Monday, August 23, 2010

TRAILER ''PENGABADIAN'' - Sebuah Filem Pendek


Sebuah trailer untuk filem pendek yang saya arahkan dengan bantuan rakan-rakan sempena majlis makan malam perpisahan 'A Night to Remember' semester lapan nanti. Uh, sudah hampir ke penghujung pertemuan rupanya kita di era pengajian ijazah... Terima kasih sahabat-sahabat.

Pelakon Utama: Shah, Hanif
Pelakon Tambahan: Zul, Sabri, Izuan
Pelakon Undangan: Syahir, Qarnur
Idea dan Konsep Asal: Izuan, Sabri, Hanif
Sinematografi: Izuan
Penyunting: Izuan
Penolong Pengarah: Sabri
Pengarah: Izuan

Thursday, August 19, 2010

Selipar Jepun di Malaysia


Salam Ramadhan! Lama sudah tak dikemaskini blog ni, disebabkan sibuk dengan kesibukan buatan (dunia) dan cuba menyibukkan diri dalam bulan yang penuh barakah ni. Semoga kita terus tabah mengharungi pertarungan ini, kerana Ramadhan adalah bulan jihad untuk kita melawan kemalasan diri, malas nak bangun sahur, malas nak ke masjid, malas nak baca al-Quran...

Ok, tujuan utama entri ini adalah untuk memenuhi permintaan Ahmad Aizuddin atau nama FBnya Zanarkand Tidus yang ingin saya menyoroti asal-usul selipar jepun di Malaysia. Selipar jepun mudah dipakai, murah dibeli dan berguna dalam permainan tuju tin.

Sebenarnya siapakah yang membawa selipar ini ke Malaysia dan mengapakah selipar ini dinamakan selipar jepun?

Terdapat banyak teori dan pendapat yang dikemukakan tetapi antara yang paling berasas adalah selipar ini dibawa oleh tentera Jepun ke Tanah Melayu. Pada zaman dahulu, orang-orang Melayu tidak memakai alas kaki dan mereka perlu mencuci kaki sebelum naik ke rumah, sebab itu mereka menyediakan tempayan dan batok di hadapan rumah mereka. Golongan yang menggunakan alas kaki hanyalah golongan bangsawan yang kaya-raya. Kedatangan tentera Jepun telah membawa kepada pengenalan rekabentuk selipar berselit seperti di atas. Hal ini membolehkan mereka berjalan dengan lebih pantas berbanding mereka yang menggunakan alas kaki jenis sandal atau terompah pada masa itu.

Tentera Jepun juga dikatakan gemar menyeksa tahanannya menggunakan selipar, samada dengan cara menampar menggunakan selipar tersebut dan sebagainya. Sejauh manakah kebenaran hal ini tidak dapat diketahui, namun tentera Jepun dahulu memang terkenal dengan penyeksaan dan kekejaman mereka. Selipar jepun bukan diperkenalkan oleh seseorang yang bermata sepet seperti orang jepun atau bernama Ahmad Je pun. Tamat. Japanese Slipper bukanlah sejenis selipar Jepun tetapi sejenis koktail. Haram minum.

Monday, August 2, 2010

Klinik Matematik, Sajak dan pautan!



Sangat-sangat sibuk seminggu dua ini. Baru sahaja pulang ke maktab setelah melaksanakan pelbagai projek dan menjalankan kajian tindakan di sekolah. Video di atas adalah video klinik Matematik yang kami laksanakan di sekolah bukit tinggi.

Sedikit update, saya telah sediakan link ke portfolio (belum sempat kemaskini) dan channel youtube saya, jadi silakanlah melawat ya!


Seperkara lagi, saya sangat gembira kerana sajak saya berjudul Terbang telah diterbitkan dalam akhbar Berita Minggu sebanyak dua kali iaitu pada 18 April 2010 dan 2 Mei 2010. I'm published!