Monday, December 24, 2012

Sekitar IFRD - Part 1 (Kehebatan Pejuang)

Assalamualaikum! 

Alhamdulillah seminggu sebelum kembali bekerja, dapat juga menimba pengalaman dan bertemu dengan pejunag-pejuang Islam yang tak pernah penat membantu sesama ummah yang ditimdas, walau di mana juga mereka berada.

Sepanjang 18 Disember sehingglah 20 Disember 2012, satu persidangan meja bulat IFRD (International Federation for Relief and Development) telah diadakan di Hotel Quality, Shah Alam. Perjumpaan kali ni dihoskan oleh Yayasan Amal Malaysia yang aktif membantu ummah kita yang memerlukan. IFRD ni sebenarnya gabungan NGO-NGO antarabangsa yang sepakat memberi bantuan kepada Muslim yang kesusahan macam di Palestin, Myanmar, India dan juga yang terbaharu di Syria. Tujuan mereka ni datang adalah untuk membincangkan pelan tindakan untuk membantu etnik Rohingya di Myanmar.

Antara NGO yang hadir datang dari Turki, Kanada, Arab, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain. Mereka ni semua golongan profesional yang gaji mahal-mahal, pakai iPhone, bersut tapi ilmu agama yang ada pada mereka ni buat kita jadi segan. Ustaz Temel sebagai contoh, beliau ni engineer dari Turki tapi tangan tu tak henti-henti main tasbih, bukan main Temple Run kat iPhone.

Brother Abdul Aziz dari Pakistan, engineer juga, siap ada cawangan pejabat kat Kuala Lumpur, tapi bila nak buat speech masa dalam bus tu, tiba-tiba dia boleh teringat satu ayat al-Quran. Surah An-Nisa ayat 75. Apalagi kita pun kelam-kabut cari maksudnya dalam handphone. Beliau boleh relate ayat ni dengan situasi yang berlaku kepada etnik rohingya di Myanmar. Allah. Hebat-hebat.


Tuesday, December 11, 2012

Persembahan Kedua

Degup-degup cinta yang masih tersisa
Dipungut lemah ke lamanku yang biasa
Menyusun rasa menyulam semula
Moga diterima persembahan kedua.

Menitipkan bunga terungkai masa
Menutupi cela dan cacamerba
Supaya halwanya di pandangan mata
Walaupun nilainya seberapa cuma.

Namun bukan perhiasan 
yang Kau mahukan
Tapi seuntai keikhlasan balutan amalan
Meski ringkasnya menjadi taruhan
Manusia abdinya ikut kemampuan
Moga diterima dengan belas
Dan penuh kasihan.