Sunday, January 16, 2011

Shh! Azan!

  1. Kalau saat lagu Negaraku berkumandang kita berdiri tegak, senyap tanda hormat, namun saat azan berkumandang, apakah yang kita lakukan?
  2. Sekarang timbul isu seorang peguam menegur bahawa laungan azan di kawasan perumahannya terlalu kuat dan bising serta menganggu hak asasi manusianya maka apakah yang kita selaku umat Islam di bumi Islam lakukan?
  3. Marah? Tangkap dan humban dalam cengkaman ISA? Penjarakan kerana dia menyentuh isu agama yang termaktub Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan?
  4. Nabi Muhammad SAW menunjukkan akhlak mulia dan lembut, sebab itu orang jahiliah tertarik dengan Islam yang Baginda SAW bawa. Nama pun orang jahiliah maka kita kena tunjukkan kebenaran dengan kelembutan pada yang jahil (tak tahu). Sebab itu Nabi SAW tak marah walau dibaling najis dan dilontar batu.
  5. "Maka disebabkan rahmat ALLAH-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah keampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu." (Surah Ali Imran 3:159)
  6. Sesuai dengan ayat ALLAH SWT dan teladan NABI SAW, patutlah kita panggil orang yang terganggu hak asasinya itu dan tunjukkan kecantikan di sebalik laungan azan itu sendiri, bukan sebaliknya. Wallahualam.

Ringan-ringan
Polan A sedang mengunyah makanan bersama-sama dengan Polan B, kemudian kedengaran suara azan berkumandang di udara. Dengan pantas Polan B berhenti makan dan memandang Polan A dengan serius seraya berkata:

Polan B: Eh, orang azan, mana boleh makan!
Polan A: Ha? Ye ke? Tak tau pulak!
Polan B: Ye la.. Kalau dia makan, macam mana dia nak azan. Mulut penuh dengan makanan.

16 comments:

秋 ツ said...

tertrik dengan gelagat bawah tu. ;) perkongsian yg menarik. tq

Unknown said...

Negaraku beriya diri tegak. Nyamuk gigit pon tahan gatal je. Tapi kalau dengar azan, sebok bergosip, masih lagi dengan hal dunia.. Hurm, peringatan utk diri sendiri gak supaya tak leka..

izuan said...

@Miss Dorayaki: sama-sama. sekadar berkongsi sambil bersantai =P

@Sofia: peringatan untuk saya juga =)

[PaaN1904] said...

24jam sehari da bercakap..tp time azan yg xsmpai 5 min tu jugak nk bersembang..~ mkin rancak plak..~ slalu jd cmtu..nk tgur serba salah..last2 letak jari tlunjuk kt bibir..~
thanks for sharing..~ :)
a reminder for meself too..~

fara feroza said...

hehe..orang azan tak leh makn...hahah..:)

::nuRuLaDHar:: said...

nice sharing.. =)

izuan said...

@cik farhana: reminder for all of us =)

@fara feroza: hee betul kan?

@nuruladhar: ur most welcome. =)

axuerha said...

jika dia hormat & paham perlembagaan & hak2 orang melayu di tanah air kita neh dia takkan berani mempertikaian isu2 sensitif neh. Sekarang ni seolah2 wujud satu provokasi yg sengaja mahu membangkitkan racism.

Zeanne said...

huhu kadang2 org islam buat2 tak dengar azan..makin azan,makin dikuatkan radio..duh~

izuan said...

@axuerha: sememangnya provokasi akan sentiasa ada.. namun selaku mukmin, kita harus menggunakan pendekatan berhikmah seperti yang ditulis dalam al_Quran =)

@anne: betul betul betul.. ada yang tukar siaran terus bahkan!

Mariah Binti Abd Rahim said...

Alhamdulillah.. peringatan yang bagus untuk diri yang sering alpa ini..

Kita yang membuat pilihan samaada...
Nak diam @ bising..
Make a good choice for akhirat nanti...

izuan said...

@Mariah binti Abd Rahim: insha ALLAH.. mari koreksi diri =)

Anonymous said...

thanx for sharing..

MiszMaryaNe said...

marilah same2 kite hormati azan..=)

caer sasuke said...

hormati azan..igt tu caer..kih3

izuan said...

@mawar: you are most welcome~~~

@misz maryane: mari mari hormati azan dan menyahut seruan azan! =)

@mohd sasuke: bagus2 ingat tau. mana naruto??