Monday, November 16, 2009
2012!
Mengapa 2012? Ya, tahun yang dinyatakan sebagai tahun berlakunya kiamat oleh kaum Mayan beribu tahun dahulu. Lantas kepercayaan ini diangkat di Hollywood sebagai subjek filem yang mampu menarik penonton seantero dunia lantaran kegusaran dan ketakjuban mereka untuk melihat bagaimanakah kiamat itu mengikut kaca mata pengarah Barat.
Salahkah menonton filem sebegitu? Pada hemah saya (pendapat peribadi saya yang kurang arif) menonton filem sebegini menarik minat saya kerana saya terhibur untuk melihat interpretasi Barat terhadap hari kiamat serta bagaimana mereka merancang untuk menghadapinya kelak.
Sebenarnya dari manakah datangnya ilham kiamat itu pada tahun 2012? Seperti yang dinyatakan awal tulisan saya tadi, kaum Mayan telah meramalkan hal tersebut dan menuliskannya di dalam kitab mereka dan inilah perkara yang dirujuk oleh pengarah Barat tersebut. Ramai manusia Barat yang percaya akan hal ini walaupun mereka beragama Kristian yang tidak pernah menyatakan akan datangnya kiamat pada 2012 (setakat kitab Bible terbaru olahan mereka sendiri).
Tapi bagaimanakah kaum Mayan mampu meramalkan hal sebegini? Kisah menyatakan bahawa kaum Mayan pernah didatangi oleh seorang yang mengajarkan ilmu senibina dan astrologi yang hebat sehingga mereka mampu membina binaan yang mahsyur dan membuat kalendar yang mampu meramal sehingga masa hadapan- dan orang itu disebut sebagai Samiri atau nama lainnya Dajjal (Laknat ke atasnya). Dajjal diketahui umum umat Islam bahawa dia dikurniakan ilmu senibina dan sihir yang tinggi serta bertujuan merosakkan manusia, yang mana perancangannya melangkaui zaman sehingga ke hari berlakunya kiamat. Dalam pada itu, sumber tertentu mengakui bahawa memang akan berlaku sedikit perubahan kosmik pada penghujung tahun 2012 yang mana mengukuhkan lagi kepercayaan kaum Mayan tersebut.
Walaubagaimana pun, saya berpendapat bahawa agenda di sebalik 2012 adalah penguasaan rejim Yahudi dengan pimpinan Dajjal itu sendiri kelak. Sebentar, bagaimana kesimpulan begini dibuat sedangkan 2012 itu filem yang meramalkan hari kiamat? Semua itu ada perkaitannya yang tersendiri kerana terdapat penerapan ideologi Dajjal di dalam filem tersebut yang sangat nyata yang akan saya ulas kelak dalam label yang sama.
Labels:
Bahasa Melayu,
Dajjal,
Freemason,
Illuminati,
kaca mata saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sokong sekali, menonton filem mereka ingin tahu pandangan mereka tentang benda yang akan dihadapai semua orang tak kira agama, dan cara menghadapinya
Post a Comment