Saturday, January 1, 2011

Photography 101: Niat (Intentions)


Kali ini saya bukan hendak berbicara tentang aspek teknikal sesuatu fotografi, bukan juga aspek seni daripada segi komposisi, teknik editing atau sebagainya. Cuma mahu kita merenung kembali, apakah niat kita selama ini semasa kita melibatkan diri dalam fotografi ini. Adakah gambar-gambar yang kita compose and capture itu untuk menunjuk-nunjuk kehandalan kita bermain dengan kamera atau menunjukkan kecanggihan gears yang kita miliki?

Marilah kita sedar/insaf bahawa seni fotografi ni sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan kebesaran ALLAH SWT yang Maha Kuasa. Biar orang yang melihat gambar-gambar yang kita tunjukkan itu sampai berkata "Oh, hebatnya!" Bukan tukang gambar tu yang hebat, tapi pujian itu kepada ALLAH SWT, oleh kerana gambar-gambar bunga, air terjun, embun, kucing, bayi dan sebagainya yang kita tangkap itu menzahirkan kekuasaan ciptaan ALLAH SWT. Kita cuma membantu menunjukkan apa yang sudah sedia dicipta oleh ALLAH SWT, bukan?


Seperkara lagi, biarlah gambar-gambar yang kita ambil itu tidak mendedahkan aurat orang lain, atau mendedahkan aib mereka. Hmm, pasti kita tak nak dividen daripada saham buruk tu kan... Bayangkan, berapa ramai orang yang punya akses kepada gambar-gambar tu...

5 comments:

Annaz Mohd said...

nice...

ira mohd said...

betol. niat tu penting. niat yang betol nescaya hasilnya akan menarik dan berjaya. gud luck (^_^)

wunny said...

niat merupakan pmulaan mlakukan 1 kerja:)

Kerikkerik said...

ya betul. byk yg sy blajar from fotografi, as well as, the camera itself. bila pegang je kamera utk snap pic, akan rasa "subhanallah"! betapa agungnya ciptaan ALLAH. menciptakan alam dan mata utk kita lihat alam ni sejelas yg mungkin. kamera tercanggih dlm abad ni pun kalah dengan mata yg ALLAH bg ni.

.:Insyirah:. said...

"Innamal a'maalu binniat.."