan bahawa manusia yang hidup melata di bumi Allah haruslah menjalankan perintah Allah. Hukum Allah iaitu hukum hudud juga wajib dilaksanakan, dan sekiranya kita enggan melaksanakannya maka kita disaran untuk mencari atau mencipta bumi yang lain untuk kita diami.
  8. Ceramah agama pada perhimpunan politik sebegini tentulah tidak asing bagi mereka yang biasa mengikuti ceramah Tuan Guru Nik Aziz. Namun saya cukup terkesan dengan kesungguhan beliau menyampaikan ajaran Islam kepada khalayak bukan Islam yang hadir pada malam itu. Hal ini menyebabkan saya terfikir, bilakah masanya saya mengajak bukan Muslim untuk mengenali agama yang benar ini? Pernahkah kita berjumpa dengan rakan sekerja kita yang bukan Islam dan mempelawanya mengenali ALLAH?

Sunday, January 6, 2013

Tiga Jenis Ibadah

Assalamualaikum!

Imam Nawawi kata, ibadah ni ada tiga jenis. Apa dia jenis-jenisnya?


  1. Yang pertama ibadah hamba. Kita hanya buat ibadah sebab takut dengan ALLAH.
  2. Kemudian ibadah saudagar. Kita buat ibadah sebab nak kejar pahala dan syurga. Seolah-olah berjual-beli. Nak beli pahala dan syurga dengan buat amal ibadah. Huhu.
  3. Yang paling hebat, ibadah merdeka. Yang ini, kita buat ibadah atas sebab memanjatkan kesyukuran, tanggujawab dan malu dengan ALLAH. Ada?
Selalunya ibadah kita berpusar antara kategori satu dan dua tu saja kan? :(



Monday, December 24, 2012

Sekitar IFRD - Part 1 (Kehebatan Pejuang)

Assalamualaikum! 

Alhamdulillah seminggu sebelum kembali bekerja, dapat juga menimba pengalaman dan bertemu dengan pejunag-pejuang Islam yang tak pernah penat membantu sesama ummah yang ditimdas, walau di mana juga mereka berada.

Sepanjang 18 Disember sehingglah 20 Disember 2012, satu persidangan meja bulat IFRD (International Federation for Relief and Development) telah diadakan di Hotel Quality, Shah Alam. Perjumpaan kali ni dihoskan oleh Yayasan Amal Malaysia yang aktif membantu ummah kita yang memerlukan. IFRD ni sebenarnya gabungan NGO-NGO antarabangsa yang sepakat memberi bantuan kepada Muslim yang kesusahan macam di Palestin, Myanmar, India dan juga yang terbaharu di Syria. Tujuan mereka ni datang adalah untuk membincangkan pelan tindakan untuk membantu etnik Rohingya di Myanmar.

Antara NGO yang hadir datang dari Turki, Kanada, Arab, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain. Mereka ni semua golongan profesional yang gaji mahal-mahal, pakai iPhone, bersut tapi ilmu agama yang ada pada mereka ni buat kita jadi segan. Ustaz Temel sebagai contoh, beliau ni engineer dari Turki tapi tangan tu tak henti-henti main tasbih, bukan main Temple Run kat iPhone.

Brother Abdul Aziz dari Pakistan, engineer juga, siap ada cawangan pejabat kat Kuala Lumpur, tapi bila nak buat speech masa dalam bus tu, tiba-tiba dia boleh teringat satu ayat al-Quran. Surah An-Nisa ayat 75. Apalagi kita pun kelam-kabut cari maksudnya dalam handphone. Beliau boleh relate ayat ni dengan situasi yang berlaku kepada etnik rohingya di Myanmar. Allah. Hebat-hebat.